CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsT

Airmata Terindah..

[Copy link]
 Author| Post time 3-7-2013 09:08 AM | Show all posts
yer lahh.. pendek-pendek saya buat..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2013 10:58 AM | Show all posts
Selepas solat subuh dia mengetukpintu bilik bonda dan walid. Setelah mendengar keizinan untuk masuk baru diamembuka pintu masuk. Kelihatan Walid baru sudah solat subuh. Bonda sedangmelipat telekong.

Dia duduk dihadapan walid. Tanganwalid di raih dan dicium begitu juga kedua belah pipi. Wajah walid di tatappenuh kasih. Tanpa lelaki dihadapannya ini dia tahu dia tidak mungkin berjayaseperti ini. Dia sungguh bersyukur kehadrat Allah kerana telah mentakdirkan diamenjadi anak kepada walid dan bonda.

“Walid..terima kasih kerana memenuhiimpian saya. Terima kasih kerana merestuinya. Menjadikan pilihan saya sebagaipilihan walid dan bonda. Terima kasih kerana membesarkan saya, mendidik sayaselama ini. ”

Wajah anak ditatap kasih. Sedarikecil hingga dewasa anak ini dibawah jagaannya dan kini, anak lelakinya akanmenjadi ketua kepada keluarganya sendiri. Dia berdoa semoga segala bekalan ilmuyang dia bekalkan cukup untuk sang anak memula penghidupan yang baru.

“Walidtahu, kamu memendam rasa menahan segala antara agama dan nafsu, walid berbanggadengan kamu. Walaupun jauh walid hantar kamu menimba ilmu, kamu masih ingat apaagama kamu , siapa kamu dimuka bumi ini. Masih kukuh pendirian kamu. Kalautersasar sesekali adatlah sebagai seorang manusia yang sentiasa ada khilafnya.Walid nampak rasa sayang kamu pada dia, pandangan kamu padanya. Cinta hati kamu.Walid bersyukur kerana kamu berjaya menahan diri kamu dan menjagabatas-batasnya. Walid berbangga dengan kamu. Jagalah cinta hati kamu sebaiknya.”

Wajah tua itu ditatap lagi. Adagenangan airmata dipipi. “terima kasih walid..atas segalanya..”

“Tiada apa yang walid boleh katakepada kamu, melainkan nasihat sahaja. Jagalah dia sebaik mungkin. Kerana diaadalah amanah ALLAH kepada kamu. Tempatkan dia disisi kamu untuk kamu kasihi.Bukan di depan atau di belakang kamu. Didiklah dia dengan berhemah keranaredhanya kamu kepadanya insyaALLAH itulah syurga buat seorang isteri. Jangankamu kasari dia kerana jiwanya rapuh mudah tersentuh. Gunakanlah akal dankebijaksanaan kamu dalam mengimbangi kehidupan kamu nanti. Walid akan gembiraandai kamu gembira wahai anak.”

“Walid, saya mohon keampunan padawalid jika ada kesalahan saya..halalkan segalanya.” Tiada ayat yang sesuai diaucapkan. Hatinya sebak. Selama ini dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Diaberharap dia dapat memulakan satu kehidupan yang baru dengan restu bonda danwalidnya. Apalah gunanya kalau ada cinta dihati tapi hati walid dan bondadilukakan. Kalau pepatah lama ada mengatakan buang emak buang saudara, keranakasih saya turutkan. Dia merasakan seorang anak tidak patut lakukan sedemikian.Tidakkah mereka belas dengan kedua ibubapa mereka. Ibubapa yang membesarkankita dengan kasih dan sayang ditatang seperti minyak yang penuh, di belai dandimanja akhirnya di belakangi. Sayang sekali andai itu terjadi.

