CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Loxlaxman

[Dunia] Tindakan tentera Mesir setelah 24 jam rampas kuasa

[Copy link]
Post time 5-7-2013 12:38 PM | Show all posts
di negara kita malaysia, ATM
akan mengambilalih teraju pentadbiran negara
hanya jika puak pelampau merampas
kuasa secara rusuhan jalanan ataupun apabila
institusi raja2 melayu dilihat bakal diganggu-gugat

jika tidak, ATM akan tetap kekal
dengan fungsi utamanya tanpa
mencampuri urusan politik negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2013 12:47 PM | Show all posts
kes ni sama macam masa PM erbakan kena guling kat turki dulu, kena guling dengan tentera turki yg sekular disebabkan oleh dasar2 islamik dalam pemerintahannya
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 01:00 PM | Show all posts
ini harga nya nya bila x dapat bezakan mana yang baik dengan yang jahat..@tobby   ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:01 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 5-7-2013 12:23 PM
Yahudi ? Tiada ada kuasa yg lebih kuat dr Allah swt..itu yg pasti..
Ya...Allah itu Maha Adil...da ...

well said...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:04 PM | Show all posts
Vokuro posted on 5-7-2013 12:13 PM
tuhan itu maha adil, sentiasa memenangkan orang yg benar, jikalau morsi itu kalah maknanya tuhan a ...

InsyaAllah..Ujian yang Allah turunkan kat hamba dia dlm pelbagai bentuk..
Kekalahan,kemenangan,kemiskinan,kekayaan..semua tu ujian..

Dan selalunya, hero akan kalah dulu before rise and shine..

Sedangkan Rasulullah s.a.w, kekasih Allah tu pun.. Allah datangkan ujian dalam berdakwah..

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
itulah...nak sangat gulingkan pemerintah..amik  kau ubat.Rasulullah dah kata jangan, dia buat jugak..

sekarang lalui je laa cycle keganasan ni...

tu pasal aku cukup anti ngn gerakan2 yg cuba jaatuhkan pemerintah malaysia...nak  rasa sakitnya kepala bercerai ngn badan, gi laa buat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2013 02:19 PM | Show all posts
ULASAN RINGKAS BERKENAAN ISU MESIR

Pandangan peribadi saya berkenaan hal Mesir :

1. Dr. Muhammad Morsi adalah Presiden Mesir yang sah melalui pilihanraya presiden yang dijalankan secara demokratik pada 24 Jun 2012. Justeru tindakan menjatuhkannya secara revolusi jalanan BUKANLAH CARA YANG BETUL, khususnya bagi seorang pemimpin yang baru hanya 1 tahun berkuasa. Berikan masa dan berdiskusi lebih tepat bagi mereka yang tidak bersetuju dan pengkritik.

2. Sepanjang setahun beliau sebagai Presiden, beliau tidak mendapat sokongan penuh dari pihak tentera, polis dan pelbagai kakitangan kerajaan. Ini menjadikan perubahan yang dirancang sangat lambat dan kelihatan kurang berjaya. Selain itu, tempoh setahun terlalu pendek untuk membersihkan kekalutan ekonomi dan minda selama 30 tahun yang ditinggalkan oleh Hosni Mubarak.

3. Saya melihat, sifat dan sikap rakyat Mesir yang kelihatan terlalu banyak berpuak dan membantah, keadaan ini sememangnya memerlukan satu jenis undang-undang ala diktator dari pemimpin yang AMANAH DAN BAIK bagi menyatu dan mengurangkan masalah administrasi khususnya di awal-awal pemerintahan. Justeru, rang undnag-undang yang memberi Presiden kuasa penuh yang kontroversi pada hujung November 2012 itu adalah perlu dan tidak patut dianggap sebagai keaiban kepimpinan Morsi.

4. Tindakan tentera yang merampas kuasa dengan sokongan Sheikhul Azhar dan Coptic Pope Tawadros tidak secara demokratik bakal menyaksikan masa hadapan Mesir semakin suram dan tidak pasti. Kelak nanti Presiden baru bakal menjadi boneka tentera yang mana kiranya tidak disetujui, maka akan dirampas lagi oleh tentera. Mungkin tindakan terbaik adalah Presiden baru perlu ‘revamp’ tentera agar senjata mereka tidak menjadikan mereka mencarik keputusan rakyat majoriti.

