CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1955|Reply: 13

[Tempatan] Pengguna diminta adu walaupun harga naik RM1

[Copy link]
Post time 11-7-2013 03:40 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU - Pengguna di Sabah diminta membuat aduan kepada pihak berkaitan jika terpaksa membayar harga yang tinggi daripada kebiasaan atau terbeli barangan berkualiti rendah termasuk makanan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata membuat aduan dan mendapatkan keadilan adalah hak pengguna sekalipun melibatkan amaun wang yang kecil.

"Jangan kerana harga seringgit dua, pengguna rasa tidak perlu buat aduan. Kerajaan bukan sahaja mahu memastikan barangan mencukupi tetapi kita juga tidak mahu peniaga menaikkan harga dan menjual barangan, khususnya makanan yang tidak berkualiti," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai mendapatkan bukti termasuk mengambil gambar harga barangan kawalan yang dijual pada harga tinggi.

Pada masa yang sama Jainab turut meminta pihak berkuasa tempatan meningkatkan pemantauan khususnya di bazar Ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat termasuk pelancong sepanjang bulan Ramadan ini. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2013 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
klu mcm tu....gi je kat giant jainab oii......
berlambak2 brg dah naik harga....hari tu aku beli jajan utk anak neber aku harga rm6.50. dua hari lepas dah jadi rm7.90.....

tak yah tgu org report klu jujur nak buat kerja.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 03:49 PM | Show all posts
i love u rina azmira murshid(awek sabah)..where r u now
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 03:58 PM | Show all posts
jazaa posted on 11-7-2013 03:47 PM
klu mcm tu....gi je kat giant jainab oii......
berlambak2 brg dah naik harga....hari tu aku beli ja ...

sabah ada giant ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ooo...dia ckap kat sabah ke....
ingatkan utk seluruh msia.....

okay...okay.....jgn sampai labacall tau....
nanti dia kata - "klu aku, malu mcm ni...seumur hidup tak masuk porum dah"
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 04:02 PM | Show all posts
jazaa posted on 11-7-2013 03:47 PM
klu mcm tu....gi je kat giant jainab oii......
berlambak2 brg dah naik harga....hari tu aku beli ja ...

takkan jajan pun gomen nak kontrol harga....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2013 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dua kali aku malu......
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 04:13 PM | Show all posts
semenjak dua menjak nie..banyak barang dah naik harga..ayam tak sah cakap laa....dah mencecah rm9 dah sekilo.....mmg tepat laa slogan...rakyat didahulukan ngan harga tinggi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 07:56 AM | Show all posts
dah masuk berabad ..tiap2 musim perayaan ...baru nak buwek permautan ....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:17 AM | Show all posts
time poser dengan raya dengan raya haji je naik....time raya cina tak naik
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:38 AM | Show all posts
PITTSBURGH posted on 11-7-2013 03:58 PM
sabah ada giant ke?

Giant ada jer kat Sabah....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:45 AM | Show all posts
jazaa posted on 11-7-2013 03:47 PM
klu mcm tu....gi je kat giant jainab oii......
berlambak2 brg dah naik harga....hari tu aku beli ja ...

kerajaan hanya pantau harga barang kawalan. jajan bukan brg kawalan. kalau barang biasa naiklah byk mana pun asalkan letak tanda harga ia bukanlah satu kesalahan
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:17 AM | Show all posts
menteri2 ni klu bercakap mmg xsah klu xguna kepala lutut
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido posted on 12-7-2013 08:45 AM
kerajaan hanya pantau harga barang kawalan. jajan bukan brg kawalan. kalau barang biasa naiklah by ...

sbb tu harga brg2 naik suka suki mak pak dia je kan.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.187850 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list