View: 2480|Reply: 0
|
Kunjungan ke pusat hiburan berakhir tragedi di Bintulu
[Copy link]
|
|
BINTULU: Polis Marin di sini menemui mayat seorang remaja lelaki yang ditemui terapung di Sungai Sebiew sekitar jam 11.50 pagi se-malam.
Terdahulu, seorang ayah bernama Robert Budul, 54, membuat dua aduan di Balai Polis Pusat pada jam 3 pagi (Ahad) dan aduan kedua dibuat pada jam 8.30 pagi semalam (Isnin) apabila anak lelakinya tidak pulang ke ru-mah sejak malam Sabtu lalu.
Alangkah terkejutnya Rob-ert apabila mendapati mayat yang ditemui oleh Polis Marin merupakan anak lelakinya yang hilang iaitu Martines Robert, 24.
Turut berada di situ ialah adik mangsa yang bernama Sanches, 20, yang mana ked-ua-dua anak-beranak terbabit yakin yang mayat terbabit ialah mayat Martines.
Menurut bapa mangsa, insiden bermula pada malam Sabtu lalu apabila Martines dan adiknya, Sanches memo-hon kebenarannya untuk pergi ke parti hari jadi kawan mereka di Sungai Plan.
“Saya berasa bimbang akan keselamatan kedua-dua anak saya dan segera pergi ke ru-mah kawannya seperti yang dinyatakan kerana mereka belum lagi balik meskipun sudah lewat malam dan seti-banya di sana, kawan mereka berkata kedua-dua mereka sudah pergi ke salah sebuah pusat hiburan di bandar Bin-tulu,” ujarnya.
Setibanya di pusat hiburan dinyatakan, Robert berasa amat bimbang kerana keban-yakan pelanggan yang berada dalam premis hiburan terba-bit meluru keluar seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena berlaku.
Dia yang berasa tidak sedap hati masuk ke dalam premis hiburan terbabit, bagaimana-pun tidak menjumpai kedua-dua anak lelakinya itu.
“Selepas itu, saya keluar se-mula dari premis terbabit dan alangkah terkejutnya apabila melihat bahagian hadapan kereta yang digunakan oleh anak saya itu dipecahkan ba-hagian cermin hadapannya,” jelasnya.
Sejurus itu, Robert terus mencari kedua-dua anaknya itu di kawasan berdekatan dan akhirnya dia terjumpa anak bongsunya, Sanches sedang bersembunyi di be-lakang tong sampah dengan kepalanya berlumuran darah akibat dipukul.
Apabila ditanya di mana abangnya berada, Robert berkata anak bongsunya itu yang dalam keadaan mabuk tidak tahu ke mana abangnya menghilang.
“Setelah itu, saya membawa Sanches masuk semula ke dalam pusat hiburan terbabit bagi mendapatkan penjela-san daripada pemilik pusat hiburan berhubung insiden yang berlaku,” katanya.
Pemilik pusat hiburan terbabit bagaimanapun tid-ak mengaku mencederakan kedua-dua anaknya itu, tetapi mengaku memecahkan ba-hagian cermin hadapan kereta yang dinaiki oleh kedua-dua anaknya.
Dipercayai terjadi perteng-karan antara kedua-dua belah pihak sebelum itu.
Bapa mangsa kemudiannya membawa anaknya ke Hospi-tal Bintulu bagi mendapatkan rawatan.
Kes ini dikendalikan oleh Polis Marin Bintulu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|