5. Tindakan rakyat awam Mesir yang mengadakan revolusi jalanan dan bergembira atas kejatuhan Dr. Morsi adalah pelik dan kurang matang pada hemat saya. Masakan tidak, sedang mereka bergembira dan merayakannya, adakah mereka sedar dan tahu siapa yang bakal menjadi pemimpin terbaru mereka?, bilakah tarikh pemilihannya ? adakah mudah menaikkan pemimpina kesukaan mereka untuk diterima semua pendemonastrasi dan puak-puak? malah mungkin sebahagian besar mereka langsung tidak mempunyai idea siapakah calon yang paling layak. Apakah tindakan mereka ini lebih membantu menstabilkan Mesir atau mengoyahkannya semula? Dan lebih teruk, tindakan ini memberi kesan kepada kemaslahatan rakyat Palestin.

6. Saya bersetuju dengan tindakan Kerajaan Turki yang TIDAK MENGIKTIRAF kerajaan sementara haram Mesir serta tidak berurusan diplomatik kecuali dengan Presiden Morsi dan wakilnya yang sah sebagai mewakili kerajaan Mesir. Memang benar, tindakan ini bakal menjejaskan banyak hubungan ekonomi dan diplomatik antara kedua Negara selepas ini.

7. Rampasan kuasa Morsi ini lebih jelas disokong oleh pihak barat padahal mereka sering melaungkan keperluan untuk berpegang kepada Demokrasi, namun apabila Presiden Mesir dilihat ingin meluaskan agenda Islam dalam pentadbiran dan membantu Palestin, mereka kini berubah kepada menyokong rampasan kuasa pula.

8. Kerajaan Malaysia sepatutnya mengecam rampasan kuasa ala tentera Mesir ini kerana iktirafan kerajaan Malaysia bakal memberi mesej yang mengelirukan kepada sebahagian rakyat Malaysia kelak iaitu seolah-olah Malaysia mengiktiraf kerajaan melalui revolusi jalanan sedangkan tiada kezaliman nyata dilakukan oleh Morsi yang hanya baru setahun jagung memerintah.
9. Menukar pemimpin kerajaan melaui cara revolusi jalanan atau kekerasan memang lebih banyak membawa mudarat berbanding manfaat. Justeru, wajarlah ia dijauhi.

10. Ini hanyalah pandangan peribadi dan mungkin saya juga boleh tersalah dalam analisa dan penerimaan maklumat. Wallahu’lam.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 03:13 PM | Show all posts
demokrasi kepala bana lah dok main rampas2 neh puii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2013 03:21 PM | Show all posts
ajie2000 posted on 5-7-2013 02:19 PM
ULASAN RINGKAS BERKENAAN ISU MESIR

Pandangan peribadi saya berkenaan hal Mesir :

then mana ulasan selari ko samakan kudeta Egytp dgn demonstrasi di Malaysia yg menuntut PILIHANRAYA BERSIH DAN ADIL????

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 07:18 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 5-7-2013 12:10 PM
benar bagai dikata...
tp kalu org Islam masih buta mata...dan pekakkan telinga...
pasal isu ni.. ...

betul. sekurang2 nye buka mata dan telinga dgn isu islam
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 07:28 PM | Show all posts
pendapat sy: dr morsi terlampau drastik buat tindakan yg memenangkan Islam dalam tempoh setahun. percaturan politik nya memakan diri.

kalau boleh bersabar berpuluh2 tahun sblm berkuasa, kenapa tidak boleh bersabar setelah kuasa dlm genggaman?

byk pendirian2 kritikal dibuat terus-terusan.

musuh sentiasa mencari kesilapan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 07:30 PM | Show all posts
ajie2000 posted on 5-7-2013 02:19 PM
ULASAN RINGKAS BERKENAAN ISU MESIR

Pandangan peribadi saya berkenaan hal Mesir :

Ni zaha mane yang tulis ni, zaha islamic banking ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 07:58 PM | Show all posts
Mereka yg sdg Bergembira:

-Amerika, Israel, UAE (Abu Dhabi dan Dubai), rejim Syria, Syiah, Saudi, Iran ,Mubarak dan golongan sekular.



-Khamis 4/7/2013-

1) Mahkamah Dokki telah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Perdana Menteri Mesir, Dr.Hisham Qandil dan memecat beliau dari jawatan.

2) Dilaporkan Pihak berkuasa Mesir melakukan operasi tangkapan besar-besaran kepada pimpinan kumpulan Islam-Ikhwan Muslimin, Salafi dan lain-lain.

Penangkapan juga berlaku keatas pekerja-pekerja stesen televisyen Misr 25, An-Nas, Ar-Rahmah dan Al-Hafiz.

Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.Muhammad Sa’ad Katatni ditangkap di kediamannya & juga Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Rasyad Bayumi.

3) Selain itu juga, larangan diberikan kepada pimpinan gerakan Hamas di Ghazzah dari memasuki bumi Mesir.

