CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6747|Reply: 4

selamat menyambut israk mikraj

[Copy link]
Post time 5-6-2013 11:09 AM | Show all posts |Read mode
esok kita yg beragama islam akan meraikan israk mikraj...jadi sebelum tu nuyun ucapkan selamat berisrak mikraj ye..

serba sedikit tentang topik ye

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah keMadinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula keMakkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. DiTembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam ataukufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan AllahS.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikailmenunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.
Last edited by honeynuyun on 5-6-2013 12:16 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2013 06:20 PM | Show all posts
Mukjizat Israk dan Mikraj memperlihatkan kekuasaan Allah SWT. Segala peristiwa tercatat seharusnya lebih menguatkan keimanan dan keyakinan manusia terhadap Allah SWT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2013 08:18 AM | Show all posts
dellema posted on 5-6-2013 06:20 PM
Mukjizat Israk dan Mikraj memperlihatkan kekuasaan Allah SWT. Segala peristiwa tercatat seharusnya l ...

tapi sekarang ni..bak kata ustaz dalam ikim semalam..ramai yang tak tau..ada jugak yg tanya..apa tu israk mikraj..buat apa ambik tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 09:09 AM | Show all posts
kesedaran mengenai israk dan mikraj perlu diterapkan seawal kanak2lg jadi tak ada le timbul ayat "buat apa nak ambil tahu". Kena ambil tahu sebab dari situlah bermulanya arahan untuk kita semua menunaikan solat dan beberapa perkara penting lain yang menunjukkan kebesaran Allah. Tolong betulkan kalau saya silap.. nah bunga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2013 11:07 AM | Show all posts
dellema posted on 6-6-2013 09:09 AM
kesedaran mengenai israk dan mikraj perlu diterapkan seawal kanak2lg jadi tak ada le timbul ayat "bu ...

iyelah...saya setuju..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.064572 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list