CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2393|Reply: 14

[Tempatan] PEKERJA KEDAI BESI MAUT DITETAK

[Copy link]
Post time 23-7-2013 02:30 PM | Show all posts |Read mode
PEKERJA KEDAI BESI MAUT DITETAK





GEORGETOWN – Seorang lelaki ditemui terbaring dan berlumuran darah oleh orang awam di tepi jalan belakang lorong perumahan di Lebuh Rambai 16, Air Itam, petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.55 petang, berkenaan mangsa ditetak berikutan mengalami kecederaan dipercayai terkena senjata tajam di beberapa anggota badan antaranya kepala, tangan, bahu dan belakang badan


“Mangsa yang dikenali sebagai G Durintheran, 24, berasal dari Bayan Baru dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan ambulans.


“Mangsa kemudiannya meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam semalam (kelmarin) di hospital,” katanya kepada media, semalam. Menurutnya, hasil siasatan, mangsa tiada sebarang rekod jenayah lampau namun polis masih menyiasat punca kejadian.


“Siasatan di tempat kejadian, polis menjumpai dua kelongsong peluru jenis SME 9 mm. Peluru itu dibawa oleh Jabatan Forensik untuk siasatan. Penduduk di sekitar itu juga memaklumkan mereka terdengar bunyi seperti mercun sebelum ternampak seorang lelaki berlumuran darah terbaring di tempat kejadian.“


Mereka juga nampak beberapa motosikal dinaiki sekumpulan lelaki bawa parang panjang mengejar mangsa,” katanya. Kong Meng berkata, polis kemudiannya menahan seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai terlibat dengan kejadian itu.


“Hasil siasatan, suspek tiada rekod jenayah dan kita menahannya untuk diambil keterangan.“ Suspek berasal dari Desa Mawar, Air Itam. Kes ini disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian,” katanya.


Sementara itu, abang mangsa yang enggan dikenali berkata, dia tidak menyangka kejadian itu menimpa adiknya berikutan mangsa seorang yang baik dan tidak pandai bergaul.



“Adik saya bekerja dengan bapa di kedai pengumpulan besi buruk di Batu Feringghi dan selama ini, dia tidak pernah ada masalah dengan sesiapa.“ Dia masih bujang juga bukan seorang yang sosial kerana tidak merokok, minum arak mahupun mengambil dadah. Saya harap, polis dapat menahan mereka melakukan perkara ini kepada adik saya,” katanya.

Sinar




Last edited by MiaYahya on 23-7-2013 02:34 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2013 02:34 PM | Show all posts
tauke besi tak sempat pakai baju besi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 02:34 PM | Show all posts
eh sekejap, penang?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 02:34 PM | Show all posts
apa nak jadi dengan penang ni Lim Guan Eng....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 11:23 PM | Show all posts
Pulau pinang darul-jenayah
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 11:41 PM | Show all posts
Eeee, takut nye dah macam filem Tamil dah ade Rowdey keling kejar2 orang!!!! Kesian pulak mamat ni, rugi dah satu ciknek 1 Malaysia. Ape nak jadi ni Penang???!

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-7-2013 10:19 AM | Show all posts
jangan2 kes tembak kat kulim pn mai dari penang orgnya..tetiba berpistol2 plak kulim skang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 10:19 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 23-7-2013 11:23 PM
Pulau pinang darul-jenayah

sokong!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2013 10:38 AM | Show all posts
Penang Darul jenayah
Malaysia Negara selamat
(untuk menteri & VVIP sahaja)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 11:44 AM | Show all posts
solstice posted on 24-7-2013 10:38 AM
Penang Darul jenayah
Malaysia Negara selamat
(untuk menteri & VVIP sahaja)

selamat la nak dibandingkan negara lain. never get worse *cross fingers*
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 11:51 AM | Show all posts
izamahmed posted on 23-7-2013 02:34 PM
tauke besi tak sempat pakai baju besi...

"Adik saya baik..............tak ada musuh. Tak ada masaalah....bla bla bla"

Ayat sinonim...........tup tup mati kena tetak!!!

Apa???
Tetiba jer ada oghang asah parang n pi kedai dier and tetak kat paler, badan n tangan.
Giler ker per oghang tu?

Or Ultraman turun dari langit n tetak dier??

Tak ada hangin.............masakan daun bergoyang.

Auta punya keling......
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 11:54 AM | Show all posts
niceghost2005 posted on 24-7-2013 11:51 AM
"Adik saya baik..............tak ada musuh. Tak ada masaalah....bla bla bla"

Ayat sinonim...... ...

itu lah, musuh jgn dicari
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 11:55 AM | Show all posts
niceghost2005 posted on 24-7-2013 11:51 AM
"Adik saya baik..............tak ada musuh. Tak ada masaalah....bla bla bla"

Ayat sinonim...... ...

jgn2 dh salah tetak tak
sbnrnya nk cari si abang

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 12:09 PM | Show all posts
panggil padayappa utk selesaikan masalah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 12:09 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 24-7-2013 11:55 AM
jgn2 dh salah tetak tak
sbnrnya nk cari si abang

Haah...............
Bagus theory hang nie.

Betoi gak........

Or lagi best..............ini cam kasi WARNING laaaa
You are next!!!

Watch out!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.673676 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list