CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2769|Reply: 10

[Tempatan] Resah tanah kubur tenggelam

 Close [Copy link]
Post time 11-6-2013 01:07 PM | Show all posts |Read mode

Kar Hing (kanan) yang meninjau lokasi kubur ditenggelami banjir bersama Zainudin dan Daud (kiri).


IPOH – Waris dan keluarga di tanah perkuburan Kampung Sengat, di sini bimbang dengan situasi banjir kilat yang sering melanda di kawasan itu apabila beberapa kubur mula ditenggelami air.

Situasi berkenaan dikatakan berlaku sejak lima tahun kebelakangan ini terutama musim hujan membabitkan beberapa kubur yang berada pada kedudukan rendah.

Seorang penduduk, Zainudin Mohamad, 66, berkata, kekerapan banjir di kawasan itu ada kalanya hingga mengakibatkan batu nisan turut tenggelam.

Menurutnya, situasi itu sedikit sebanyak mencacatkan pemandangan di tanah perkuburan yang sudahpun berusia lebih 50 tahun.

“Kadang-kadang air bertakung, ada juga satu dua kubur yang tenggelam, jadi kita tengok pun tidak begitu rasa seronok, lagi pula sekarang selalu hujan,” katanya.

Zainudin berkata, pihaknya mengakui situasi itu berlaku kerana ketiadaan saluran air yang sistematik.

Katanya, longkang yang dibina sebelum ini tidak mampu untuk mengalirkan air hujan apabila ditambak menjadikan keududkannya lebih tinggi berbanding asal.

Seorang lagi penduduk, Daud Rais, 66, berkata, terdapat projek pembinaan perumahan yang sedang beroperasi tidak jauh dari lokasi tanah perkuburan itu.

“Bila dah tambak beberapa kawasan, jadi lokasi yang menempatkan kubur-kubur lama ni jadi rendah, sebab tu air selalu bertakung, tambah pula tak ada longkang, dulu tu cuma gali biasa sahaja,” katanya.

Justeru katanya, bagi mengelak situasi sama terus berulang, pembinaan sistem perparitan yang sistematik adalah perlu.

Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing yang meninjau keadaan berkata, situasi seumpama itu tidak sewajarnya berlaku dan langkah penyelesaian segera akan diambil.

Beliau berkata, pihaknya akan membawa isu berkenaan kepada Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Agama Islam Perak untuk tindakan lanjut.

“Saya faham, puasa dan hari raya sudah hampir, umat Islam biasanya akan mengunjungi pusara waris masing-masing, jadi kita akan cuba ambil jalan penyelesaian sebelum musim perayaan tiba,”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2013 01:49 PM | Show all posts
kalau mastika dengar ni..mm....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 01:56 PM | Show all posts
kesiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 01:58 PM | Show all posts
ogata posted on 11-6-2013 01:49 PM
kalau mastika dengar ni..mm....

Mula buka cerita mcm2 Mastika ni majalah sampah. Penuh dgn cerita2 khurafat. Yg aku tak blh tahan cerita psl satu malaun ni jumpa Hang Tuah & dia berkomunikasi dgn Hang Tuah & kwn2 nya. Klu ada org percaya, mmg org tu sama akal kurang atau pun kurang sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 02:06 PM | Show all posts
kasihan. please do something about it.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 02:31 PM | Show all posts
Peterpan17 posted on 11-6-2013 01:58 PM
Mula buka cerita mcm2 Mastika ni majalah sampah. Penuh dgn cerita2 khurafat. Yg aku tak blh tahan  ...

kebanyakan tanah yg d wakaf kan utk jd kubur ni pada pandangan aku la..tanah yg kurang sikit...cth mcm tanak kubur ayah aku...kubur ayah aku atas bukit...ada yang sesetengah tu kena kat bahagia tanah bakau??faham tak jenis tanah tu??
so bila hujan je tanah akan mendap sikit demi sikit..kecuali la kubur tu dah ada napur...
masa i visit kubur my dad kebetulan musim hujan..park dekat dgn tanah yang rendah tu..pak cik tu ngadu..tanah mendap..arwah meninggal 3hari yg lepas..terpaksa tambah tanah untuk tegapkan kubur tu..bukan kubur tu sahaja kubur yang baru berdekatan pun kena impak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2013 02:37 PM | Show all posts
ogata posted on 11-6-2013 02:31 PM
kebanyakan tanah yg d wakaf kan utk jd kubur ni pada pandangan aku la..tanah yg kurang sikit...cth ...

Aku faham tp ko tau tau sajalah Mastika ni. Mula cerita2 merepek durang keluarkan. Tanah kubur aruah ayah aku pun lbh kurang mcm cerita ko gak cuma bukan atas bukit.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 02:43 PM | Show all posts
Peterpan17 posted on 11-6-2013 02:37 PM
Aku faham tp ko tau tau sajalah Mastika ni. Mula cerita2 merepek durang keluarkan. Tanah kubur aru ...

ni belum lagi kes Tanah kubur kampung kwn aku di tepi sungai..ko magine la bila air pasang tambah lagi dgn hujan....???

dulu aku suka baca mastika..lama kelamaan aku rs ish nonsense nyer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2013 02:49 PM | Show all posts
ogata posted on 11-6-2013 02:43 PM
ni belum lagi kes Tanah kubur kampung kwn aku di tepi sungai..ko magine la bila air pasang tambah  ...

Ya, dulu aku pun suka baca Mastika psl byk cerita nasihat. Tp skrg?? hampes
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 04:02 PM | Show all posts
mesti nak baiki
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ogata replied at 11-6-2013 01:49 PM
kalau mastika dengar ni..mm....

Aku pun nak tulis ayat yang sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.060954 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list