View: 13021|Reply: 34
|
Kenapa Wanita Menyukai Lelaki Lebih Muda?
[Copy link]
|
|
Tidak sedikit orang yang mencebik apabila Yuni Shara dan Raffi Ahmad menjalin hubungan cinta. Ini kerana usia pasangan kekasih itu yang jauh berbeza. Padahal, wanita menjalinkan hubungan dengan lelaki yang lebih muda bukanlah perkara baru.
Lihat saja pasangan Misye Arsita-Agus Leo yang berbeza usia 6 tahun, Nia Daniaty-Farhat Abbas dengan selisih 12 tahun, Dian Nitami dan Anjasmara, serta Nassar KDI-Muzdalifah. Biarpun suaminya lebih muda, hubungan mereka bertahan hingga sekarang. Pelakon Demi Moore juga pernah berkahwin dengan Ashton Kutcher yang lebih muda, namun akhirnya bercerai.
Menurut ahli psikologi, wanita yang memiliki pasangan lebih muda biasanya sudah mantap daripada segi sosioekonominya. Rata-rata usia mereka melebihi 30 tahun, hidup berdikari dan mempunyai pekerjaan sendiri. Mereka menjalinkan hubungan dengan lelaki lebih muda mungkin kerana lelaki yang sebaya sudah berkahwin dan mempunyai anak.
"Tambahan pula, kebanyakan teman sepejabat adalah daripada golongan lelaki yang lebih muda," jelas ahli psikologi yang juga seorang pensyarah itu. Lebih-lebih lagi jika teman lelakinya itu dapat memenuhi harapannya. Jadi, mengapa tidak menjalinkan hubungan istimewa?
Hubungan wanita dengan jejaka yang lebih muda masih dianggap normal, selagi si lelaki tidak berasa terpaksa. Mungkin si lelaki memang ingin memiliki pasangan yang mantap agar dapat membimbingnya. Lelaki sebegitu tidak mahu menjalin hubungan dengan wanita yang lebih muda, yang biasanya lebih manja. "Jadi dia memilih wanita yang dapat mengurus dan membimbingnya," jelas beliau.
Walau bagaimanapun, pada umumnya wanita cenderung memilih pasangan yang lebih tua kalau tidak pun sebaya. Namun usia bukanlah satu-satunya faktor pengukur kematangan berfikir dan emosi. Kadang-kadang lelaki muda juga matang psikologinya dan mampu membuatkan pasangannya berasa selesa untuk menjalinkan hubungan mesra.
Mungkin juga wanita memilih lelaki lebih muda kerana ia membuatkan hidup mereka lebih bersemangat. Secara umum, lelaki yang lebih muda adalah lebih aktif, lebih menyeronokkan apabila bersiar-siar atau keluar bersama dan masih gemar melakukan aktiviti mencabar seperti berkhemah dan mengembara. "Jika sebaya, mereka mungkin akan keletihan apabila pulang daripada bekerja dan hanya mahu berehat di rumah..
Wanita yang memilih pasangan yang lebih muda biasanya memiliki keyakinan diri yang lebih tinggi. Mereka berasa yakin lantaran kedudukan diri yang sudah kukuh dan stabil. Di luar negara, isu wanita berpasangan dengan lelaki lebih muda sudah menjadi lumrah. Apatah lagi dalam kalangan selebriti, yang mana wanitanya sudah mapan.
"Sebaliknya di negara kita, jika dia dalam kategori wanita biasa, biasanya dia hanya mencari keselesaan dan merasai cabaran. Dan lelaki yang masih aktif melakukan pelbagai perkara mungkin menarik baginya,” jelas beliau.
Namun itu, mengingatkan bahawa hubungan berbeza usia tetap ada halangannya. Ini kerana wanita mahu pun lelaki akan berkembang seiring pertambahan usia. Jika si lelaki semakin matang dan mantap sedangkan yang wanitanya tidak mampu mengimbangi perkembangan itu, maka masalah akan timbul.
Jadi, wanita yang memiliki pasangan lebih muda harus berfikir tentang masa hadapan mereka. Katanya lagi, apabila usia bertambah setiap individu pasti akan berubah.
Beliau turut menyarankan agar perbezaan usia pasangan tidak terlalu jauh, hanya sekitar 4-5 tahun. Perbezaan yang tidak terlalu jauh membolehkan pasangan menghadapi halangan dengan lebih mudah berbanding mereka yang memiliki perbezaan usia melebihi 10 tahun.
Menjalin hubungan dengan lelaki lebih muda adalah suatu pilihan yang boleh diterima akal. Namun wanita harus memberi perhatian terhadap beberapa perkara agar hubungannya itu berkekalan.
