View: 1482|Reply: 5
|
[Tempatan]
Rompak jiran: Buruh binaan dipenjara, disebat
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU - Padah merompak bersenjatakan parang ke atas seorang wanita yang menetap satu taman denganya, seorang buruh binaan dihukum penjara enam tahun dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Nor Alesham Zakaria, 34, dari Taman Seri, Pengakalan Chepa mengaku merompak rantai tangan bernilai RM5,000 milik Wan Zuleha Wan Ab Kadir, 58, antara jam 3 dan 3.15 pagi, 18 Januari tahun lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa terjaga dari tidurnya ternampak seorang lelaki iaitu tertuduh memakai topi keledar bertutup muka berada di dalam biliknya.
Sejurus menyedari mangsa terjaga, tertuduh terus menerkam dan mengacu parang ke lehernya.
Tertuduh juga mengarahkan supaya mangsa mendiamkan diri dan meminta gelang yang dipakai.
Akibat enggan menyerahkannya, tertuduh kemudian mencekik leher mangsa dan memotong gelang itu dengan parang.
Tertuduh juga meminta wang tetapi mangsa memberitahuinya dia tiada mempunyai wang sebelum dia kemudian lari melalui pintu belakang.
Sementara itu, semasa prosiding, tertuduh melalui peguam bela, Subairi Salleh memohon hukuman ringan berikutan dia sudah insaf dengan kesalahannya itu.
“Tertuduh masih bujang dan hanya berpendapatan sekitar RM600 sebulan.
"Tertuduh anak kedua dari enam adik-beradik dan masih diperlukan keluarga,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Riffin bagaimanapun memohon hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rompak jiran: Buruh binaan dipenjara, disebat |
|
|
|
|
|
|
|
Kelantan darul rompak |
|
|
|
|
|
|
|
6 tahun raya di penjara |
|
|
|
|
|
|
|
served him right.... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat aku kes dulu, lelaki bunuh anak angkat tunang cuma penjara 5 tahun~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|