CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8594|Reply: 67

Sheila Majid Sukar Dapat Lagu Berkualiti Punca Tidak Rakam Album

[Copy link]
Post time 20-7-2013 11:08 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Datuk Sheila Majid mengakui agak sukar mendapatkan lagu yang sesuai dengan cita rasanya untuk dimuatkan dalam album terbaharu beliau.

Sheila, 48, berkata, kebanyakan lagu yang diterima tidak bertepatan dengan konsep dan genre yang dibawakannya selama ini.

"Saya masih lagi dalam proses memilih lagu untuk album terbaru, agak sukar kerana susah untuk cari yang sesuai dengan suara saya.

"Saya ada menerima lebih 100 lagu, Insya-Allah setakat ini mencukupi untuk pilih 10 yang terbaik dan sesuai dengan saya," katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa Karyawan, di Saloma Bistro, di sini, Khamis.

Tambah Sheila, dia lebih mementingkan kualiti sesebuah lagu bagi memastikan album yang dihasilkan bukan sekadar seperti melepaskan batuk di tangga.

"Saya tidak kata ciptaan lagu yang saya terima itu tidak bagus cuma kurang sesuai dengan saya. Jika mereka bagi lagu berbentuk lagu asli atau dangdut memang saya tidak pandai untuk nyanyikannya.



"Saya mahu sesebuah lagu itu mengikut cita rasa dan mempunyai kualiti bagus agar album saya menjadi sebuah album yang betul-betul berkualiti," katanya.

Dalam pada itu, Sheila mengakui lagu-lagu lama nyanyiannya yang menjadi lagu-lagu malar segar membuatkan beliau meletakkan satu tahap terhadap kualiti sesebuah lagu.

"Kalau boleh kita mahu mencari yang lebih baik daripada lagu yang pernah kita bawakan. Tapi mungkin juga kerana saya telah meletakkan satu tahap yang agak tinggi pada lagu-lagu saya sehingga ia menjadi sukar untuk dicapai," katanya.

Bagaimanapun, Sheila bakal keluar dengan single terbaru akhir tahun ini.

Sementara itu bercerita tentang konsert amal yang akan berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Oktober depan bersama penyanyi jaz Indonesia, Harvey Malaiholo, Sheila berkata dia teruja dengan gandingan tersebut.

"Saya sangat teruja ketika ditawarkan untuk bergandingan dengan Harvey dan kami belum lagi berbincang untuk memilih lagu.

"Sebelum ini saya pernah dijemput ke Indonesia oleh Harvey untuk menyanyi dalam konsertnya," kata Sheila.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2013 11:43 AM | Show all posts
ok gak dia ni
minat lah jugak lagu sinaran tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 12:05 PM | Show all posts
setuju dengan tok Sheila ... buat apa nak nyanyi klu bukan citarasa sendiri because she is the one yg tau apa yg baik dan sesuai utk diri dia ... I believe in Sheila's taste ... bnyk jer lagu2 Sheila dulu2 best such as Memori, Emosi, Warna, Gerimis Semalam, Pengemis Muda, Tua Sebelum Waktu  ... bnyk lagi la ... dan itu lah standard Sheila sebenarnya. Tak pyh nak nyanyi dangdut or asli coz memang bkn genre Sheila.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 12:18 PM | Show all posts
penyanyi plg mbosankan kt malaysia nih..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 01:30 PM | Show all posts
cerewet,pilih punya pilih lagu...album baru...bila konsert org nak dengar lagu2 masa dia ngan RAP la jugeekk

itula dilema retis kertu cam sheila majid Last edited by alesandra on 20-7-2013 01:32 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 01:59 PM | Show all posts
peliknye ada komposer bg lagu dangdut dan asli kat dia?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2013 02:29 PM | Show all posts
sheila majod...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 02:31 PM | Show all posts
ada sesapa nak jadi rakan saya di facebook tak?.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2013 04:19 PM | Show all posts
Kejayaan Sheila Majid terletak kepada Roslan Aziz. Album2 Sheila Majid yg berjaya n best2 semua Roslan Aziz yg pilihkan lagu. Selepas diorg bercerai, lagu2 sheila majid membosan kan tahap gaban. Lagi satu, sore mak cik ni memang x sedap sejak dr azali. Kalo nyanyi live memang hancus. Showmanship je bagus nak cover segala kekurangan. Sore mcm dia, kalo nk sedap lagu tu kene tailored betul2 dgn tahap kemampuan sore dia. So, x heran la kalo dia memang susah nk dpt lagu betul2 sesuai dgn dia. Kalo lagu super kualiti tp sore xde kualiti  utk konsep lagu x kemana gak lagu tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Body_language posted on 20-7-2013 04:19 PM
Kejayaan Sheila Majid terletak kepada Roslan Aziz. Album2 Sheila Majid yg berjaya n best2 semua Rosl ...