Hiasanawek tua bf muda
Berikut beberapa tip :
Wanita yang mempunyai pasangan lebih muda harus selalu bertenaga dan aktif.
Wanita harus memiliki pengetahuan yang luas, memperluaskan wawasan selain sentiasa berusaha membangunkan diri.
Wanita harus pandai menjaga kesihatan dan penampilan agar dapat mengimbangi kekasih / suaminya yang lebih muda.
Pasangan berkenaan harus sentiasa dapat berkomunikasi dengan baik termasuk membincangkan masalah yang dihadapi.
Wanita janganlah terlalu cemburu terhadap pasangannya yang lebih muda meski pun kekasih / suaminya itu mempunyai ramai kawan sebaya. Berikan ruang kepada mereka yang lebih muda.
SUMBER : Ratna Supradewi
|
|
|
|
|
|
|
|
tak minat lelaki mude...
terlalu kebudakan2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka lelaki muda sbb HB Hakak jauh lebih muda dr Hakak...
|
|
|
|
|
|
|
|
xminat gak... tapi kalau dah tsuka.. pasrah ja la |
|
|
|
|
|
|
|
tea rasa bila tea masuk 40-an nanti2, sure mencuci mate tengok laki2 muda body tough jugak kot.. tp setakat cuci mate aje laa.... takkan nak rembes tengok lelaki2 umur 40-an 50-an yang buncit botak beruban berkedut??? soo yucks... |
|
|
|
|
|
|
|
owh, setakat suka physically laa kot... bukan sesuai dijadikan pasangan pun... sbb lelaki muda poket nipis, silap2 kita kena tanggung dia (or maybe awek or bakal madu kita skali).. sorry....
retis2 tu lain laa, diorang kaya raya.. buleh berjoli katak bagai... bg golongan marhaen ni, better ukur baju di badan sendiri... segojes mane kita pun, tak realistic berlaki hensem dan muda tp tak berharta.. |
|
|
|
|
|
|
|
wanita yg suka lelaki muda adalah wanita yg mempunyai nafsu seks yg kuat... |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline posted on 25-7-2013 04:25 PM
wanita yg suka lelaki muda adalah wanita yg mempunyai nafsu seks yg kuat...
orang laki mmg otak kuning.. hahahhaa
kalo tea, tea cuma rasa tujuan diorang tu maybe sbb nak menayang je kot
|
|
|
|
|
|
|
|
x pernah minat lelaki muda...too childish.ada yg matang but still.......not interested.
my hubby is 11 years older than me |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea posted on 25-7-2013 04:55 PM
orang laki mmg otak kuning.. hahahhaa
kalo tea, tea cuma rasa tujuan diorang tu maybe sbb na ...
i don't think so...women who are more energetic during their twilight years are more prone to be sexually unsatisfied with their male peers whom age are of similar standings...dlm erti kata lain...they seek younger men solely for their sexual lust and bigger penis...
|
|
|
|
|
|
|
|
sy rasa lelaki muda mcm muda2 semuanya;;; |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki muda yg suka aku sbb ingat aku sebaya dorg...
|
|
|
|
|
|
|
|
tak suka laki muda.. yg sebaya pon tidak... aku lebih suka lelaki yg berusia skit.. kalo blh 5tahun lebih berusia dr aku |
|
|
|
|
|
|
|
x suke juga lelaki muda....lambat matang...nanti slalu kiter je yg nk kene phm die.... |
|
|
|
|
|
|
|
tk suka laki mudah atau sebaya. nti lps dah kawin tgklah muka kita akn jd lgi tua. n probability utk laki cari lain amt tinggi.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak minat ah. tah cukup duit ke x. |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka je asalkan lelaki. muda ke sebaya ke tua sikit ke, takde hal. jangan tua ganyut leher dah berkedut mcm turkey sudahlah. tak selera |
|
|
|
|
|
|
|
tips no 3 ngan 4 tu sangat pentinglah. kena jaga rupa & penampilan biar tak nampak jauh sgt tuanya (aku risau bab ni). bab komunikasi memang kena bertolak ansur, esp kalau ada benda dia tak tahu. aku selalu akan terangkan elok2, bila dia bg pendapat, aku puji dia cepat faham & bg pendapat yg baik. kdg2 kalau aku malas nak explain, aku buat2 tak tau & biar dia je yang figure it out lepas tu aku puji, nasib baiklah i ada u yg pandai ni, kalau i fikir sorang mesti i tak dpt jwpan.
kalau boleh jaga budak2 kecik biar diorang tak meragam & tak naik lemak, bolehlah bercinta dengan laki muda sebab sama je kaedah melayannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suka lelaki muda sebab "kurang pengalaman".. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|