CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18927|Reply: 45

Onani - benihkan jin..betul ka?

[Copy link]
Post time 30-6-2013 03:13 PM | Show all posts |Read mode
AKIBAT ONANI DAPAT ANAK DENGAN JINPOSTED BY SUDIR FARA POSTED ON 3:00 AM WITH NO COMMENTS


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.
Cerita yang nak saya kongsikan pada kali ini ialah keburukan dari onani (melancap) bukan dari segi kesihatannya tapi dari sudut alam ghaibnya. Sebenarnya maklumat ini saya dapat lebih kurang 3 tahun lalu. Ketika itu saya sering berinteraksi dengan jin yang katanya bernama AZAN yang mengaku sebagai jin islam. Untuk berinteraksi dengannya, disuruhnya saya membacakan Surah Al-Jin dan menghadiahkan Fatihah kepadanya sebelum dipanggil.

Menurut cerita atau maklumat yang diberikan jin bernama Azan ini, katanya orang-orang yang sering melakukan onani walau dimana pun perlakuan itu dilakukan, ketika menitisnya air mani dari si pelaku maka akan ditadah oleh jin-jin betina. Lalu akan disenyawakan benih manusia tadi dengan jin betina sehingga menghasilkan zuriat. Saya bertanya juga pada jin Azan ni untuk apa mereka berbuat demikian, tak cukup ke jin jantan yang ada?. Namun jawapan dari Azan membuatkan saya termanggu sejenak memikirkan kebenarannya.

Katanya dengan menggunakan benih dari manusia pelaku onani disenyawakan dengan benih jin betina akan melahirkan zuriat jin yang benar-benar memahami naluri dan tabiat manusia. Zuriat-zuriat yang lahir itu lebih memahami kekuatan dan kelemahan manusia kerana mereka juga dari benih manusia. Malah menurut Azan lagi, anak-anak hasil dari percampuran benih inilah yang akan mengikat manusia selamanya dengan mereka sehingga diheret ke neraka kelak.

Kata Azan kepada saya,

“Wahai ahli bai’at (gelaran Azan kepada saya), cubalah saudara bayangkan jika seorang manusia sewaktu usia remajanya mungkin dari usia 16 tahun sudah melakukan onani hinggalah mencapai usia 20 tahun.  
Jika mereka melakukan seminggu 2 kali berarti sebulan 8 kali dan jika dihitung setahun sudah 96 kali dan dihitung selama 4 tahun berarti 384 kali. Dan setiap kali itu pula benih mereka disenyawakan dengan jin betina maka telah menghasilkan seramai 384 zuriat. Kesemua zuriat ini akan menuntut kepada si pelaku onani tadi di Masyar sebagai anak-anak kepada si pelaku onani tadi.”  
Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya. Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan. “Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai,” kata penggali kubur tersebut. “Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”




“Akibat dari tuntutan anak-anak tadi maka si bapa yakni pelaku onani yang ‘mendermakan’ benihnya kepada jin pasti akan tertanggung atau dipertanggungja wabkan atas setiap dosa-dosa yang dilakukan oleh ‘anak-anak campur’ tadi. ‘Anak-anak campur’ ini pula dijadikan tentera-tentera syaitan untuk menggoda manusia kerana meraka lebih mengetahui kelemahan-kelemahan manusia kerana meraka juga dari benih-benih manusia” terang Azan lagi.



Dengan penjelasan inilah yang membuatkan saya termanggu-manggu memikirkan hal orang-orang yang melakukan onani sewaktu di Masyar Allah nanti apabila dengan tiba-tiba didatangi makhluk-makhluk hodoh bertanduk mungkin berekor memegang kaki dan lutut mereka mengaku sebagai anak dan menuntut diselamatkan dari neraka. Jika si pelaku tadi insaf dan melakukan banyak amalan adakah cukup untuk menampung dosa-dosa ‘anak luar nikah’ dengan bangsa jin yang dijadikan sebagai tentera penggoda manusia ini?.