4) PM Turki Erdorgan: “Kami mengecam rampasan kuasa ke atas Presiden Mesir. Turki hanya akan berurusan dengan Presiden yang dipilih oleh rakyat, Dr.Muhammad Mursi.”

5) Menteri Belia Mesir, Dr.Usamah Yasin menyertai rakyat di dataran Raba’ah bagi mempertahankan “syar’iyyah” Presiden Mursi.

6) Ikhwanonline: Sehingga kini, berikut jumlah mereka yang terbunuh selepas ditembak oleh askar dan polis Mesir bagi mempertahankan “syar’iyyah” Presiden Mursi selepas rampasan kuasa beberapa jam yang lalu:

-Iskandariah: 10 orang terbunuh, 200 orang cedera di dataran Sidi Bisyr selepas dikepung selama 3 jam oleh askar.

-Asyut: 2 terbunuh dan lebih 500 yang lain cedera selepas ditembak pasukan keselamatan di hadapan Masjid Omar Makram

-Aswan: Kematian yang tidak dapat dipastikan manakala mencederakan lebih 100 orang berhampiran Masjid An-Nasr. Kumpulan samseng/perusuh juga mengepung masjid tersebut dan lebih 50 orang warga tempatan terperangkap.

-Matruh: 10 orang terkorban apabila polis melepaskan tembakan kepada himpunan yang dihadiri ratusan ribu penyokong Mursi.

Mereka yg sdg Bergembira:

-Amerika, Israel, UAE (Abu Dhabi dan Dubai), rejim Syria, Syiah, Saudi, Iran ,Mubarak dan golongan sekular.



Bagaimanakah nasib umat Islam di seluruh dunia selepas ini khasnya di Syria? Terbelakah mereka selepas ini? Adakah kedutaan Syria akan kembali dibuka di Kaherah? Adakah pelarian Syria akan bebas menikmati kehidupan sebelum ini yang dilayan sebagai “tetamu” bukan pelarian?

SUMBER: Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 08:19 PM | Show all posts
takpe, ikhwanul muslimin dah biase dah kena tangkap, kena gantung bagai ni. insyaALLAH mereka dalam golongan orang2 yang bersabar dijalan ALLAH. semoga mereka2 jadi asbab kepada jutaan lagi umat islam kat dunia ni untuk dapat hidayah dari ALLAH dan seterusnya mengikut perjuangan mereka menegakkan agama ALLAH. amin
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 12:24 AM | Show all posts
Next president pun kena jail gak. Perangai pak arab tatau sabar, semua nak sekarang!

tapi tak puas hati gak, kalau mu tak sokong parti "Islamik". Mu bukan Islam, mu munafik, mu syiah, mu sekular, mu kafir harbi...

President orang yang baik, tapi terlalu banyak kelemahan dalam kepimpinan ahli2 ikhwan muslimin. Sebab kegagalan pemimpin juga boleh menjatuhkan pemimpin itu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 12:33 AM | Show all posts
unhas posted on 5-7-2013 08:19 PM
takpe, ikhwanul muslimin dah biase dah kena tangkap, kena gantung bagai ni. insyaALLAH mereka dalam  ...

yg ohnolia confuse, apakah possible rakyat berdemo menentang morsi itu adalah disebabkan mereka meragui  matematik kepimpinan dan rencana pembangunan ekonomi morsi ini?  e.g rakyat semakin miskin, harga barang semakin mahal? atau tekanan2 yg makin merodok kebahagian rakyat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2013 12:43 AM | Show all posts
ada org ingat Morsi naik melalui rampasan kuasa dr Hosni Mubarak
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 12:47 AM | Show all posts
agak agak bawab bawab kat mesir dan arab biqiyyakkkk kat mesir tu sokong sapa?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 12:48 AM | Show all posts
tyrande_81 posted on 6-7-2013 12:24 AM
Next president pun kena jail gak. Perangai pak arab tatau sabar, semua nak sekarang!

tapi tak pua ...


nasib next presiden bergantung kepada keadaa2n berikut:

- kalau puak sekular, takde masalah sebab pihak tentera & polis serta elemen2 Muberak akan support habis habisan...

- kalau puak Islamist, nasibnya akan sama dgn Morsi, akan disabotaj cukup2, sistem pentadbiran macam Parlimen, committee Perlembagaan akan diistiharkan tak sah, dll..
..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 01:42 AM | Show all posts
ajie2000 posted on 6-7-2013 12:47 AM
agak agak bawab bawab kat mesir dan arab biqiyyakkkk kat mesir tu sokong sapa?

aku rasa bawab2 dgn beqiyyaa' sumer tu sokong Zamalek........hahahahahahhaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062563 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list