“Walid tahu pandangan kasih kamupada dia. Berdoalah semoga ALLAH permudahkan segalanya, walid dan bondamerestui pilihan hati kamu dan kami merasakan pilihan kamu amat tepat sekali.Dia hadiah ALLAH kepada kami.. menambahkan lagi kekayaan kami dari tiga anakmenjadi lima anak tak lama lagi akan mendapat lagi seorang anak. Rahmat dankasih sayang ALLAH kepada kami merempah ruah. Itulah kekayaan kami. Apa lagiyang diminta harta dunia tidak kemana sampai masa akan di tinggalkan. Kamihanya mengharapkan doa dari kalian. Pinangan kami untuk gadis itu adalah hadiahkami untuk kamu. Allah mendengar doa kamu. Bersyukurlah dengan nikmatNYA. Kamihanya perantara ALLAH yang menggerakkannya.”

“Cuma satu yang walid pintajagalah batas-batas pergaulan kamu dengan dia. Seperti mana kamu menjaga diaselama ini walaupun hanya dari jauh. Tidak lama lagi insyaALLAH dia menjadi hakkamu yang halal untuk kamu. Manisnya pasti ada.”

“terima kasih walid..” pipi tuaitu di kucup lagi. Dia melangkah keluar dari bilik peraduan orang tuanya.  Pintu bilik itu ditutup. Hari ini dia rasakanbegitu semangat. Dia telah menjadi tunangan kepada si gadis impian. Si gadis yangdia angankan dalam diam. Nak digapai oleh tangan tapi tak tercapai kerana hokummelarang. InsyaALLAH sedikit masa lagi. YA ALLAH indahnya perasaan..


**********************************
untuk semua.. terima kasih kerana sudi membaca..




Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 11:09 AM | Show all posts
mrsT posted on 3-7-2013 04:09 AM
Ceh....

ni mesti ingat yes yg lain ni

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 11:13 AM | Show all posts
mat_krai posted on 3-7-2013 11:09 AM
ni mesti ingat yes yg lain ni

aper yg lain tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 11:50 AM | Show all posts
mrsT posted on 3-7-2013 11:13 AM
aper yg lain tu..



pengantin baru mesti tau
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 11:54 AM | Show all posts
mrsT posted on 3-7-2013 10:58 AM
Selepas solat subuh dia mengetukpintu bilik bonda dan walid. Setelah mendengar keizinan untuk masuk  ...

sayang ketat2 kat 'dia'
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-7-2013 03:39 PM | Show all posts
mat_krai posted on 3-7-2013 11:50 AM
pengantin baru mesti tau

tahu apa tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 03:40 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 3-7-2013 11:54 AM
sayang ketat2 kat 'dia'

malu aii sebab mama sayang saya ketat..ketat..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2013 03:45 PM | Show all posts
Pagi ini Auna Aulia rasa tenang.Setelah apa yang terjadi semalam dia merasakan hari ini dia bagai terlepas dari gelungan bebanan. Bebas. Hanya dia perlu berhadapan dengan insan bernama Khaleel Zachry memohon maaf. Dia bercuti hari ini. Mama minta begitu pagi tadi setelah subuh. Ada benda yang ingin dibincang. Nampaknya semua orang bercuti.

Setalah sarapan mama dan abahmemanggil mereka keruang tamu. Katanya ada hal yang nak dibincangkan.

“Apa yang mama dengan abah nak cakap” Tanya Auna Aulia duduk di tengah-tengah antara abang-abangnya. “Semua orang bercuti macam ada hal penting jerk”

Encik Aizar  menarik nafas dalam. Mengerah otak untukmencari ayat yang terbaik untuk menyampaikan berita ini kepada Auna Aulia.Berdoa semoga anak ini menerima apa yang akan mereka katakan.

“Sebenarnya begini. Semalam ada orang datang meminang Yaya. Dari keluarga yang baik-baik. Meminta kepada kami anak gadis kami. Abah tak sangka keluarga yang abah kagumi akan datang meminang bunga yang ada dalam jagaan abah ni.” Jelas Encik Aizar lagi.

Auna Aulia berdebar-debar. Adakah abahnya maksudkan dirinya. Adakah dia yang dipinang. “Apa maksud abah? Yaya takfaham” kata Auna Aulia ingin kepastian.

Puan Mardiah merenung Auna Aulia dalam. Satu-satunya anak gadisnya. Tiada yang lain. Kini bakal disunting oleh orang lain. Terlalu cepat masa berlalu. “Sebenarnya keluarga itu meminang Yaya untuk anak lelaki mereka.”

