CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nmohdr

Terlanjur Cinta

[Copy link]
Post time 9-7-2013 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali tok buat kenduri kesyukuran utk cucumya yg baru jumpa n cucu yg baru pulang dr peramtauan.or parah lg rupanya 'tunang' zuhrin tu sedara nurin...parah lorr....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2013 10:37 AM | Show all posts
Bab 28

Zuhrin hanya tinggal singlet dengan seluar dengan seluar jean biru lusuh yang dilipat sehingga ke paras betis. Tangannya ligat mengipas bara api, ikan keli yang tersusun cantik di atas pemanggang.

Sejak tiga jam tadi, itulah kerjanya untuk kenduri kesyukuran kali ni, pak long telah menaja ikan keli dari kolamnya untuk dibakar. Bukanlah kenduri besar, Cuma sekadar makan-makan bersama kaum keluarganya yang besar.

Air asam untuk ikan keli dah mak siapkan. Kecur liurnya apabila teringatkan keenakan ikan keli dicicah air asam resepi mak.

“Yang hang dok telan ayaq liuq ni pasai apa?” Sergah Pak Tam.

Zuhrin hanya tersengih.

“Orang tanya dia sengih pulak!” Pak Tam garu kepala yang tidak gatal.

“Mana tak telan ayaq liuq, dok teringat ikan keli ni cicah ayaq asam. Pergh...terangkat.” Zuhrin menuturkannya dengan penuh perasaan.

Pak Tam dan Pak Su ketawa melihat reaksi Zuhrin yang agak keanak-anakkan.

“Perangai macam budak-budak.” Tegur Tok yang kebetulan singgah melihat nasib ikan keli di tangan Zuhrin.

“Sayur keladi dah siap, ayam masak kicap dah siap, gulai ikan termenung dah siap, ayaq asam pun dah siap. Bilanya ikan keli hang ni nak siap?” Zuhrin hanya tersenyum mendengar soalan tok dalam nada sindiran.

“Sat lagi siap la ni. On time, tok jangan risau.” Zuhrin memberi jaminan.

Tok hanya menggelengkan kepala.

“Mak tok sah risau, pandaila budak ni setelkan qeja dia.” Balas Pak Su kepada Tok.

“Mana ada budak, dah nak jadik pak budak dah.” Zuhrin menekup mulut apabila menyedari keterlanjuran kata-katanya.

Semua mata memandangnya bagaikan memohon penjelasan.

“Apa?” Zuhrin buat tak faham dan meneruskan pembakaran dengan muka tanpa riak, tapi debaran di dalam hati hanya Allah yang tahu.

“Mak, cucu mak dah sampai.” Kedatangan Maksu menyelamatkan Zuhrin.

“Cucu?” Zuhrin bertanya sendiri.

“Oooo....Ayen tak dak berapa taon ya tok dah tukaq cucu feberet no. Ayen nak merajuk la macam ni.” Ugut Zuhrin dalam gurauan.

“Dah...toksah dok buat drama swasta kat sini. Cepat perabih ikan tu, kita nak makan dah ni.” Tok malas nak melayan rajukkan Zuhrin yang dibuat-buat.

“Padan muka hang.” tambah Paksu.

Zuhrin menggaru kepalanya yang tidak gatal dan meneruskan kerjanya.

Setengah jam kemudian, semuanya selesai. Zuhrin dengan bantuan Pak Tam dan Paksu membawa semua ikan keli bakarnya ke depan untuk dihidangkan bersama lauk pauk yang lain.

Zuhrin menelan air liurnya yang tiba-tiba dirasakan sangat pahit dan berpasir. Jantungnya berdegup pantas. Zuhrin memegang dada, seakan memegang jantung agar jangan jatuh dari tangkainya.

Mata bertentang mata, dia bagaikan mahu pitam.

“Hang pasai apa?” Tok heran apabila melihat Zuhrin yang tiba-tiba pucat.

“Ya Allah, budak ni pasai apa? Macam kena sampuk ja.” Percikan air ke muka Zuhrin oleh Paksu membawanya kembali ke alam nyata.

“Awat hang tengok dia lagu tu?” Tanya Paksu.

“Jangan berkenan, hang tengok perut tu dah tujuh bulan dah. Jangan buat pasai.” Tegas Paksu memberi amaran.

“Lupa pulak tok nak kenaikan.”

Tok menarik Zuhrin untuk menuruti langkahnya.

“Ayen, ni cucu tok jugak. Nama dia Nurin. Anak Mak Teh, kembaq mak hang.”

Saat mata bertentang mata, Nurin bagaikan mahu pitam.

