CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2125|Reply: 4

[Jenayah] 1.7 kilogram ganja berjaya dirampas

[Copy link]
Post time 17-6-2013 11:33 AM | Show all posts |Read mode



KULIM - Polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 27 tahun ketika cuba melarikan diri dari pemeriksaan rambang dijalankan di Jalan Tunku Abdul Rahman kira-kira jam 4.15 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika membuat pemeriksaan, anggotanya terserempak seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dalam keadaan mencurigakan.

Difahamkan semasa operasi oleh Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) diketuai Timbalan Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz bersama tiga sukarelawan simpanan polis dan seorang anggota trafik itu, apabila menghampiri pemeriksaan dijalankan polis, suspek mengambil tindakan berpatah balik.

“Suspek kemudiannya cuba memintas jalan dengan naik ke atas pembahagi jalan bagaimanapun terbabas. Suspek bangun dan menghidupkan motosikal sebelum melarikan diri ke arah pekan Kulim.

"Polis mengejarnya dengan menggunakan kereta manakala anggota trafik bersama motosikal berkuasa besar. Dalam usaha suspek melarikan diri, sekali lagi dia terbabas.

Berlaku pergelutan bagaimanapun suspek berjaya ditahan. Ketika pemeriksaan dijalankan polis mendapati suspek mengalas beg di belakangnya.

"Hasil pemeriksaan dijalankan, polis mendapati terdapat tiga ketulan daun mampat dibalut dengan plastik dipercayai ganja seberat kira-kira 1.7 kilogram berada di dalamnya,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan, manakala ujian air kencing dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif dadah.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952, sekiranya sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2013 11:34 AM | Show all posts
Kalau ganja lebih 1kg, mmg tali gantung lah jawabnya............
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 04:50 PM | Show all posts
yassin senario ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 05:15 PM | Show all posts
Difahamkan semasa operasi 


semasa operasi aje ....kalau tak ...semasa operasi ...????
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 05:25 PM | Show all posts
mm......mandatori ni..kalau terbukti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.194695 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list