Org tua ni sedar diri ke..lagu yuna tarap internasional
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap je lagu2 beliau. Yg dulu2 la.
harap beliau ble kuarkan lagu mcm2 dulu nye
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 08:19 PM | Show all posts
da pilih lagu ssh2 harapnye nanti album letup2 laa ye
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 08:30 PM | Show all posts
just wondering.. adakah penyanyi-penyanyi baru buat masa kini akan bertahan bertahun-tahun lamanya.
what ever calling her as penyanyi kertu as wat Alesendra said..  27 years in the music industry with followers dulu dan kini.
it's a challenge.

undeniable lagu-lagu masa zaman beliau dengan RA memang sedap-sedap dan selalu diminta semasa membuat persembahan.


Last edited by tweetytweety on 20-7-2013 08:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 08:34 PM | Show all posts

rakam ja lah balik lagu2 lama..termasuk lagu2 jazz Indon

mcm album Lagenda tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 08:39 PM | Show all posts
tweetytweety posted on 20-7-2013 08:30 PM
just wondering.. adakah penyanyi-penyanyi baru buat masa kini akan bertahan bertahun-tahun lamanya.
...

27 tahun pun peminatnya masih golongan yg itu2 juga...yg membesar atau meningkat dewasa dgn lagu2nya
pernah dia bagitau anaknya sendiri tak berapa suka dgn lagu2nya...taste org tua
anaknya mungkin taste dgn lagu2 kak melah kini
jika itu berlaku, itu sungguh ironi yg tak tercapai di fikiran
hidup kak melah! penyanyi genre kampung bertransformasi ke genre urban katanya



Last edited by hzln on 20-7-2013 08:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 08:42 PM | Show all posts
dah tua suara pn xsedap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2013 08:47 PM | Show all posts
hzln posted on 20-7-2013 08:39 PM
27 tahun pun peminatnya masih golongan yg itu2 juga...yg membesar atau meningkat dewasa dgn lagu2n ...

a aaah.  dari zaman student sampai dah ke kahwin dan beranak-pinak..

yuu ols fan kak Melah ker??  pernah aai ols sekali berbuka puasa dengan kak Melah (last 4 years) ikot fren satu kampeni with her fans.
dok geram tinguk pipi kak melah..  gebu for her age masa tu..

bai de wei.. kak melah and kak sheila sebaya deiols nih.. cuma kak melah ni lagu-lagu dah mengikut perkembangan cita rasa zaman terkini kekdahnyer cam lagu sesaat kau datang tu noks.


Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 08:51 PM | Show all posts
tweetytweety posted on 20-7-2013 08:47 PM
a aaah.  dari zaman student sampai dah ke kahwin dan beranak-pinak..

yuu ols fan kak Melah ker ...

aku spesis dengar semua jenis lagu...disko tamil pun aku dengar
tapi agak tabik spring dgn kak melah, sbb tak mudah utk penyanyi kertu utk capture new market
mek t pun tak brp mampu buat, nyanyilah mcm2 genre pun hiphop lah padang pasir lah ketuhanan lah album omputeh lah (mengikut trend muzik semasa katanyaaaaaaa, ptuih )...tapi yg minat dia masih jugak yg itu-ituuuuuuuu juga dr jaman jerat percintaan dulu

hidup kak melah! Last edited by hzln on 20-7-2013 09:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 08:59 PM | Show all posts
bukan haritu dia mintak Yuna ke? ke Najwa mana entah banyak sangat Najwa
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 09:01 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 20-7-2013 08:59 PM
bukan haritu dia mintak Yuna ke? ke Najwa mana entah banyak sangat Najwa

muzik najwa gemuk anak pak yidin tu agak sesuai dgn acik sila nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.063888 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list