Arrrghh sudah. Auna Auliaterdiam. Dia telah dipinang. Oleh siapa adakah dia kenal. Dia termenung.

“Kami tidak memaksa Yaya, yaya berhak menentukan siapa yang terbaik untuk menjaga Yaya, walau siapa pun yangYaya pilih kami cuma berharap dia mampu menjaga Yaya seperti kami menjaga kamu.Mama, abah tak ada anak perempuan lain dan abang-abang kamu tak ada adik perempuan lain hanya kamu permata kami, jantung hati kami. Jadi kebahagian kamu adalah keutamaan kami..” kata Puan Mardiah.

“Kami tidak memilih yang sama ada kaya atau miskin pangkat dan kedudukan. Cukuplah bagi kami kalau dia mampu menjaga kamu, mengasihi kamu, melindungi kamu seperti mana kami mengasihi kamu.” Kata abah sebak.

Aazad Aakif dan Aazad Aamir hanya mendiamkan diri. Biarlah mama dan abahnya yang bercakap. Mereka akan bercak apbila perlu sahaja. Ruang tamu diselubungi suasana sunyi dan hiba.

“macam mana pulak Abang  Aakif dan Abang Aamir, setuju ke denganpilihan mama dengan abah. Kena ke dengan kateria abang?” Tanya Auna Aulia

Aazad Aakif memandang Aazad Aamir sebelum menjawab “Kalau nak ikutkan tapisan SIRIM dan ISO semua, kami pasti dia memang yang terbaik. Tak ada keraguan lagi. Dari keluarga yang baik yang kaya dengan kasih sayang. Abang percaya dia mampu menjaga adik abang ni. Tak terkejut lah kalau dia sayang adik lebih dari kami. Tapi itulah yang kami harapkan.Kami tak ada adik perempuan lain lagi selain Yaya. Sakit Yaya maka sakitlah kami, gembira Yaya ertinya gembiralah kami.” terang Aazad Aakif.

“Abang Aamir macam mana pulak?”Auna Aulia bertanya akan pendapat abangnya lagi satu.

Aazad Aamir menghebuskan nafas halus. Tangannya menggosok tengkuk. Berfikir sebelum menjawab.  Dia perlu berhati-hati dengan jawapan yangakan diberi. Riak Auna tidak berubah. Macam tak ada perasaan pun iya jugak. Itu yang dia risau. “Macam abang Aakif cakap tadi, dia pilihan terbaik kami. Kami hanya mahukan yang terbaik untuk Yaya. Jadi hanya yang terbaik saja lah yang dapat melepasi bodyguard yaya ni..” Aazad Aamir cuba berlawak. Auna Aulia masih macam tu jugak. Tak ada rasa.

“Mama macam mana? Mama setujuke?” Auna Aulia bertanya lagi. Dingin. Beku.

Dia perlu mendapatkan jawapan dari keluarganya. Dia bersyukur kerana ditakdirkan lahir sebagai anak mama dan abah,adik kepada abangnya yang berdua itu. Sedari kecil telah didik oleh abah dan mama supaya mementingkan keluarga. Mendahulukan keluarga. Andai dia ditakdirkan mati dan hidup semula dia hanya ingin meminta untuk tetap berada didalam keluarga ini.

Puan Mardiah memandang suaminya sebelum menjawab. Setelah melihat anggukan kepala suaminya baru dia bersuara.“mulanya mama terkejut dengan kedatangan mereka tapi setelah diterangkan hasrathati mereka mama jadi tertarik dengan tertib keluarga itu. Mama juga yakin pilihan kami tidak salah, mama setuju dengan pilihan ini, cuma kami tetap mendahulukan kebahagian Yaya dan persetujuan Yaya kami utamakan. Restu mama tetap ada disetiap langkah yang Yaya buat.” terang mama.

“Macam mana pulak dengan abah?Abah setuju ke dengan lelaki tu?”

