CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2947|Reply: 21

[Jenayah] 2 beradik dipaksa mengemis

[Copy link]
Post time 22-7-2013 07:44 AM | Show all posts |Read mode

Seorang pengemis ditahan di Bazar Ramadan Larkin

JOHOR BAHRU – Dua kanak-kanak perempuan warga Myanmar berusia 6 dan 11 tahun mengakui berasa takut setiap kali dipaksa mengemis oleh ibu kandungnya sendiri.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Manayi Ibrahim berkata, dua beradik berkenaan bukan sahaja dipaksa mengemis, tetapi akan dipukul selain tidak diberi makan jika gagal memperoleh wang.

Menurutnya, ketika ditahan dalam satu Operasi Ramadan Pengemis dan Kutu Rayau di sekitar bandar raya ini, kelmarin, dua beradik berkenaan mengaku gembira kerana diselamatkan JKM dan tidak perlu lagi mengemis.

“Oleh kerana takut dipukul, kanak-kanak ini terpaksa akur dengan desakan ibunya sendiri supaya  meraih simpati orang ramai di sekitar terminal berkenaan untuk mendapatkan wang dengan meminta sedekah.

“Sebenarnya, ini kali ketiga JKM cuba menjejaki dua beradik berkenaan namun sebelum ini, misi kami gagal kerana mereka berjaya melarikan diri. Kali ini, kami terpaksa meminta kerjasama daripada pengawal keselamatan terminal terbabit untuk menyelamatkan mereka,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Manayi juga percaya ibu kanak-kanak terbabit turut memperhatikan pergerakan dua beradik berkenaan ketika mengemis.

Katanya, mereka kini ditempatkan di rumah perlindungan kanak-kanak, di samping pihak JKM sedang berusaha mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Dalam operasi berkenaan, JKM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) turut ke tiga bazar Ramadan berhampiran Stadium Larkin, Bandar Baru Uda dan Kampung Pasir.

“Kita juga menahan seorang lelaki tempatan berumur 43 tahun kerana mengemis di bazar Ramadan Larkin. Hasil pemeriksaan, dia berjaya memperoleh sebanyak RM150 tidak sampai tiga jam berada di situ.

“Kita turut menerima aduan berhubung ada individu mengutip derma yang menggunakan nama sekolah tahfiz dan membina masjid di selatan Thailand. Ada juga peminta derma yang melarikan diri dan meninggalkan tabung derma,” katanya.

Beliau memaklumkan, ketika pemeriksaan dijalankan terdapat tiga pengutip derma mendapat kelulusan daripada Jaij bagi tujuan membina masjid.

“Pengemis yang ditahan ditempatkan sementara selama sebulan di bawah sek 3(2) Akta Orang Papa 1977 bagi mengenal pasti keluarga dan alamat mereka,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 07:54 AM | Show all posts
kaya jd pengemis ni..rm150 tak sampai 3 jam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 08:14 AM | Show all posts
Pihak berwajib patut amik serious....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 08:34 AM | Show all posts
exploitasi terhadap kanak kanak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 08:58 AM | Show all posts
rakyat Malaysia pun "ter"lampau baik hati. sebab tu geng pengemis ni lebih suka jadi pengemas coz income lebih tinggi dari bekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 09:30 AM | Show all posts
betul, lebih baik la kita sedekah kat orang2 yang kita mmg tau susah kat kampung2 daripada sedekah kat pengemis2 ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2013 09:35 AM | Show all posts
2 beradik dipaksa mencaprut???
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 09:45 AM | Show all posts
anmz76 posted on 22-7-2013 08:58 AM
rakyat Malaysia pun "ter"lampau baik hati. sebab tu geng pengemis ni lebih suka jadi pengemas coz in ...

TAX pon x kena uolsss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 10:05 AM | Show all posts
teringat cita tanah kubur semalam...mak bapak/penjaga paksa anak2 mengemis...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 10:23 AM | Show all posts
aku kesian betul tgk budak2 mengemis x kisah la bangsa ape pun... pihak berwajib patut amik serious....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 10:35 AM | Show all posts
nie la agaknye misi n keinginan pasangan yg duk bawah jambatan tu...nak suruh anak mereka mengemis nanti..leh idup senang2 goyang kaki bwh jambatan jer...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 04:32 PM | Show all posts
tak guna punya ibu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 04:54 PM | Show all posts
solstice posted on 22-7-2013 09:45 AM
TAX pon x kena uolsss

yup. tax exempted, walaupun income lebih RM2.5k / month  
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 06:46 PM | Show all posts
Johor, memang lah...
Johor Darul Pengemis...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 06:49 PM | Show all posts
kat Kelantam pun ade je depa semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 06:52 PM | Show all posts
Teringat tahun lps..sbb buln ramadhan.pengemis bukn islam pun pakai tudung menyamar..mengemis kat bazar.akhirnya kantoi ditgkap.sggup tu modalkn tudung sume tu nk menyamar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 07:10 PM | Show all posts
salah satu mak yang menganiaya anak sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 03:02 PM | Show all posts
Sampainya hati..suruh anak sendiri mengemis..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 03:36 PM | Show all posts
macam2 hal
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 03:38 PM | Show all posts
Itulah kebaikan warga Rohingya yg masuk ke negara ini utk menjadi warganegara.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.113302 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list