View: 2462|Reply: 11
|
[Dunia]
Tujuh kepala manusia ditemui di lebuh raya
[Copy link]
|
|
Penemuan mengerikan dalam beg plastik bukti keganasan masih melanda Mexico
Bandaraya Mexico: Pihak berkuasa Mexico menemui tujuh kepala yang dipenggal dan disumbat ke dalam sebuah beg plastik di tepi satu lebuh raya di bandar Guadalajara semalam, kata seorang pegawai pendakwa di negeri Jalisco.
Penemuan mengerikan kira-kira 40 kilometer dari bandar kedua terbesar di Mexico itu memberi isyarat bahawa keganasan dan jenayah masih melanda Mexico, walaupun kerajaan sebelum ini memberi jaminan bahawa kadar kejadian pembunuhan semakin berkurangan.
Lebih 60,000 orang terbunuh dalam keganasan berkaitan dengan kartel dadah dalam tempoh 2006 hingga 2012, di bawah pemerintahan Presiden Felipe Calderon.
Pembunuhan meningkat
“Kejadian pembunuhan meningkat lebih lima peratus dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu,” kata seorang pegawai di jabatan polis Mexico.
Beliau berkata, purata, 1,000 dibunuh setiap bulan di bawah pentadbiran pengganti beliau Enrique Pena Nieto yang mengambil alih jawatan pada Disember.
Negeri Jalisco yang menjadi pembekal utama minuman keras tequila dan terkenal dengan muzik mariachi, dilanda keganasan hampir sepanjang masa.
Awal minggu ini, mayat dua muris sekolah yang disyaki membuli anak seorang pengedar dadah berpengaruh ditemui di Jalisco.
Mac lalu, menteri pelancongan Jalisco ditembak mati di Guadalajara hanya selepas seminggu menyandang jawatan. - REUTERS
|
|
|
|
|
|
|
|
Ganasnya urang mexico banding ngan keling di malaysia
![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
macam takde law kat sana... perghhh... |
|
|
|
|
|
|
|
keturunan mayan la ni..patutla bangsa tu kena hapus dek tuhan dari muka bumi ni..suka hati dia bunuh orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
kat sarawak lagi banyak kepala. zaman headhunters dulu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ini deme bergaduh sesama sendiri, drug lord, kartel, gengster dll..malaysia lain bunuh org tak bersalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
dorang mmg dari dulu camtu
happy trigger
setiap org ada pistol sendri
|
|
|
|
|
|
|
|
seramnye keganasan kat mexico tu![](static/image/smiley/default/funk.gif)
kalo jumpa mayat tanpa kepala, kepala sahaja..
nyawa manusia mcm nyawa ayam kerat jek |
|
|
|
|
|
|
|
mexico = DRUG is owning maa ! hihi..no wonder laa ! hihi |
|
|
|
|
|
|
|
bercampur ngan bangsa barbarik sepanyol, makin kuatlah gen bunuh yg sedia ada pd org bumi amerika selatan ni...![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|