CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7888|Reply: 48

Syura bakal buka restoran

 Close [Copy link]
Post time 17-7-2013 09:46 AM | Show all posts |Read mode




MESKIPUN dinobatkan menjadi juara MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua, Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron, 27, terkilan dengan segelintir peminat yang sehingga kini masih mempertikaikan kemenangannya dalam program tersebut.

Bagi membuktikan bakatnya dalam bidang masakan, penyanyi yang terkenal dengan irama pop tradisional ini berusaha untuk membuka sebuah restoran.

"Memang agak sedih bila orang terus mempertikaikan kemenangan saya dalam MasterChef Selebriti.

"Namun, saya tidak akan berkecil hati. Setiap kritikan yang diterima, akan saya jadikan sebagai penguat semangat untuk terus berjaya," katanya yang berjaya mengalahkan 19 finalis, termasuk Celina dan Rozita Che Wan yang pernah disebut-sebut sebagai juara program realiti masakan itu.

Jelas Syura, dunia masakan sememangnya sudah sebati dengan dirinya. Malah impian untuk memiliki restoran sendiri juga sudah lama terbit di hati.

"Saya akui, untuk membuka sebuah restoran ianya bukan perkara yang mudah kerana memerlukan permulaan modal yang banyak.

"Insya-ALLAH saya berharap impian ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi," katanya.

Utama keluarga

Sempat berkongsi mengenai sambutan Ramadan tahun ini, Syura berkata, tidak seperti tahun lalu, dia banyak menerima jemputan untuk pelbagai program seni. Akui Syura, kemenangannya dalam MasterChef Selebriti 2 banyak memberi kesan positif terhadap karier seninya.

"Sebelum ini saya sibuk menguruskan butik perkahwinan di Johor, tapi kali ini saya sibuk dengan pelbagai program jemputan seni sepanjang Ramadan.

"Alhamdulillah... saya gembira kerana ramai yang mula mengenali saya sejak menyertai program MasterChef. Insya-ALLAH, saya akan cuba buat yang terbaik demi karier saya," kata penyanyi yang berasal dari Johor Bahru.

Walaupun sibuk dengan dengan pelbagai aktiviti seni, Syura berkata, keluarga tetap menjadi keutamaan. Tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata, Nurul Dania Irdani, 6, Nurul Qaisara Sofea,4 dan Muhammad Irfan Aryan, 2, tidak sesekali diabaikan sementelah lagi dengan kehadiran bulan suci ini.

"Sebelum menghadiri mana-mana program, saya akan menyediakan dulu juadah berbuka untuk mereka.

"Mujurlah mereka sentiasa memahami saya. Malah saya sangat bersyukur kerana mereka sentiasa menyokong saya untuk terus berjaya," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Mohd Fadhly Md Yasin, sejak 2006.  

Ditanya mengenai persiapan Hari Raya Aidilfitri, Syura berkata, sebelum Ramadan lagi dia sudah membuat persiapan, terutama untuk anak-anaknya.  

"Tahun ini kami sekeluarga akan beraya di Kempas Johor, segala persiapan beraya hampir siap.

"Untuk kuih tahun ini saya akan buat biskut raya dan juga tart nenas yang sering menjadi kuih utama keluarga saya," katanya.

Kembali menyanyi
Kali terakhir muncul dengan single Dejavu bersama sifu M Nasir, pemilik suara irama tradisional ini dilihat terus menyepi dari industri seni.

Setelah lima tahun tanpa sebarang karya, Syura sedia untuk kembali dengan single terbaru.

"Saya tidak pernah menyepi sebaliknya ingin memberi tumpuan sepenuh kepada rumah tangga yang dibina bersama suami dan  anak-anak yang kian membesar," katanya.

Mengulas lanjut mengenai single terbarunya itu, kata Syura, dia masih dalam perbincangan dengan seorang komposer untuk menghasilkan lagu yang sesuai dengan vokalnya.

"Tentang tajuk lagu dan nama komposer, ia tidak dapat dedahkan lagi buat masa ini.

"Insya-ALLAH, bila segalanya dah siap, saya akan umumkan kepada semua," katanya yang turut berminat untuk berkecimpung dalam dunia lakonan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2013 09:56 AM | Show all posts
jgn restoran pn sendu gak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 10:04 AM | Show all posts
thread pon sendu.. hanya mod yg reply... hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 10:08 AM | Show all posts
dulu2 tak suka dia ni.. sbb mcm gedik.. tp sejak dah kawin ni mcm best plak syura ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 10:10 AM | Show all posts
good luck zuraidah badron...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 10:19 AM | Show all posts
langkah bijak. strike while the iron is hot. sementara nama dia masih hangat diperkata, elok time ni dia start business dan bina reputasi. semoga berjaya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2013 10:29 AM | Show all posts
mula minat dia sejak tgk masterchef selebriti 2 ni....dulu suka kutuk dia sbb suara sebijik mcm tok ti....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 10:31 AM | Show all posts
spam emoticon Last edited by teky on 17-7-2013 10:32 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2013 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok lahh tu. laki dia cikgu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 10:54 AM | Show all posts
RESTORAN SENDU......
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 11:00 AM | Show all posts
maxim posted on 17-7-2013 09:56 AM
jgn restoran pn sendu gak nanti

eleh..sekali uols jd first pelanggan
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 11:08 AM | Show all posts
rasanya dalam ramai2 retis dalam MCS 2 tu dia n jer yg elok tak over... yg lain tu semua kaki enterframe .. tambah2 si MA tu.... elok le Syura menang... aku sukaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 11:46 AM | Show all posts
HEHE .. AKU RASA DIA OK JE MASAK
TANG SENDU TUH AKU XLEH KOMEN LA KKAN
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 11:52 AM | Show all posts
twins posted on 17-7-2013 11:08 AM
rasanya dalam ramai2 retis dalam MCS 2 tu dia n jer yg elok tak over... yg lain tu semua kaki enterf ...

setuju..syura tak over
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 11:59 AM | Show all posts
buka dulu restoren tu baru kompang kt paper



Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 12:34 PM | Show all posts
batman_2007 posted on 17-7-2013 10:34 AM
Elok lahh tu. laki dia cikgu kan?

cikgu PJ ke nokkssss...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2013 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis kalo senyap lame pastu nk wat comeback mmg sesuatu..
hopefully kedai mkn tu berjaya..ramai artis bukak kedai mkn last2 tutup..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 01:38 PM | Show all posts
bagus jugak bukak kedai makan..
at least penonton2 yang duk kata x layak tu leh rasa masakkan..
ni tak rasa pe2 tp dok kata syura x layak menang..
pelik betul..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 02:20 PM | Show all posts
syura g laa amik sijil masakan. especially masakan western. xdelah nnt org ckp syura nie bnyk xreti.... at least dpt ilmu tue bole tambah menu restoran...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 02:24 PM | Show all posts
bukak restoren kecik2 je
senang nak manage
nak dapat modal balik pun cepat
kalau dah maju dan untung bagai nak rak baru lah naik setakuk lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.198967 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list