Betapa besarnya dunia, sekecil ini takdir mereka.

“Sepupu Ayen?” Zuhrin inginkan penjelasan.

“Sepupu hang la dah namanya anak Mak Teh.” Tok mengulangi kata-katanya.

Masing-masing terkaku, tak tahu bagaimana hendak bereaksi.

Kalau diikutkan hati, mahu saja masing-masing menerkam untuk berpelukan, melepaskan semua rindu yang sarat bersarang di dada.

Nurin menahan air mata, nanti apa pula kata keluarga. Tiba-tiba saja menangis bila berjumpa anak teruna orang.

Haru....haru...

‛Awak anak Mak Teh...berat masalah kita sayang!’ Zuhrin menggaru lagi kepalanya yang tidak gatal  sambil berkata-kata di dalam hati

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2013 10:38 AM | Show all posts
asyriqa posted on 9-7-2013 07:13 PM
entah2 si zuhrin n nurin tu sepupu kot... mana la tau kan kan... speku tak boleh blah nye... nu ...

bijak....bijak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 10:48 AM | Show all posts
hailaaa hailaaaa
sib baik sepupu yg leh kawin ...kikikiki
nak lagi TT tak sukup neh

Last edited by yoozara on 10-7-2013 02:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 11:19 AM | Show all posts
Buah cempedak dah jadi nangka...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 12:57 PM | Show all posts
kahkahkahkah.... cite industan dah mula...

‛Awak anak Mak Teh...berat masalah kita sayang!’  napa zuhrin cakap gini... takan makteh tak leh trima anak sedara sendiri kan...
macam ada rahsia besar jah nih... tapi macam ne si zuhrin ni nak trus trang kat famili dorang pasal perkahwinan dorang ni... masak ko zuhrin...

TT... pasai pa hang bagi seketoi jah... pi sambung balik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2013 01:18 PM | Show all posts
adehhh...berat betol masalah depa nih...haru biru jadinya....tt...... cepatlah update yee...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 01:33 PM | Show all posts
asyriqa posted on 10-7-2013 12:57 PM
kahkahkahkah.... cite industan dah mula...

‛Awak anak Mak Teh...berat masala ...

cepat2 ler nko mengaku ngan tok zuhrin...kang panjang citer masak ler...hehehe....sambung lagik TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2013 01:37 PM | Show all posts
Bab 28

Sebaik sahaja majlis keluarga itu tamat, Zuhrin segera menghilangkan diri dengan alasan mahu bertemu rakan-rakan dan mungkin tak pulang tidur. Nurin sudah beransur pulang setengah jam lebih awal. Perjalanan dari rumah tok ke rumah Nurin hanyalah dua puluh minit, pasti Nurin sudah sampai ke rumah. Fikir Zuhrin.

Apabila Zuhrin sampai, rumah dalam keadaan gelap. Cahaya lampu hanya kelihatan dari bilik utama. Azan Isya’ sedang berkumandang. Kereta Nurin sudah berada ditempatnya.

Zuhrin melangkah perlahan-lahan memasuki rumah sambil berwaspada. Risau juga hatinya apabila melihat rumah dalam keadaan gelap. Walaupun cuba menepis namun dia tak mampu membuang perasaan curiga dari dalam hatinya. Apatah lagi dengan kadar jenayah yang makin meningkat dari hari ke hari.

Dalam berjaga-jaga Zuhrin tak mampu menepis rasa rindu yang teramat sangat kepada Nurin. Perlahan-lahan Zuhrin menolak pintu kamar tidur utama. Air matanya jatuh apabila melihat Nurin tertidur dengan kain telekung sambil memeluk erat foto perkahwinan mereka. Zuhrin memegang dada, hatinya sakit melihat Nurin menderita kerana mencintainya.

Zuhrin mendekati Nurin, perlahan-lahan mengusap lembut pipi Nurin supaya Nurin tidak terkejut.

“Saya dapat rasa awak akan balik malam ni.” Nurin mencapai tangan Zuhrin untuk disalam dan dicium.

Zuhrin membalas dengan ciuman di dahi Nurin. Lama mereka memandang antara satu sama lain. Rindu yang tak terucap, bagaikan cukup hanya dengan memandang.

“Saya nak awak tau, walaupun kita ditakdirkan sepupu dan laluan kita agak berliku selepas ni...awak tetap di sini.” Zuhrin menarik tangan Nurin dan diletakkan di hatinya.

“Saya percaya, selagi Allah memberkati pernikahan kita...selagi cinta kita teguh ditempatnya selagi itu kita akan tetap bahagia bersama walaupun apa saja yang mendatang.” Zuhrin memberi perangsang buat Nurin.

