CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11912|Reply: 17

Makanan Pembangkit Seks dan Kekuatan Fizikal Lelaki

[Copy link]
Post time 3-7-2013 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki memang memerlukan nutrien untuk membantu anda mengekalkan jisim otot, mencegah kanser prostat dan sebagainya. Banyak makanan kegemaran anda bukanlah pilihan baik untuk kesihatan dalaman lelaki. Seperti wanita yang perlu mengambil makanan sihat sepanjang hamil, anda juga perlu makanan sihat untuk kekal bertenaga bersama isteri dan macho di mata si dia.


TIRAM

Ramai yang tidak tahu bahawa tiram merupakan sumber makanan cinta adalah benar. Kandungan antioksida dan zink mineral di dalamnya mampu membantu memperbaiki sel, menghasilkan DNA sihat sehinggalah mencegah penyakit kanser prostat. Fungsi seksual sistem pembiakan lelaki termasuk bilangan sperma juga akan bertambah kerana bantuan zat seperti zink. Namun, hati-hati jika tiram tidak dimasak sempurna kerana satu jangkitan dikenali sebagai Vibrio vulnificus akan menyerang anda nanti.


PISANG

Buah pisang merupakan sumber terpantas untuk mendapatkan tenaga selain kaya dengan zat potasium yang diperlukan untuk mengawal saraf, denyutan jantung dan tekanan darah. Kandungan kalium dan magnesium juga boleh membantu mengurangkan risiko diserang strok. Kaya dengan vitamin B-6, pisang membantu meningkatkan sistem imunisasi dan menambah sel darah merah. Jadi, jangan lupa menikmati sebiji pisang setiap hari atau sebelum anda menuju ke gim.


LEMAK IKAN

Ikan seperti salmon, sardin, tuna dan makerel merupakan ikan yang kaya dengan sumber omega-3 asid lemak. Pakar pemakanan juga menggalakkan anda mengambil menu ikan dua kali seminggu. Kebaikan mengambil makanan kaya omega 2 ini adalah membantu melancarkan perjalanan darah, mengurangkan kanser prastat dan memelihara kesihatan jantung. Jika anda bukan penggemar ikan, flaxseed, kacang walnut, minyak canola dan telur boleh diambil sebagai ganti.


BROKOLI

Kaya dengan vitamin C, beta karotin dan potasium mampu membantu mengelakkan penyakit jantung dan kanser. Kandungan phytochemical yang digelar sulphoraphane pula merupakan bahan pencegah prostat dan kolon yang kerap menyerang lelaki. Kajian dari Universiti Harvard medapati lima hidangan seminggu mampu membantu mencegah penyakit kanser pundi kencing. Bagi anda yang bukan peminat brokoli, kubis, bok choy, kubis bunga dan taugeh boleh membantu anda mencegah kerisauan diserang kanser.


KACANG BRAZIL

Kacang Brazil adalah sangat baik untuk lelaki kerana kandungan seleniumnya yang tinggi. Ia merupakan bahan yang baik untuk meningkatkan kesihatan sperma dan mortilitinya. Selenium juga membantu merendahkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol selain bertindak sebagai meningkatkan mood. Selain itu, ia juga baik untuk jantung dan hati.


TELUR

Berita baik untuk anda yang mudah mengalami keguguran rambut. Penyelesaiannya, masukkan telur ke dalam menu harian anda. Ini kerana ia adalah sumber protein dan biotin (vitamin B7) yang menggalakkan pertumbuhan rambut, malah kuning telur adalah sumber zat besi yang baik. Banyak penyelidikan menyatakan ia membantu mengurangkan keguguran rambut yang berpunca daripada anemia.