Saya tidaklah menyuruh mempercayai cerita ini bulat-bulat apatah lagi maklumatnya diperolehi dari bangsa jin tapi boleh juga dipikirkan kemungkinannya. Jika hal ini benar bagaimana keadaan kita di Masyar Allah kelak? Sudah siapkah kita menerima kesan dari perbuatan kita? Bukankah lebih baik jika hentikan perbuatan onani yang jelas bertentangan dengan syariat agama. Mudahan cerita dan maklumat ini dapat memberi sedikit kesedaran dan pengajaran kepada kita terutama si pelaku onani. Mungkin juga kita boleh meyampaikan dan berkongsi maklumat dari cerita ini kepada anak-anak remaja kita agar menghindari perbuatan onani yang terkutuk ini.

Firman Allah :

“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya” (Al-Muddaththir: 38) “Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun” (Al-Baqara: 281) WalLahHu Ta’alaa A’lam...



Oleh : ‘Abdu Dha’if Faqir Haqir


sumber : http://beritaluarbiasa.com


benarkah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2013 04:09 PM | Show all posts
nanti senarionye cam ini ka??
"papa!! saya anak papa. datang untuk menuntut hak!"
"eh eh ? bila plak aku ada anak? bersetubuh pun tak pernah.apatah pula berkahwin. aku baru 19 tahun. emak kau siapa?"
"emak saya jinn. jinn yang menadah air mani papa masa papa onani 7 tahun lalu jadilaa jinn kacuk manusia jinn toncet"

Jinn Unsur Api, Manusia Unsur Tanah,camner leh jadik anak plak.tipu je Jinn tu??. kerrcuba tanya sama UAI
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 04:12 PM | Show all posts
Kan dia kata...

Saya tidaklah menyuruh mempercayai cerita ini bulat-bulat apatah lagi maklumatnya diperolehi dari bangsa jin tapi boleh juga dipikirkan kemungkinannya.

Hang pi la torai...dengaq jin hang kata apa plk.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 09:44 PM | Show all posts
camni pun ada no....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 08:38 AM | Show all posts
  1. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya. Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan. “Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai,” kata penggali kubur tersebut. “Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”
Copy the Code
topik lain ni rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 09:03 AM | Show all posts
onar punya onani.. hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2013 09:10 AM | Show all posts
kuat beno bedaah kome ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 10:42 AM | Show all posts
kalau main dengan wife tapi tembak luar pulak camne?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2013 11:35 AM | Show all posts
alphawolf posted on 1-7-2013 10:42 AM
kalau main dengan wife tapi tembak luar pulak camne?

baru nak tanya menda yg sama ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 11:36 AM | Show all posts
wujud ke Jin Azan ? pertanyaan je iya kwn2 .. ??
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 11:42 AM | Show all posts
alphawolf posted on 1-7-2013 10:42 AM
kalau main dengan wife tapi tembak luar pulak camne?

kalu main dengan wife, bila tembak jin tu plak yang mati
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 11:52 AM | Show all posts
jaa139 posted on 1-7-2013 11:42 AM
kalu main dengan wife, bila tembak jin tu plak yang mati

xtercapai dek fikiran ku ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 01:02 PM | Show all posts
jauhilah onani sayangilah mani anda...
kalo citer ni benar camana?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 01:04 PM | Show all posts
ajaib.. aku pernah bermimpi pasal benda nih..
aku mimpi pasal jin betina melahirkan anak, hasil dari air mani onani manosia..

jangan tanya aku, sebab aku lupa details mimpi tu..
cuma aku ingat ada 2 jin betina, dalam mimpi aku memang nampak lawa..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 01:42 PM | Show all posts
capiloton posted on 1-7-2013 01:04 PM
ajaib.. aku pernah bermimpi pasal benda nih..
aku mimpi pasal jin betina melahirkan anak, hasil dar ...

jeng...jeng...jeng....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 01:42 PM | Show all posts
tak kire lah citer ni sahih ato tidak, jauhilah onani.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2013 02:13 PM | Show all posts
kalo pompuan plak yg onani cmna huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 02:47 PM | Show all posts
haa!! camni pon ada? hurm....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 03:08 PM | Show all posts
betul ke ni??????
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 04:31 PM | Show all posts
yang terpancut time tidor cam mana pulak...mimpi basah...x baca doa tido kakdahnye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.121036 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list