Encik Aazad menadang tepat anaknya gadisnya. Tak sangka anak gadisnya sudah dewasa dan sudah pandai menarik sang kumbang. Pada pandangan matanya yaya masih anak kecilnya sahaja. “Abah tiada halangan dengan yang ini. Seperti yang abah cakap dari awal tadi kebahagian Yaya adalah keutamaan kami. Abah merestuinya.”

“Ini cincin tanda dan bertunang.”Puan Mardiah menunjukkan cincin emas putih bermata satu.

Sangat cantik cincinitu.

“Jika yaya bersetuju mereka ingin melangsungkan majlis akad nikah dalam tempoh dua minggu dari sekarang. Mereka tidak mahu berlama-lama. Biarlah akad yang menghalalkan segala. majlis yang lain-lain tu akan di buat selepas itu nanti” terang Puan Mardiah.

Auna Aulia termenung. Bunga dari percakapan keluarganya mereka seperti sudah bersetuju dengan pinangan ini. Tapi tetap ingin mendengar pendapatnya. Wajah ahli keluarganya ditatap satu persatu.Apakah yang dia nantikan. Bukankah dia pernah berkata dia hanya akan berkahwin dengan lelaki yang berani berhadapan dengan abah dan abang-abangnya. Yang berani meminta restu keluarganya. Berani meminta dirinya dari wali-walinya. Lelaki pilihan keluarganya adalah lelaki pilihannya juga. Auna Aulia termenung.

Suasana sana diruang tamu rumah tiga tingkat itu begitu sunyi. Hanya kedengaran bunyi aircond. Kalau jarum jatuh pun boleh dengar. Auna Aulia menapak dan duduk bersimpuh dihadapan mama dan abahnya. Tangan mereka dia raih. Di kucup lama. Setitik air mata jatuh ditangan tua itu. Kepalanya direbahkan di peha mama. Bersediakah dia untukpergi dari lindungan keluarga kecilnya ini. Bila terlafaznya akad maka terlepas sudah tugas wali-walinya. Dia adalah tanggungjawab suaminya. Bersediakan dia.

Auna Aulia menarik nafas dalam.Memenuhi setiap ruang  didalam paru-parunya kerana keputusan yang akan diberikan sebentar lagi akan memberikesan kepada semua. “Abah, mama, abang Aakif, abang Aamir andai ini dirasakan jodoh yang terbaik untuk Yaya, Yaya terima peminang ini dengan rasa rendah hati. Jangan dirisau tentang Yaya kerana Yaya yakin dengan pilihan semua.Cukuplah doa dan restu dari semua. Hanya wali Yaya saja yang berhak keatas diri Yaya menentukan siapa dia jodoh terbaik Yaya. Yaya yakin dengan pilih ini. Terima kasih kerana tidak mengenepikan Yaya. Masih bertanya akan pendapat Yaya .Walaupun abah dan mama boleh membuat keputusan bagi pihak Yaya. Yaya terimadengan redha aturan jodoh ini” Auna Aulia memberikan keputusan. Semuamelepaskan nafas lega.

Auna Aulia dipeluk Puan Mardiahdan Encik Aizar. Masing-masing tersenyum senang. Terdengar bunyi sendu di bibir masing-masing. Jauh dari apa yang mereka sangkakan. Mereka sangka Auna Auliaakan menolak tak sangka pulak sebaliknya. Puan Mardiah menyarungkan cincin pemberian keluarga pihak lelaki.


*****************************
sekian untuk hari ni bleh.. enjoy..






Last edited by mrsT on 3-7-2013 03:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:08 PM | Show all posts
Terima kasih mrsT..luv you.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 04:13 PM | Show all posts
cegitu posted on 3-7-2013 04:08 PM
Terima kasih mrsT..luv you.

suke tak??
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:17 PM | Show all posts
mrsT posted on 3-7-2013 04:13 PM
suke tak??