Masih sempat lagi untuk anda menghala ke pasar pagi untuk mencari makanan-makanan sihat. Jika sebelum ini anda bukanlah seorang yang mementingkan kesihatan, masih belum terlambat lagi untuk anda menjaga kesihatan tubuh badan anda. Hendak ‘pakai’ lama, kenalah jaga supaya wanita percaya anda sentiasa yang terbaik buat mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2013 02:55 PM | Show all posts
just nak share dulu aku ader baca buku pasal zaman2 nabi la.. ader org yg jumpa nabi sebab masalah anu die kecik ... so nabi pun kasi la petua die... tpi time aku bace tuh aku kat bank.. buku tuh dalam bank kat tempat menunggu... bace sket da kene ke kaunter.. so tinggal la buku tuh.. so siap urusan bank in terus balik..

esoknye dtg balik..nak bace tgok2 page tuh da ader org koyak choiiii... kalo x aku nak g photostat leh la share ngan seme kat sini

akhir cerita.. si pengadu berjaya mendapatkan size yang sepadan dengan nasihat dan panduan rasulullah... aper tah ramuan die.. sapu2 jeh.. aku xingt laa
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 03:31 PM | Show all posts
teky posted on 3-7-2013 02:55 PM
just nak share dulu aku ader baca buku pasal zaman2 nabi la.. ader org yg jumpa nabi sebab masalah a ...



aduh.. ingat lg tak tajuk buku tuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 03:33 PM | Show all posts
ajis_kg posted on 3-7-2013 03:31 PM
aduh.. ingat lg tak tajuk buku tuh

xingt.. tpi buku tuh buku lama la..sebb tgok dari penggayaan bahasa dan juga kertas cetakan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 03:36 PM | Show all posts
teky posted on 3-7-2013 03:33 PM
xingt.. tpi buku tuh buku lama la..sebb tgok dari penggayaan bahasa dan juga kertas cetakan.. :lol ...



ingat lg tak nama jalan ke bank tuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 03:36 PM | Show all posts
ajis_kg posted on 3-7-2013 03:36 PM
ingat lg tak nama jalan ke bank tuh

da tentu ar aku ingt..tuh bank kat kg.. lani da kat bandar... mayb buku tuh pun da hancur

dengg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2013 03:37 PM | Show all posts
teky posted on 3-7-2013 03:36 PM
da tentu ar aku ingt..tuh bank kat kg.. lani da kat bandar... mayb buku tuh pun da hancur

...



demm
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:15 PM | Show all posts
teky posted on 3-7-2013 03:36 PM
da tentu ar aku ingt..tuh bank kat kg.. lani da kat bandar... mayb buku tuh pun da hancur

...

sure bukan buku permata yang hilang? takkan la buku ni ada kat bank?? aduss..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2013 04:19 PM | Show all posts
tommi posted on 3-7-2013 04:15 PM
sure bukan buku permata yang hilang? takkan la buku ni ada kat bank?? aduss..

no no no... bukan die cam buku lama2 laa..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 03:50 PM | Show all posts
telur ni makanan harian aku..kalah biawak...haha
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 03:04 AM | Show all posts
zkalau telur n pisang tu tiap2 hari balun takde hal la
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 09:30 AM | Show all posts
teky posted on 3-7-2013 02:55 PM
just nak share dulu aku ader baca buku pasal zaman2 nabi la.. ader org yg jumpa nabi sebab masalah a ...

dengggggggg

poton betui la en teky niiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Asparagus pon ok juga.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 02:12 AM | Show all posts
aku bru nk try kopi panggung al ambiak...

katenye seksa nk menangung

org kate kt forum sblh power....esok try.....

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 03:06 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 07:57 PM | Show all posts
telur mentah campur ngan milo panas dan tambah madu.........pasti menogak punya...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2014 08:14 AM | Show all posts
masculine posted on 4-10-2013 02:12 AM
aku bru nk try kopi panggung al ambiak...

katenye seksa nk menangung

bagi la pikbek sikit........
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 10:39 AM | Show all posts
akkula posted on 24-1-2014 08:14 AM
bagi la pikbek sikit........

Sekarang ada produk minuman dari campuran herba power  - MACA dan Tribulus yg sudah terbukti mantap dan ketat. Sesuai utk lelaki dan wanita. Maklumat lanjut masuk w/site powertricajuice.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.257886 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list