Nurin memeluk erat Zuhrin. Erat.

Saat bersama buatkan masing-masing lupa segala masalah yang membelenggu buat seketika. Zuhrin juga lupa pada keluarga di kampung. Saat ini, hanya dia dan Nurin...itu keluarganya.

Betapa bahagia dan nikmatnya hidup dapat solat berjemaah bersama, kebahagiaan yang tak terucap.

“Saya tak mau kita kejar dunia semata-mata sebab kita hidup bukan untuk selamanya.” Zuhrin sentiasa mengingatkan Nurin akan tanggungjawab sebagai seorang muslimat dan juga isteri.

“Demi cinta, kita pilih untuk jalani hidup bersama. Saya ingin awak sentiasa disamping. Tanpa awak, saya hanya seorang manusia tanpa cinta dan hanya awak di taman hati saya sebab dalam hati ni ada taman khas untuk awak.” Zuhrin membelai hati Nurin dengan kata-kata manis.

“Walaupun laluan cinta kita bakal berliku, saya akan terus mencintai awak, menjaga awak dan anak-anak kita selama saya masih hidup. Dan saya berjanji, hanya awak yang saya sayangi.” Tangan mereka berdua saling menggenggam erat dan Nurin hanyut dalam pelukan Zuhrin.


Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 02:55 PM | Show all posts
errkkk...napa sikit sgt entry arini.....wawawa jalan nurin sudah mula berliku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 03:00 PM | Show all posts
Bab 29

Sudah sebulan Zuhrin memulakan tugasnya di H2H menggantikan Nurin. Mereka berdua semakin ceria melayari hidup bersama. Zuhrin juga sudah mula berpindah ke rumah Nurin seminggu selepas memulakan tugasnya.

Bukan mudah untuk Zuhrin menyakinkan mak untuk membenarkannya hidup sendiri. Zuhrin terpaksa meminjam rumah teman bujang sebagai samaran hidup menyewa. Sekali lagi dia terpaksa menipu orang yang melahirkannya.

‛Maafkan Ayen, mak.’

Mereka juga mula mempersiapkan kelengkapan menyambut orang baru dan juga mempersiapkan diri secara fizikal dan mental menerima gelaran baru. Dalam keterujaan mereka sangat takut.

Walaupun semakin sarat, Nurin masih tetap cergas dan bertenaga. Mungkin kerana Zuhrin yang kini sentiasa bersamanya. Zuhrin rajin melayaninya, memenuhi semua kehendaknya. Mungkin sebagai menggantikan masa-masa yang mereka kehilangan. Apa yang paling Nurin teruja apabila Zuhrin bersama-sama masuk ke bilik doktor sewaktu pemeriksaan perut. Tak ternilai harganya melihat wajah teruja Zuhrin apabila melihat scan 3D. Nurin mengucap syukur yang tak terhingga.

Zuhrin sudah menyiapkan bilik tidur untuk anak-anak mereka. Bilik bertentangan di cat dengan warna biru muda dan merah jambu. Dua katil bayi di letakkan di tengah-tengah bilik, sebelah menyebelah. Dua almari baju penuh dengan kelengkapan bayi seperti kain lampin, lampin pakai buang, pakaian, minyak angin dan pelbagai keperluan lain semuanya dibeli dua set.

Nurin bahagia melihat kesungguhan dan kegembiraan Zuhrin menanti kehadiran cinta hati mereka.

“ When the one man loves the one woman and the one woman loves the one man, the very angels desert heaven and come and sit in that house and sing for joy.” Nurin masih teringatkan kata-kata Zuhrin apabila mereka berbual dan mengharapkan sebuah keluarga besar yang bahagia dan Nurin mengakuinya.

Sekaya manapun seseorang itu, hidupnya tak lengkap tanpa keluarga. Itulah yang dilaluinya sebelum Allah mempertemukannya dengan Zuhrin.

Dalam kesibukan membahagikan masanya, Zuhrin masih sempat membawa Nurin ke Cameron Highland untuk menikmati saat-saat terakhir berdua sebelum mereka berempat.

Udara nyaman Cameron Highland amat menggembirakan Nurin. Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Dengan kedudukan setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 10°C hingga 25°C. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Mereka naik ke Cameron Highland melalui Tapah, Perak dan merancang pulang ke Sungai Petani melalui Simpang Pulai. Sengaja Nurin mengajak Zuhrin naik melalui Tapah kerana suka melihat keindahan air terjun Lata Iskandar.

Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia. Keindahan di Blue Valley Tea Estate, Gunung Brinchang, Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Nurin ketawa apabila melihat pondok orang Asli yang hampir roboh pun dah ada piring ASTRO. Sudah semakin maju orang asli sekarang.

Ladang yang menghijau dan indah di sana diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm, Green Farm, Rose Valley Village, Butterfly Farm, Butterfly Garden, Kea Farm, Pasar Sayur, Uncle Sam Farm, Cactus Point, Tokong Sam Poh , Cactus Valley, Strawberry Farm, rumah rehat dan juga padang golf.

Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. Di sini juga terletaknya Gunung Beremban, Gunung Jasar, Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson. Lain-lain lokasi ialah Ringlet dan Kampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekal elektrik.

Cameron Highland telah mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.

Mereka menginap di homestay yang terletak di Brinchang. Sengaja Nurin memilih untuk menginap di homestay biasa berbanding resort-resort mewah yang bersepah di Cameron Highlands. Nurin sukakan suasana homestay yang letaknya hanya di belakang Masjid Kayangan, Brinchang dan cuma 15minit memandu ke Tanah Rata.

Tanah Rata terletak di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands. Sebahagian Tanah Rata terletak dalam negeri Perak dan sebahagian lagi terletak di negeri Pahang. Gunung Brinchang dengan ketinggian 2031 meter terletak di negeri Pahang. Bandar Tanah Rata merupakan ibu daerah Cameron Highland. Tanah Rata mendapat nama dari muka bumi yang lebih rata dan datar di kawasan ini berbanding dengan seluruh pergunungan Cameron.

Nurin memilih untuk memasak sendiri sepanjang mereka di sana. Lagi pula homestay yang mereka sewa sangat dekat dengan pasar dan juga pasar malam Brinchang. Mereka sampai di homestay sekitar zuhur, selesai bersolat mereka memilih untuk berehat dahulu. Dalam keadaan yang sarat, Nurin perlu banyak berehat.

Petangnya, Zurin memandu ke Ladang Teh Cameron Bharat untuk minum petang. Menikmati udara segar yang sejuk dengan secawan teh dan sepotong kek, sangat mengasyikkan. Tambahan pula, dengan orang yang sangat dicintai.

Mereka banyak menghabiskan masa berjalan-jalan di ladang Strawberry dan menikmati teh panas di Ladang Teh Bharat dan juga Ladang Teh Boh. Di situ, mereka tak perlu takut dikenali orang seperti di Sungai Petani. Hidup dalam rahsia punya kesulitan yang tersendiri. Tapi mereka redha.

Zuhrin seronok melihat Nurin ketawa riang, melihat wajah ceria Nurin apabila bergurau dengannya. Zuhrin menanamkan di dalam hatinya, apapun yang terjadi dia takkan melepaskan wanita itu pergi dari hidupnya. Dia akan berusaha sehabis daya untuk mempertahankan wanita itu dan juga anak-anaknya walaupun dia sedar laluannya penuh liku.

Sakit hati dan amarah mak masih bersisa kerana dikhianati kembar sendiri. Zuhrin yakin, Allah telah mempertemukan jodoh mereka sebagai medium untuk meleraikan segala masalah yang terjadi sebelum kelahiran mereka.

Zuhrin setuju dengan kata-kata Mignon McLaughlin, a successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.

‛I love you much, dear. Forever and ever.’ Zuhrin mengucup dahi Nurin yang terlena dipangkuannya, barangkali terlalu penat berjalan apalagi dengan perut yang semakin sarat.

Zuhrin tersenyum bahagia.

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 03:18 PM | Show all posts
apa masalahnya si zuhrin ni tak mo trus trang ngan famili dia...  sampai bila nak hidop curi2 macam tuh... dah kantoi nanti baru tau... jadilah jantan sket zuhrin oiiii.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 03:43 PM | Show all posts
Takut mcm ada 2 bini jer....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 04:24 PM | Show all posts
Sakit hati dan amarah mak masih bersisa kerana dikhianati kembar sendiri. Zuhrin yakin, Allah telah mempertemukan jodoh mereka sebagai medium untuk meleraikan segala masalah yang terjadi sebelum kelahiran mereka.

mak depa ni kembar....ada perselisihan ler nih dulu2 yekkk....ptt ler ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2013 12:36 PM | Show all posts
Bab 30

Sejak kembali ke Malaysia dan memulakan tugasnya di H2H, Zuhrin jarang meninggalkan Nurin lama-lama. Nurin yang semakin sarat membimbangkan Zuhrin walaupun adanya Ina dan Seri yang sentiasa menemani Nurin di rumah.

