CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2781|Reply: 6

[Jenayah] laki terbunuh Geng O4, 08 gaduh

 Close [Copy link]
Post time 22-7-2013 01:08 PM | Show all posts |Read mode
          Kalau x dibendung boleh jadi cam mexico..bunuh org cam bunuh ayam...pengaruh cerita luar la ni..yg banyak menonjolkan cerita ganas...apapun negara memang perlu undang undang tahan tanpa bicara....apa kata survey..
-------------------------------------------
Lelaki terbunuh Geng O4, 08  gaduh
                         2013/07/22 -  06:35:12 AM               Oleh Petah Wazzan Iskandar  | wazzan@mediaprima.com.my               Cetak               Emel Kawan         
         
                                        [url=]
[/url]                           
                  
                                                    G Surintheran      
                                        Georgetown: Seorang remaja lelaki maut, manakala rakannya cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan pistol di tepi jalan Lebuh Rambai 16, Air Hitam di sini, petang kelmarin.

  Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, G Surintheran, 24, kehilangan banyak darah akibat kesan tetakan hampir di seluruh badan termasuk kepala, manakala rakannya yang juga berusia 24 tahun cedera di leher.      

        Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku apabila dua kumpulan kongsi gelap, Geng 08 dan 04 membabitkan kira-kira 20 orang yang menunggang motosikal bertembung di tempat kejadian sebelum berlaku pergaduhan.      
      
      
  “Surintheran mengalami kecederaan di tangan, bahu, badan dan kepala, manakala rakannya parah di leher. Polis juga menahan seorang rakan mangsa   yang terbabit dalam pergaduhan terbabit.

Kehilangan banyak darah

  “Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan, bagaimanapun Surintheran disahkan meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak sebaik tiba di Unit Kecemasan,” katanya.

  Beliau berkata, sebilah parang dan dua kelongsong peluru 9mm   ditemui di lokasi kejadian itu.      
  “Siasatan lanjut ke atas kedua-dua mangsa, Jabatan Forensik tidak menemui sebarang kecederaan akibat tembakan dan soal siasat ke atas rakan mangsa yang terselamat memperoleh beberapa maklumat dan identiti beberapa individu lain yang terbabit," katanya.

  Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner, Mazlan Kesah, berkata  siasatan awal tidak menolak punca pergaduhan   kerana perebutan kawasan membabitkan kedua-dua geng, selain   belas dendam.

  “Kita percaya salah seorang suspek melepaskan lima das tembakan tetapi tersasar sebelum bertindak menyerang satu sama lain menggunakan parang.

  "Pasukan khas   giat memburu semua suspek selepas identiti mereka   dikenal pasti dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.                                

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 01:10 PM | Show all posts
kalau ada undang2 cam tu pun..ini kes gengster2..bokan ahli politik atau pemberontak...gengster2 ada bisnes..antara sumber percarian pihak berkuasa paw budak2 ni asalkan diorang leh buat bisnes...mcm ko tengok citer fast 2 furious tu la.. hahaha

(dengar cerita daripada sumber2 yg terlibat)
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 01:14 PM | Show all posts






pengaruh movie semua nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 01:19 PM | Show all posts
Berebut bisnes papadom ker?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 02:00 PM | Show all posts
Loxlaxman posted on 22-7-2013 01:19 PM
Berebut bisnes papadom ker?

rebut pompuan, kawasan perniagaan haram dan... maruah
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 02:07 PM | Show all posts
bmw_e34 posted on 22-7-2013 01:14 PM
pengaruh movie semua nih

breaking bad tu bukan filem. tv series kan?

nih plak pengaruh mat rempit kt malaysia


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2013 02:14 PM | Show all posts
jual sayur kot???
perempuannn kalaokee 5 starrr...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.061436 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list