Mestilah suka...balik baru boleh lena...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:23 PM | Show all posts
mcm x dpt lena jeeee....nak tahu je apa jd lps nih....bila yaya tau calon imam dia...huhuhu aci x smbg lagik arini...........
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 06:39 PM | Show all posts
nak enjoy amendenya sayang oooiiii... kaka rasa tak cukup lagi nih... mana aci bagi seciput tuh jah... kaka ni mmg tamak sket nak baca banyak2 bagi sampai terus de end lagi kaka suka...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 01:07 AM | Show all posts
b4 kite jadik silent reader jek..arini nk tjk muka gak
TT copek la sambung...smbg smpai ending pon lagi bagus
ehemmm khal leb u ahakssss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2013 07:51 AM | Show all posts
suria74 posted on 3-7-2013 04:23 PM
mcm x dpt lena jeeee....nak tahu je apa jd lps nih....bila yaya tau calon imam dia...huhuhu aci x sm ...

dapat tido tak tak kaka malam tadi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2013 07:52 AM | Show all posts
asyriqa posted on 3-7-2013 06:39 PM
nak enjoy amendenya sayang oooiiii... kaka rasa tak cukup lagi nih... mana aci bagi seciput t ...

kita enjoy macam nie...  

tak sabo-sabo..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2013 07:53 AM | Show all posts
yoozara posted on 4-7-2013 01:07 AM
b4 kite jadik silent reader jek..arini nk tjk muka gak
TT copek la sambung...smbg smpai ending pon ...

mo kasih  lahh yo sobab baco .. nanti den sambung laie..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2013 09:21 AM | Show all posts
“Mama,abah.. Yaya ada permintaan” kata Auna Aulia.

“Apadia sayang? Cakaplah..” kata Encik Aizar.

“Yayatak nak tahu siapa lelaki itu biarlah ia menjadi rahsia semua sehinggalangsungnya hari akad nikah nanti. Biarlah  rahsia. Tentang urusan majlis tu nanti, Yayaserahkan pada mama dan keluarga untuk uruskannya.   Cuma Yaya minta izin mama dengan abah untukYaya buat apa yang Yaya suka sebelum kawin nanti yaya minta abang Aakif atauabang Aamir temankan” terang Auna Aulia.

“Yayanak buat apa sayang?” Tanya Puan Mardiah.

“Nothingmuch actually.. Yaya nak ikut konvoi pergi Cherating minggu ni. Please abah,mama? Yaya nak buat benda ni kali terakhir. Buatnya “mamat” tu nanti tak sukaYaya naik motor lepas tu konvoi or more worse mamat tu tak ada lessen motorbesar macam mana?  Kalau tak ada lessenmotor besar tak apalah ni takut naik motor.. lagi haru” semua orang tergelakmendengar.

“Janganrisau Yaya.. apa kesukaan yaya akan jadi kesukaan dia” jawab Aazad Aakif.

“Macamtak ader pendirian jer lah kalau macam tu.. semua ikut kehendak yaya waaaa..ni  sudah bagus..” Auna Aulia buat mukanakal.

“aaaasudah.. jangan nak pasang angan-angan nak buli suami awal-awal tak elok..”potong Encik Aizar.

Semuayang mendengar tergelak. Siapa yang tak kenal dengan Auna Aulia nakalnyakadangkala sukar dijangka.

“Abah..mama..boleh erkk yaya joint konvoi weekand ni?” Tanya Auna Aulia lagi.

“Pergilahabah dengan mama izinkan. Tapi dengan syarat hulubalang yaya berdua kena ikut.Kalau tidak abah tak izinkan. Lagi satu uruskan pasal kursus kawin Yaya. Pasalboring-borang tu tak payah risau nanti abah uruskan semua.”

“kalaupasal kursus tu tak payah Yaya dah pernah pergi kursus tu masa dekatuniversity. Sijilnya nanti Yaya bagi dekat abah,” jawab Auna Aulia.

“Aitt..macam tak sabar nak kawin jer dah pergi kursus awal-awal..” sampuk mama.

“Takadalah mama.. masa tu kat U dulu. Free. Pergi jer lah. Boleh gunakan abah?”Auna Aulia bertanya.

“Boleh.InsyaALLAH. Nanti bagi pada abah..”