Zuhrin juga jarang berlama-lama di rumah mak dan cuba mengelak untuk bermalam di rumah mak, bukannya dia sombong atau lupa diri tapi bimbangkan Nurin.

Tapi tak selamanya Zuhrin boleh memberikan alasan apatah lagi kepada orang yang melahirkannya. Rayuan sedih mak yang rindukannya telah menggoyahkan hatinyanya. Sayu hatinya apabila mendengar suara mak.

“Sayang, mak minta saya tidoq kat rumah mak malam ni. Semua alasan saya kena reject.” Adu Zuhrin.

“Mak rindukan awak tu, saya takdak masalah. Malam nanti saya suruh Kak Ina dan Kak Seri tidoq sini, jangan tidoq kat butik. Awak baliklah sana.” Nurin memberikan jalan untuk melegakan hati Zuhrin.

Dia selalu menyuruh Zuhrin balik melawat mak ayah, baginya tanggungjawab seorang anak lelaki masih tetap kepada orang tuanya walaupun telah beristeri berlainan pula dengan anak perempuan yang wajib mentaati suami lebih daripada ibu bapa.

Nurin juga membacakan satu email yang diterimanya kepada Zuhrin, bukan niat dia mahu menunjuk pandai, cuma mahu membuang rasa bersalah Zuhrin kerana tak mampu membuat pilihan.

Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :

“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”

Jawab Nabi “Ibu kamu”

“Selepas itu?”-

“Ibu kamu”

“Selepas itu?”-

“Ibu kamu”

Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”

Jawab Nabi “Ayah kamu”

“Saya nak awak lihat betapa tingginya nilai seorang ibu di dalam Islam. Jasa dan pengorbanan seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Saya juga bakal menjadi seorang ibu, saya juga mengharapkan anak lelaki saya akan menyayangi dan menghormati saya sebagai seorang ibu.” Nurin menggenggam tangan Zuhrin seakan menyalurkan kekuatan kepada suaminya.

Zuhrin hanya menunduk.

“Seorang lelaki datang kepada Sayyidina Umar al-Khattab r.a dan berkata, “Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu.” Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu.” Nurin menyambung lagi ayat-ayat di dalam email yang diterimanya.

“Awak, apa yang saya faham...kata-kata tadi juga menjelaskan selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup, keselamatan dan hak-hak mereka perlulah kita penuhi sekadar kemampuan.” Nurin mengukir senyum.

Dia mahu suaminya berbakti kepada mak ayah selagi masih berpeluang sedangkan dia tak punya peluang itu.
Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).

Bagi Nurin, cukuplah penderhakaan mereka kerana berkahwin tanpa restu dan masih merahsiakan hubungan halal mereka. Dia tak mahu menambahkan lagi penderhakaan mereka kepada ibu bapa mertuanya.

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis’. Lalu sabda baginda:
“Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Oleh itu perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintahnya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.

Nurin juga pasti, niat mak mahu mengahwinkan Zuhrin dengan Iffah bukan bersifat maksiat, cuma mahukan yang terbaik untuk anak lelakinya. Cuma, jodoh sudah ditentukan Allah dan mereka hanya berusaha untuk bersama mencari keberkatanNya.

“Awak jangan risaukan saya, kalau dah sampai masanya pasti saya akan hubungi awak. Insya-Allah saya takkan biarkan awak terlepaih saat-saat penting kelahiran anak-anak kita.” Zuhrin merenung wajah isterinya.

“Saya sentiasa berdoa, agar Allah membukakan hati mak dan ayah untuk menerima awak sebagai menantu apabila sampai masanya. Saya yakin, jodoh kita adalah untuk meleraikan semua kekusutan dan masalah generasi sebelumnya.” Zuhrin mengucup dahi isterinya, lembut.

“Terima kasih, sebab sentiasa tahu macamana nak membahagiakan saya dan juga bagaimana nak menarik saya dari tergelincir.”

“Kerana awak suami saya.” Nurin tersenyum penuh makna.

‛Kerana awak suami saya, saya berdoa siang malam supaya kita bersama lagi di syurga yang abadi.’ Nurin terus tersenyum.

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 02:54 PM | Show all posts
huhuhu naper la perlu tersepit dalam keadaan begini....nasib nurin amat memahami zuhrin...bersyukur la yer zuhrin, awak dapat nurin yang sentiasa cuba membahagiakan semua orang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2013 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape ler chek tak update lg?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 10:06 AM | Show all posts
dok tunggu ni....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Cik author bz wiken kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan dok pulun buat kuih raya dah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.737470 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list