CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1881|Reply: 0

Pafa kemuka bantahan

[Copy link]
Post time 27-6-2013 10:23 AM | Show all posts |Read mode

Mohd Azraai Khoor Abdullah

PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) akan mengemukakan bantahan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan pengadil pada perlawanan Liga Super menentang Lions XII di Stadium Ipoh, kelmarin, lapor NURUL RIDUAN NOR ASHAHA.

Perkara itu disahkan Jurulatih Seladang, Mohd Azraai Khoor Abdullah kepada Sinar Harian selepas beliau mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Pafa.

Azraai berkata, bantahan tersebut yang berbentuk rakaman video akan diserahkan kepada FAM dalam tempoh terdekat.

“Saya sudah menonton perlawanan ulangan lebih daripada sekali. Ternyata ada keputusan pengadil yang meragukan.

“Kita bukan membuat bantahan secara membuta-tuli tetapi kita ada bukti tayangan video termasuk ulasan daripada pengulas sukan,” katanya, semalam.

Ketika mengulas perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 itu, Azraai yang ternyata terkilan berkata, sepatutnya Perak boleh meraih tiga mata penuh.

Bagaimanapun pengendali skuad Seladang itu berkata, biarpun gagal meraih mata penuh, beliau berpuas hati dengan barisan sebenar pemain Perak.

“Kami ada dua lagi baki perlawanan iaitu menentang Kelantan dan ATM. Kami cukup bersedia,”

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.049962 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list