CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2159|Reply: 2

Sleeq seronok sambut Ramadan, Syawal di Malaysia

[Copy link]
Post time 22-7-2013 12:26 PM | Show all posts |Read mode



PENYANYI dan pelakon asal Singapura, Syarif Sleeq akui seronok menyambut Ramadan dan Syawal di Malaysia.

Berkongsi cerita tentang pengalamannya berpuasa di Malaysia dan Singapura, Syarif berkata Ramadan  di Malaysia membolehkan dia membuat pilihan.

“Beza bulan Ramadan di Singapura dan Malaysia adalah di Malaysia, mana-mana ada bazar Ramadan tapi di Singapura, bazar hanya ada di satu tempat, Geylang Serai.

“Saya rasa 80 peratus kaum Melayu akan berada di sana termasuk saya. Memang sesak tapi kita ke sana bukan sebab apa, cuma nak rasa kemeriahannya,” katanya kepada Sinar Harian Online, ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, “di sini, saya ada pilihan. Kalau tak nak pergi yang di Taman Tun, saya boleh pergi bazar di Shah Alam atau mana-mana tempat lain.”

Syarif atau nama sebenarnya Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah akui dapat merasai sambutan Aidilfitri yang meriah di Johor.

“Saya pernah beraya di Johor ketika kecil. Walaupun mercun itu diharamkan tapi saya dapat rasa main mercun dan bunga api.

“Malah, di sini, kita boleh masak lemang, lontong dan sebagainya di luar rumah,” katanya.

Penyanyi berusia 24 tahun ini berkata dalam sebuah penggambaran untuk program raya yang dijalankan sebelum ini membuatkan dirinya dapat merasai suasana beraya sebenar.

“Masa penggambaran untuk program raya kerjasama antara Malaysia dan Singapura, saya dapat rasai suasana hari raya beraya di Malaysia.

“Ada lampu pelita yang dipasang di halaman kemudian ada aktiviti memasak di luar rumah. Pada saya, kalau nak rasa kemeriahannya memang di Malaysia,” katanya.

Meskipun lebih seronok berpuasa dan beraya di Malaysia, namun Syarif perlu meraikan Syawal bersama keluarganya yang di Singapura.

“Setiap tahun mesti sambut raya di Singapura dengan keluarga kerana mereka di sana. Kami akan menziarahi keluarga lain di sana.

“Tahun ini mungkin saya beraya di Malaysia. Raya kedua baru balik Singapura sebab ada siaran langsung program raya,” katanya.

Kumpulan Sleeq yang dianggotai Syarif dan Alyph itu telah membuat keputusan untuk menetap di Malaysia bagi meneruskan muzik mereka di sini.

p.s ramai dah artis2 singapore yg suka tgal di mlysia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2013 11:06 PM | Show all posts
indon lagi berlambak2 kat mesia. bersepah2..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 12:03 PM | Show all posts
sedihlah org Melayu kat Singapore. Terpaksa mendambakan kemeriahn AidilFitri di Malaysia.

"Sawah padi menghijau,
Pohon nyiur melambai"

Pergh mesti diorng rindu dgn benda2 kampung mcm ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.280925 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list