CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9910|Reply: 4

Ikan Jenis Polypterus Senegalus (Senegal Bichir)

[Copy link]
Post time 22-7-2013 11:59 PM | Show all posts |Read mode
Salam, Hi,

Ada sesiapa di sini yang membela ikan dragon atau juga dikenali (Dinosaur Eel/Senegal Bichir/Polypterus Senegalus). Saya ada seekor Albino Senegal Bichir, females. Sudah bersaiz 6.5 inch. Ingin berkongsi cerita dengan kwn2 yg ada hobi yg sama. Juga saya tengah ingin mencari ikan jantan lbh kurang bersaiz sama juga. 2 or 3 ekor..

Sekian
Bam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2013 03:22 PM | Show all posts
Sedikit info Mengenai Ikan Senegal Bichir (Polypterus Senegalus)
Spesies  : Senegal Bichir
Nama Saintifik : Polypterus Senegalus
Nama Lain   : Dinosaur Eel, DragonFish, Cuvier Bichir
Saiz dalam Tangki (maks): 20-30cm
Keserasian  : Peaceful
pH  : 6 - 7.5
Suka tempat di Tanki : Tahap Bawah
Kekerasan Air (DGH) : 4 - 18 'N
Pembiakan  : Bertelur
Suhu  : 25-30 'C
Asal  : Afrika

Nota:
Makanan
Karnivor ini akan makan apa-apa sahaja yang boleh ditangkapnya, yang hidup atau yang telah mati. Senegal Bichir juga boleh memakan flakes, pelet, makanan beku dan kering.

Jantina
Senegal Bichir jantan mempunyai sirip dubur (anal fin) tebal & besar jika dibandingkan dengan Bichir betina. Bichir betina juga mempunyai saiz badan yang lebih besar daripada Bichir jantan.

Pembiakan
Pembiakan dalam kurungan adalah jarang berlaku untuk Senegal Bichir yang telur berselerak. Bichir betina boleh menghasilkan ratusan telur yang mana perlu dikeluarkan daripada tangki pembiakan. Anak ikan Bichir yang baru menetas ini boleh diberi makan udang air masin (Brine Shrimp).

Jangka Hayat
Jangka hayat bagi Polypterus senegalus adalah 12 tahun atau lebih bergantung kepada bagaimana ia dijaga.

Asal
Senegal Bichir boleh didapati di sepanjang sungai-sungai dan tasik di Afrika. Sungai Nil, tasik Chad & Sungai di Senegal.

Penerangan Ringkas :
Polypterus senegalus juga dikenali sebagai belut dinosaur(Dinosaur Eel) kerana badannya yang panjang seperti belut dan sirip dorsal bergerigi seperti dinosaur. Ianya juga dikenali sebagai ikan naga(Dragon Fish) oleh sesetengah orang. Spesies ini bagaimanapun, bukanlah dari kategori belut. Sirip dada kecil daripada Senegal Bichir hanya membenarkan ikan ini berenang perlahan-lahan, menghalang ia daripada menjadi pemangsa yang lebih baik. Pundi berenang (Swim Bladder) yang berlainan dari ikan lain memberikan Senegal Bichir keupayaan untuk bernafas menggunakan oksigen atmosfera seperti manusia.

Senegal Bichir adalah ikan yang mesra dan boleh makan di atas tangan anda. Mereka boleh menjadi agresif apabila bersaing untuk berebut tempat tinggal seperti gua ataupun dibawah kayu. Bichir memerlukan banyak tumbuh-tumbuhan dan banyak ruang yang luas. Akuarium/Tangki yang sesuai adalah tangki yang lebih panjang dan bukannya lebih tinggi. Ini kerana ikan ini berkeupayaan menyedut udara dari atas permukaan air. Itulah sebabnya mesti ada ruang di antara permukaan air dengan penutup akuarium anda. Ianya boleh hidup diluar permukaan air ataupun di darat selama berjam-jam tetapi anda tidak digalakkan untuk melakukannya. Harus juga berhati-hati kerana Bichir ini kadang-kadang pandai melompat keluar dari akuarium. Oleh itu, dinasihati supaya menyediakan penutup akuarium.

Penerangan Pembiakan :
Apabila anda melihat Bichir jantan "membekam" sirip dubur (anal fin) nya, ia adalah satu petunjuk yang baik bahawa ia adalah matang dan bersedia untuk membiak. Bichir Jantan akan mula mengikuti Bichir betina dan perlahan-lahan berada di bahagian atas/belakang badan Bichir betina iaitu berhampiran kemaluannya. Keadaan ini mungkin boleh bertahan sampai beberapa hari.

Bichir betina akan nampak lebih membesar dan menggemuk. Itu petanda yang bagus dimana, Bichir betina dipenuhi dengan telur. Apabila pasangan kelihatan aktif dan sentiasa berenang di atas atau berhampiran tumbuh-tumbuhan, ini bermakna mereka akan bersenyawa & akan bertelur bila-bila masa sahaja.
Apabila mereka bertelur, Bichir betina biasanya akan berada berhampiran atau di atas tumbuhan, maka Bichir jantan akan datang perlahan-lahan sehingga ia dapat mengikat sirip dubur (anal fin) Bichir betina. Apabila mereka terpisah, ini bermakna persenyawaan telah berlaku dan telur akan jatuh berselerak dan selalunya jatuh di atas daun-daun tumbuhan. Kitaran persenyawaan in selalunya berlaku 2-3 hari.

Telur Senegal Bichir adalah lebih besar daripada cichlid. Jadi ia adalah mudah untuk dilihat. Ia agak melekit. Adalah penting untuk melihat telur pada masa ianya dilepaskan & mengetahui di mana ianya jatuh. Bichir mempunyai deria bau yang sangat baik. Walaupun pada waktu malam mereka boleh menghidu bau telur dan memakannya. Adalah dinasihatkan supaya mengasingkan Bichir anda dengan telur-telurnya.

Telur akan menetas selepas 3 hari.

Jantina Senegal Bichir
Telur Senegal Bichir

Sumber Rujukan :
- Wikipedia
- http://everythingaquatic.proboards.com
- http://www.monsterfishkeepers.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 06:11 PM | Show all posts
last time i bena nampak satu ikan . muka dia macam orang punya .
u bena nampak itu ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Max8776 posted on 23-7-2013 06:11 PM
last time i bena nampak satu ikan . muka dia macam orang punya .
u bena nampak itu ?

ikan ape tu Max8776?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 06:20 PM | Show all posts
lama lol .. i pun tak ingat tu .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.073694 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list