CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1752|Reply: 4

[Jenayah] 2 beradik edar dadah RM720,000 ditahan

[Copy link]
Post time 23-6-2013 01:59 AM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM - Sepasang adik-beradik lelaki yang sedang mengedar dadah jenis heroin bernilai kira-kira RM720,000 dicekup polis dalam serbuan yang dibuat di tepi jalan Semenyih, Kajang, kelmarin.

Sebelum serbuan dilakukan, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Selangor menjalankan intipan, sebelum mengekori kedua-dua suspek yang menaiki motosikal ke kawasan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, ketika ditahan kira- kira jam 12 tengah hari, berlaku pergelutan kerana kedua-dua suspek berusia 32 dan 29 tahun itu cuba melawan untuk meloloskan diri. Beliau berkata, polis bagaimanapun dapat menahan kedua-dua suspek dan pemeriksaan dalam beg sandang hitam yang dijumpai bersama mereka menemui 30 peket plastik besar berisi dadah heroin seberat 13.6 kilogram.

"Satu peket plastik besar itu mengandungi sebanyak 465 gram (g) dadah heroin dan boleh dijadikan dalam bentuk lebih kecil iaitu kira-kira 300 peket dengan kandungan 2g bagi setiap satu.

"Kita percaya suspek jual dadah terbabit bukan sahaja di sekitar Semenyih tetapi juga untuk pasaran di daerah lain," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Thaiveegan berkata, siasatan awal menunjukkan pasangan adik-beradik itu mula menjalankan kegiatan terbabit  sejak lima bulan lalu.

Menurutnya, semakan mendapati suspek berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan masih di bawah pemerhatian orang sekatan dadah.

Katanya, kedua-dua suspek yang didapati positif dadah itu turut dikesan memiliki rekod berkaitan jenayah dan dadah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2013 02:02 AM | Show all posts
bodoh.. dah nak masuk bulan ramadon dan ke tali gantong la kau! dasar perosak anak bangsa.. edar la. ikan masin ke. sate kering ke. kuih tart ke.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
ni kalau lepas, memang joli katak dia....
berbaloi ke tali gantung pun....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 11:13 AM | Show all posts
nak kaya cepat....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 02:43 PM | Show all posts
Jahanam punye Jowo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.509563 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list