“Somy hulubalang harus menemani tuan puteri kemana sahaja mulai saat dan ketikaini yaa.. jangan culas. Jadi hulubalang semua harus lah bersedia dengankeberangkatan beta  ke Cherating. Oppssjangan lupa juga untuk mencuci Red Devil Princess beta sekali. Tengokkan apayang perlu.” Auna Aulia bergaya seperti seorang puteri mengarah itu dan ini.

“waaaa..bang kau tengok adik kau ni.. punya lah sengal.. apa lagi bang, dah kawin nantitak ada peluang.. jom kita lauk kan dia..” kata Aazad Aamir

Serentakdengan itu tubuh Auna Aulia didukung Aazad Aamir dan diletakkan dibahu. Diadibawa keluar rumah dan di siram dengan air paip dari getah. Seperti merekakecil-kecil dahulu.

“Woiiabang.. apa ni.. basah lah baju orang.. woiii.. orang tak pakai tudung lah..”

“Nasiblahh.. tak ada orang nampak.. haaa.. ambik.. ambik… rasakan..” jawab AazadAakif..

Riuhsuara mereka ketawa. Mujur hari ni hari bekerja kalau tidak pasti jirantetangga sudah bising.

EncikAizar dan Puan Mardiah tergelak melihat perangai anak-anak mereka. Rasanya macamsekejap saja. Encik Aizar memaut bahu isterinya. Kepala isterinya dicukup.Mereka saling berpandangan. Ada sinar dimata mereka dan hanya mereka yangmerasainya. kasih dan sayang, cinta. Bibir isterinya di kucup lembut. PuanMardiah bahagia. Anak-anak dah biasa melihat mereka begitu.

“sudah..sudah..adik pergi tukar baju lepas ni boleh ikut mama ke butik kita dah tak ada masa.Dua minggu ni banyak benda yang kita nak buat..” arah Puan Mardiah.

Serentakdengan itu ada bunyi kereta berhenti di depan pintu pagar. Kelihatan Syafiqahdan Zahra tunangan abang-abang Auna Aulia diluar. Encik Aizar menjemput merekamasuk. Riuh rendah suara gelak masing-masing. Bergembira.

Syafiqahdan Zahra masuk kedalam bilik Auna Aulia sewaktu Auna Aulia sedang mengenakantudung. Dia tersenyum kepada bakal kakak-kakak iparnya.

“Taksangka kan kan Fiqa, kita yang bertunang dulu tapi adik kita yang kawin dulu,”kata Zahra. Zahra seorang Akautan di CIMB Bank. Tunangan Aazad Aamir

“tulah dia Zahra, dalam diam-diam laku jugak adik kita ni. Ingatkan tak laku..beku macam ice jerk.. sejuk jerk.” Sambut Syafiqah.

Aunamenjeling kearah mereka berdua yang duduk di sofa  didalam bilik. “Hamboi..hamboi..hamboi..sedap sungguh dayang-dayang ni berkata-kata ehh..”

Syafiqahmasih lagi ketawa. “biasa lah usik mengusikan bawa bahagia. Kesian lah siKhaleel tu ya.. melepas lah. Auna dah kene kebas”.

Aunamencapai bantal di atas katil dan membalingnya kearah Syafiqah. Nasib baikdapat disambut oleh Syafiqah. Auna Aulia geram. Zahra tersenyum. Dia lebihkepada menurut. Bercakap bila perlu dan tersenyum tapi kalau dah mula siaplahpedih telinga dengar. Kalau nak dibandingkan dengan Aazar Aamir macam langitdengan bumi. Aazad Aamir seorang yang havoc dapat yang pendiam dan tak banyakcakap. Aazad Aakif pulak pendiam dapat pulak yang banyak mulut. Errmm cantiksungguh aturan tuhan. Saling lengkap melengkapi. Bagaimanakah bakal suaminyapula. Adakah melengkapi segala kekurangan dia.



********************************
untuk hari ini.. dan pagi ini.




Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 09:55 AM | Show all posts
ala tuan permaisuri...patik yg hina nih rasa mcm x cukup tanah je nak ukur.....hehehhe apsal ciput sgt dear....x puas nk membacanya.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.252765 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list