CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6464|Reply: 17

Masih Ada Yang Puja Busut Jantan

[Copy link]
Post time 5-7-2013 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Masih adalagi mengamal kan pekara syirik ini?

Dalam zaman serba canggih dan moden ini, masih terdapat segelintir manusia yang terus mengamalkan perbuatan syirik seperti yang berlaku di Bukit Payung, Terengganu ini di mana busut jantan dipuja untuk tujuan tertentu.  Perbuatan seperti ini jelas syirik di sisi agama Islam.

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.  Sebelum membaca kisah seterusnya, hayati firman Allah di bawah ini yang bermaksud  :


Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga  dan tempat kembalinya ialah ke  neraka” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)


Kedudukan busut jantan di kawasan belukar bersebelahan sebuah bangunan kedai berdekatan gelanggang futsal di Pekan Bukit Payung di sini, yang terlindung daripada pandangan umum dipercayai menjadi lokasi aktiviti khurafat.

Pelbagai peralatan pelik seperti sudu berwarna perak diletakkan di dalam buah kelapa telah dibelah dua berada di atas busut jantan itu dan puluhan biji telur ayam berdasarkan kulit telur bertaburan atas tanah dipercayai bagi tujuan pemujaan.



Bukti…pelbagai peralatan terdapat pada busut berkenaan


Sekadar hiasan

Malah sebelum ini, bangkai kucing dibungkus dengan kain putih pernah diletakkan berhampiran busut jantan itu, ia dipercayai bagi tujuan sama atau berkemungkinan sekadar untuk mencuri perhatian dan menimbulkan tanggapan negatif masyarakat.

Realitinya, amalan pemujaan seumpama itu bukanlah perkara baru terjadi dalam masyarakat kita kerana biasanya, amalan ini dipercayai dilakukan untuk mendapatkan nombor ekor, selain mempunyai maksud tersendiri.

Bagaimanapun, peralatan ritual biasanya digunakan untuk aktiviti pemujaan nombor ekor seperti colok, lilin, nasi kuning dan limau nipis tidak terdapat di kawasan busut jantan tersebut yang dipercayai berada dalam kawasan tanah persendirian.

Manakala, seorang peniaga yang enggan dikenali berkata, tiada aktiviti pelik berlaku di kawasan itu pada waktu siang sepanjang dia memulakan perniagaan sejak awal pagi hingga petang, namun tidak menolak kemungkinan ia berlaku.

Menurutnya, kebiasaannya kawasan itu sibuk dengan orang ramai pada waktu siang tetapi lokasi berkenaan menjadi sunyi pada waktu malam dan dipercayai ia masa sesuai untuk melakukan aktiviti khurafat.

“Saya tidak tahu siapa yang menganjurkan aktiviti sedemikian di kawasan tersebut tetapi percaya ia berlaku berdasarkan barang yang agak pelik terdapat di kawasan busut jantan itu termasuk kain tudung, buah kelapa dan telur ayam,” katanya.

Seorang lagi penduduk hanya ingin dikenali sebagai Pak Awang, 42, berkata, golongan terbabit  dipercayai menggunakan jampi tertentu untuk menyeru penunggu dalam usaha memuja nombor diingini dan dipercayai kegiatan itu tidak mengambil masa lama.

“Biasanya golongan berkenaan taksub kepada benda keramat seperti keris, kubur, pokok besar dan batu termasuklah busut jantan sehingga ada antaranya sanggup berada di dalam gelap pada waktu malam hingga subuh bagi tujuan ini,” katanya.

Menurutnya, sehingga ke hari ini amalan itu dalam diam sebenarnya masih diamalkan segelintir masyarakat di negara ini termasuk orang Melayu di kampung untuk mendapatkan sesuatu termasuk kemewahan melalui cara mistik.

“Memang menyedihkan apabila golongan terbabit khususnya mereka beragama Islam tergamak mencampur-aduk ajaran Islam dengan fahaman karut,” katanya.

Sementara itu, Adun Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah meminta pihak berkuasa prihatin dan mengambil tindakan segera bagi membanteras aktiviti khurafat.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2013 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
syirik. nk kaya jalan pintas.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 12:18 AM | Show all posts
sarang anai-anai pun diorang nak puja....apa raa...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 09:38 AM | Show all posts
time kecik kecik dulu selalu jugak gali busut nie sebab seronok tengok sarang anai-anai dalam tu.
pastu ambik sarang tu kasi makan ayam..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 11:16 AM | Show all posts
hoii kat situ la tempat jin berumah
boleh bagi kekayaan
(kata org yg puja busut la heh heh)
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 02:15 PM | Show all posts
kalau lah busut tu leh kasi kekayaan awat sampai lani aku dok makan gaji gak. xdak nek pangkat lak tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2013 11:59 PM | Show all posts
yang main puja busut, tarik nombor, nombor ekor, judi dan adik beradiknya, aku tgk tak jugak kaya...  bertambah miskin ada... nak kaya macam donald trump bukak kasino.. --> utk yang non-muslim sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 08:26 AM | Show all posts
Kenapa dipanggil busut jantan? Kalau ada busut jantan mesti ada busut betina.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2013 10:56 AM | Show all posts
ayahlang posted on 8-7-2013 08:26 AM
Kenapa dipanggil busut jantan? Kalau ada busut jantan mesti ada busut betina.

hehe busut apa2 pun org kita yg nama kan.. x ksah pun hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 01:30 PM | Show all posts
rase mcm tau jer tempat nie... apelah org nak kaya usaha bukan puja busut anai2...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 03:21 PM | Show all posts
ayahlang posted on 8-7-2013 08:26 AM
Kenapa dipanggil busut jantan? Kalau ada busut jantan mesti ada busut betina.

tu la.. t'tanya2 gak.. pon baru tau busut pon ade jantan bentina nye.. huu..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 12:35 PM | Show all posts
starbee posted on 8-7-2013 01:30 PM
rase mcm tau jer tempat nie... apelah org nak kaya usaha bukan puja busut anai2...

kaya cara syaitan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 01:33 PM | Show all posts
ajaran sesat namenyer tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 12:27 PM | Show all posts
mrbotak posted on 8-7-2013 03:21 PM
tu la.. t'tanya2 gak.. pon baru tau busut pon ade jantan bentina nye.. huu..

ado...bentuk busut jantan tu meruncing ke atas..busut betina tak....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 02:59 PM | Show all posts
aku takot tgk busut ni...lain mcm jek...mcm bukit hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 03:01 PM | Show all posts
ch3ngkoy posted on 10-7-2013 12:27 PM
ado...bentuk busut jantan tu meruncing ke atas..busut betina tak....

oohh.. baru tau.. huhu..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2013 11:28 AM | Show all posts
mrbotak posted on 10-7-2013 03:01 PM
oohh.. baru tau.. huhu..

baru tahu ni.. nk pg puja busut ke nanti   jangan... syirik!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 12:59 PM | Show all posts
berun posted on 11-7-2013 11:28 AM
baru tahu ni.. nk pg puja busut ke nanti   jangan... syirik!

huhuii.. takde la.. choii.. sbb slalu nye tgk bendalah busut nih.. baru tau ade jantan betina nye..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.075444 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list