CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2398|Reply: 9

[Jenayah] 2 beradik tidak mengaku pecah amanah

[Copy link]
Post time 25-6-2013 03:56 PM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU - Dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini terhadap pertuduhan melepaskan tanggungjawab sebagai pengarah syarikat dengan mengeluarkan wang syarikat tanpa kelulusan, tiga tahun lepas.
   
Chen Chew, 57, dan Chen Choong Khung, 50, pengarah syarikat Cosmic Electrical Engineering Sdn Bhd dituduh melepaskan tanggungjawab terbabit dengan mengeluarkan wang di dalam akaun Public Bank Berhad melalui cek bernombor 131364 berjumlah RM112,002.15 tanpa kelulusan syarikat dalam mana-mana mesyuarat agung.
   
Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di Suite 2, Tingkat 1, 2J-1, Jalan Giam, Taman Majidee, di sini pada 24 Sept 2010.
   
Mereka dituduh mengikut Seksyen 132(1) Akta Syarikat 1965 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 132(3)(b) akta yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda RM30,000 jika sabit kesalahan.
   
Chew dan Choong turut mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan pilihan iaitu menyalahgunakan harta syarikat dengan mengeluarkan wang syarikat di dalam akaun bank melalui cek dengan jumlah yang sama, di alamat, waktu dan tarikh yang sama.

Kesalahan terbabit dituduh mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 132(3)(a) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000.
   
Pegawai pendakwa daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia Mohamad Azies Han Mohd Fadzil mencadangkan kedua-dua mereka diikat jamin sebanyak RM20,000, bagi kedua-dua pertuduhan, bagaimanapun, peguam YC Wong yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu jumlah itu dikurangkan.
   
Hakim Muhammad Jamil Hussin membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.
   
Mahkamah menetapkan 9 Julai  bagi sebutan semula pertuduhan yang dihadapi Chew dan 24 Julai bagi Choong.
Last edited by cef_gango on 25-6-2013 04:09 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2013 04:01 PM | Show all posts
pecah rumah or pecah amanah???
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 04:18 PM | Show all posts
kali terakhir aku pecah amanah masa aku form 5...sampai skang idop aku boring dan mengecewakan dibinasa dek tuhan...hahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2013 04:38 PM | Show all posts
pakweneelofa posted on 25-6-2013 04:18 PM
kali terakhir aku pecah amanah masa aku form 5...sampai skang idop aku boring dan mengecewakan dibin ...

apa dia? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 04:58 PM | Show all posts
pakweneelofa posted on 25-6-2013 04:18 PM
kali terakhir aku pecah amanah masa aku form 5...sampai skang idop aku boring dan mengecewakan dibin ...

pecah amanah ke pecah dara???
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 07:28 PM | Show all posts
wajaman posted on 25-6-2013 04:58 PM
pecah amanah ke pecah dara???

hahahahah siot lu wei... hahahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2013 07:29 PM | Show all posts
cef_gango posted on 25-6-2013 04:38 PM
apa dia? hehe

trial spm...paper pendidikan Islam aku dapat A..sbb salah ustazah dok pecaya kat aku ni suruh bawak paper gi kelas...sampai kat tangga..aku bukak la...sampai skang Allah sumpah hidup aku jadi TAK BEST!
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 02:15 PM | Show all posts
aiya sulah tuwa lagi mau pigi pinjala ka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2013 02:28 PM | Show all posts
biar pucah di dara jangan pucah di kupala
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 03:00 PM | Show all posts
pakweneelofa: trial spm...paper pendidikan Islam aku dapat A..sbb salah ustazah dok pecaya kat aku ni suruh bawak paper gi kelas...sampai kat tangga..aku bukak la.. ...


hehehehe...mcm2 hal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.299722 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list