CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7435|Reply: 97

[Tempatan] Kaki ponteng puasa kantoi

[Copy link]
Post time 11-7-2013 07:53 AM | Show all posts |Read mode
KUANTAN - Hari pertama bulan Ramadan dicemari dengan tingkah laku seorang kaki ponteng puasa beragama Islam tanpa segan silu menikmati sarapan pagi di sebuah kedai makan bukan Islam di Jalan Besar, kira-kira jam 9.10 pagi, di sini, semalam.

Lelaki berusia 29 tahun itu kantoi dengan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) apabila ditemui sedang menikmati mi goreng dan nescafe ais di bahagian belakang kedai makan berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki itu cuba memberi alasan tidak sempat bersahur dan sakit perut ketika ditahan penguat kuasa dalam operasi pada hari pertama Ramadan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaip, Ahmad Raffli Abdul Malek berkata, lelaki itu berasal dari Pekan dan bekerja di sebuah kilang di daerah sama.

“Pelbagai alasan diberikan namun kita cukup faham dengan helah kaki ponteng puasa ini.

“Operasi memantau kaki ponteng puasa ini dimulakan sejak awal pagi dan ‘port’ yang menjadi tumpuan diberi keutamaan,” katanya.

Ahmad Raffli berkata, sebanyak 10 lokasi termasuk kaunter pandu lalu restoran segera dipantau dalam operasi pagi semalam membabitkan 12 penguat kuasa yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

“Kita akan terus bergerak melakukan pemantauan sepanjang Ramadan supaya kaki ponteng puasa tidak terlepas daripada hukuman.
“Selain itu, ketika operasi dijalankan, kita turut menampal poster peringatan di kedai makan bukan Islam supaya tidak menjual makanan kepada orang Islam pada Ramadan ” katanya.
Lelaki yang ditahan itu akan dikenakan penalti di bawah Seksyen 137 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1980 iaitu denda RM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

Dalam operasi sama, seorang lelaki berusia 48 tahun turut ditahan ketika membeli nombor ekor di premis judi di Jalan Pasar, kira-kira jam 9.30 pagi.

Lelaki berkenaan ditahan penguat kuasa ketika sedang khusyuk menulis nombor pada borang yang dibeli.

Seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Jika sabit kesalahan boleh didenda hingga RM2,000 atau dua bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2013 08:01 AM | Show all posts
pergh!!...makan kat kodai....makan ler kek umah....adush!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 08:03 AM | Show all posts
gambo operasi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 08:03 AM | Show all posts
tapau pun boleh
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa kat drive thru pun pej agama nak pantau?
aku baru nak gi situ tgahari nanti.....:Q
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:15 AM | Show all posts
tangkap orang yg beli nombor ekor dah selalu..bila nak tangkap company yg anjur nombor ekor..kata agama Islam agama persekutuan...kalau nak berjudi, sila balik pergi negara jiran yg Islam bukan agama rasmi..singapore ka..siam ka....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2013 08:23 AM | Show all posts
berani ke bodoh tu kan pi makan kat gerai
xreti2 ke buat tapau ke masak sendiri ke

beli fastfud and makan tempat tertutup ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:24 AM | Show all posts
alasan bangang...dh tua2 pon x nk puasa ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2013 08:29 AM | Show all posts
Tunjuk taiko ...

Tapi baghal...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:37 AM | Show all posts
hukuman dia senang je..dorg xpose kan..suh dorg minum air yg menggelegak tu..bg melecur trakea dia..comfirm lps ni mesti serik dh gerenti puasa sepanjang tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:37 AM | Show all posts
mi goreng dan nescafe ais ............................................
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:42 AM | Show all posts

mcm2...
bln pose ni suma bnda jd "TER"  
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:44 AM | Show all posts
masih kurang ilmu berkenaan puasa.. pi la menuntut ilmu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:44 AM | Show all posts
dulu ada kawan keturunan mamak, mmg nampak sebijik india tulen la.selalu jadi mangsa tukang tapau lunch waktu bulan puasa
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:48 AM | Show all posts
kedai bukan beragama islam pulak tu.. mana dia letak otak tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 08:52 AM | Show all posts
cik.ijaw posted on 11-7-2013 08:48 AM
kedai bukan beragama islam pulak tu.. mana dia letak otak tu

trik yg tak menjadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2013 08:55 AM | Show all posts
izamahmed posted on 11-7-2013 08:52 AM
trik yg tak menjadi

memang x dinafikan ramai org skg x tahan puasa. mcm budak2. budak pun x mcm tu kan

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:57 AM | Show all posts
kepimpinan melalui tauladan jugak ke ni???? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 09:00 AM | Show all posts
hahaha...aku pagi ni dtg skol, hairan apsal la kantin skolah x bukak....baru ingat nak sarapan...

hahahah....sekali dah bejalan ke kantin tu baru aku teringat...aku puasa daaa......heehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 09:10 AM | Show all posts
jazaa posted on 11-7-2013 08:04 AM
kenapa kat drive thru pun pej agama nak pantau?
aku baru nak gi situ tgahari nanti.....:Q

agak la.. drivethrough jek kot, bukan melantak kat depan org ramai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.082544 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list