CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7499|Reply: 25

Terkini : Bonus Raya 2013, Saguhati RM500 & RM250 Untuk Penjawat Awam?

[Copy link]
Post time 15-7-2013 09:56 AM | Show all posts |Read mode



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
AMPANG - Pemberian bonus kepada penjawat awam merupakan bukti keikhlasan kerajaan memperjuangkan kepentingan untung nasib
rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, ia selaras dengan falsafah Gagasan 1Malaysia 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.
"Ini mencerminkan kemampuan kerajaan mentadbir urus ekonomi negara dengan baik," katanya pada majlis moreh selepas menunaikan solat Isyak dan tarawih di Surau Taman Sri Angsana Hilir, Pandan di sini, hari ini.
Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas kepada pesara kerajaan, yang akan dibuat pada 9 Ogos. Ia memberi manfaat kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Pada majlis di surau berkenaan, Najib mengumumkan pemberian 8,946 helai kain untuk dibuat jubah kepada imam dan ahli jawatankuasa masjid serta surau Jumaat di seluruh negara.
Selain itu, katanya setiap masjid di negeri Selangor akan menerima sumbangan 10 liter air zam-zam dan 10kg buah kurma.
"Semua pemberian ini diusahakan oleh Kelab Putera 1Malaysia," katanya.
Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk menaik taraf Surau Taman Sri Angsana Hilir. - Bernama

Last edited by cmf_anisss84 on 24-7-2013 05:35 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2013 10:02 AM | Show all posts
alhamdullilah......
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 10:03 AM | Show all posts
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 10:19 AM | Show all posts
tahniah..DS Najib prihatin nk tolong orang melayu beraya...tak mcm si tony phua..nk pecat kakitangan awam..dah tu diorang nak makan apa...??? tak gona ponya chena
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 10:29 AM | Show all posts
tapi apesal bayar 9 ogos? bukan dah raya ke masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 10:34 AM | Show all posts
mcm mana nak amek link berita ni yang ori .. help
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2013 10:44 AM | Show all posts
Nie berita tahun lepas kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 01:35 PM | Show all posts
huh,betul ka,hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2013 01:49 PM | Show all posts
berita tahun lepas ker??? sbb td belek kat sinar jumpa artikel ni... tk per lh klu mcm tu kita harap2 dapatlah imbuhan sblm raya ni... Mod sorry yer... tersilap..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2013 02:08 PM | Show all posts
cuba tengok link berita harian ni...bukan tahun ni ker...???
http://www.bharian.com.my/bharia ... aji/Article/artikel


Bonus hari raya setengah bulan gaji
29-04-13 - 05:46:38 AM | (35) Cetak Emel Kawan

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan.
Pemberian bonus dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Katanya, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan RM2.2 bilion.

Perdana Menteri berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan, katanya lagi.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 01:45 PM | Show all posts
ADUAI... bila nak announce ni... nk kutip utang ler kat member keje gomen
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 02:03 PM | Show all posts
berita tahun lepas
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 04:14 PM | Show all posts
bru nk sorak
sekali hanyalah omomgan kosong semata mata...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 05:25 PM | Show all posts
bonus belum dibincangkan lagi kata KSU

p/s:bykkan berdoa la,he2
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 08:53 AM | Show all posts
Cuepacs minta bonus 2 setengah bulan...dapat 1 bulan setengah bonus pun dah okay,ye dok...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 09:30 AM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 18-7-2013 08:53 AM
Cuepacs minta bonus 2 setengah bulan...dapat 1 bulan setengah bonus pun dah okay,ye dok...

ye la cik elle,keja kerajaan nak apa2 meme kena sentiasa mintak,buat muka x malu aka muka tembok,kalu tak mintak meme x dpt la,ahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2013 09:54 AM | Show all posts
Tahniah kepada semua penjawat awam. Semalam selepas mesyuarat di MOF, PM DS Najib mengumumkan bonus setengah bulan gaji sempena Hari Raya Aidilfitri.

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 10:00 AM | Show all posts
cmf_anisss84 posted on 19-7-2013 09:54 AM
Tahniah kepada semua penjawat awam. Semalam selepas mesyuarat di MOF, PM DS Najib mengumumkan bonus  ...

dh kompem ke aniss??edit la tajuk tu kalu dh kompem,hu2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 05:34 PM | Show all posts
Terkini : Bonus Raya 2013, Saguhati RM500 & RM250 Untuk Penjawat Awam?





Hari ini, sudah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa. Bermakna lagi 2 minggu daripada sekarang kita kita akan menyambut Hari Raya. Jadi seperti biasa, bersempena dengan kedatangan Ramadhan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak semestinya kakitangan awam terus menantikan dan mengharapkan pembayaran bonus Raya 2013, sekurang-kurangnya dapatlah kiranya meringankan beban kewangan 1.4 juta penjawat awam.

Berdasarkan sumber diperoleh, kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis. Tetapi harapan tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi & juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan & aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank sahaja.

Setakat hari ini,….Berikut sedikit maklumat dan angka bonus Raya 2013 yang diperolehi, di mana Perdana Menteri telah pun selesai mengadakan mesyuarat di MOF.

Bayaran Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013
Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :
·         Kakitangan Awam : RM500
·         Pesara Kerajaan : RM250
Pengumuman Bonus Raya 2013
·         Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013
·         Hari : Rabu
·         Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)
Walaubagaimanapun terpulang kepada budi bicara dan pertimbangan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia sewaktu pengumuman kelak.
Dimaklumkan akan ada pengumuman rasmi samada 24 Julai atau 31 Julai 2013 ini, melibatkan tuntutan bonus raya 2013 kali ini oleh kakitangan awam. Nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dan yang pastinya bonus hari raya 2013 kali ini, tidak akan dimasukkan sekali dengan slip gaji seperti yang diharapkan. Ini kerana gaji penjawat awam telah pun siap diproses. Memang tidak sempat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 11:00 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari in
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.115257 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list