CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsT

Airmata Terindah..

[Copy link]
Post time 17-7-2013 12:55 PM | Show all posts
yeah...enjoy

thanks tt

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2013 02:37 PM | Show all posts
okey kaka- kaka ini edisi petang okey.. terlebih dos rajin pulak hari ni.. enjoy..

*********************************************


“Sejak bila abang suka Auna.. kenapa abang pinang Auna?” tanya Auna Aulia ingin tahu.

Khaleel Zachry memandang kearah Auna Aulia yang sedang berbaring  dan kepalanya didada bidangnya. Ubun-ubun kepala Auna Aulia di cium. “Kalau abang cakap dah lama and sejak di Mekkah dulu Auna percaya?”

Auna Aulia pelik. “Macam mana tu tak paham..”tanya Auna Aulia.

“Sayang ingat tak sayang pernah tolong seseorang masa pergi umrah a few years back masa di Mekkah?”

AunaA ulia termenung. Cuba mengingati tapi dia gagal. “Abang tak nak lah suruh Aunafikir.. otak dah jem ni. Abang cerita saja lah. tapi macam mana abang tahu Auna pergi Umrah but to be honest adalah a few time Auna pergi umrah mase duduk Dubai dulu. Sebab dekatkan..”

Khaleel Zachry tergelak mendengar jawapan Auna Aulia. “Sayang.. all about you I know..sayang saja yang tak perasan abang ni wujud.”

“Abang jangan lah cakap macam tu.. Auna mintak maaflah..” kata Auna Aulia sedih.

Khaleel Zachry mengeratkan pelukannya. “Masa depan makan nabi Ismail, ada sorang wanita yang sayang tolong sayang ingat lagi..”

Otak Auna Aulia ligat berfikir tiba-tiba dia menjerit.. “yaa.. Auna ingat. Itu Ummi,nama dia Nurul Ain. Kaki dia kejang masa tu. Husband dia pulak ntah kat mana.Jadi Auna tolong. And then ada one guy ni papah dia. Auna jumpa dia balik masa dekat lobby hotel dia dah nak balik Malaysia. Dia bagi Auna contact number diauntil now we still keep in touch. Kenapa?

“Lelaki yang datang tolong dia tu pakai jubah putih, pakai igga macam orang arab..”

“Bukan macam lagi tak sesuai ayat tu. Memang orang arab pun..”

“Macam mana sayang tahu itu orang arab..”

“dengan tinggi dia denagn cara dia dengan rupa seimbas lalu..memang rupa orang arab..”jawab Auna yakin.

“Sayang tak perasan lelaki tu..?” tanya Khaleel Zachry lagi.

“Tak pun. Auna rasa mesti ada relation dengan ummi. Kalau tak takkan lelaki tu boleh pegang ummi selamba jer. Eh..kejap-kejap.. apa kena mengena ummi dengan abang ni?” tanya Auna Aulia hairan.

Khaleel Zachry tersenyum. “Orang yang Auna panggil ummi tu my auntie husband dia adik walid dan lelaki yang  sayang nampak tua bang..”

Auna Aulia terkejut. Rasa macam mustahil saja..”Tak faham..macam mana abang bolehada situ..?”

“Mahu tak sayang dengar kalau abang buat satu confession. Abang tak minta Aunapercaya Cuma Auna dengar dulu kemudian Auna nilai sendiri. Boleh..”

“Okey..cepatlah cakap..”Auna Aulia tak sabar..

“jangan potong-potong tau.. sayang dengar jer bila abang dah habis cakap apa yang sayang nak tahu baru tanya kemudian.. okey.. promise.”

“Okey promise.” Kata Auna Aulia membuat janji.

“Abang sayang dengan orang yang nama Auna Aulia ni dah lama dah. Dari dia kecil lagi.Abang suka tengok rambut dia bila dia tocang dua. Comel sangat.  Bila dah dewasa dia bertudung lagi lah cantik.Macam mana nak cakap yaa.. sebab dia sangat cantik. Mungkin rezeki abang juga berkawan dengan abang-abang dia walaupun abang dah pindah tapi abang still dapat tengokdia. Jadi dari situ abang perhatikan dia dari jauh. Nak mula langkah tak berani. Apa yang abang dapat cagarkan untuk dia. I have nothing to offer hebeside my true love toword her that I can promise. Lagipun dia bunga di tanam larangan yang di jaga rapi oleh hulubalang. Hanya insan terpilih saja dapat mendekati dia.” Khaleel Zachry berhenti menarik nafas. Ubun-ubun kepala Auna Aulia dikucup.

“bila dia dah bertambah dewasa dia bertambah cantik. Dia masih terpelihara dalam arus moden. Sehingga satu hari dia di fitnah. Dia menangis. Dia kecewa. Dia memendam rasa. Abang rasa sakit masa tu melihat apa yang dia lalui. Ingin abang pujuk abang tak ada kekuatan. Abang biarkan dia. Abang cuba terang dan jelaskan segala namun dalam masa yang sama abang dapat rasakan hatinya semakin parah.Mujur orang sekelilingnya ada yang mengerti. Cuma abang terkilan bila dia ambil keputusan untuk tinggalkan bumi Malaysia ni. Merajuk. Mengambara bawa diri ditempat asing. Mujur dia ada penjaga di sana masa tu. Kalau tak maun abang seret dia bawak balik dan suruh bonda pergi pinang. Tapi abang tahu itu semua kerja sia-sia. Abang pujuk walid supaya invest project di Dubai kebetulan kami ramai kenalan disana. Ia bukanlah satu masalah yang besar. Bila project dah berjalan abang selalu ambil alasan untuk terbang ke sana orang kata sambil menyelam minum air. Tapi abang tak pernah ada kekuatan nak jumpa dia. Abang hanya berhubung dengan saudara lelaki dia. Dari situ abang tahu keadaan dia. Apa yang dia buat bagaimana keadaan dia. Sehinggalah abang jejak dia di tanah suci. Walaupun abang selalu berulang ke Mekah dan Madinah atas alasan berjumpa keluarga tapikali ni abang ke sana denagn satu hajat. Abang nak sangat jumpa dia secara depan-depan sebab rasanya dah lama abang pandang dia dari jauh. Abang berdoa depan kaabah semoga Allah tunaikan permintaan abang ni. Di temukan jodoh dengandia. Kalau dia bukan jodoh abang hilangkan ingatan abang pada dia. Hilangkandia dari pandangan abang dan berikan kebahagian kepada dia” Khaleel Zachrymenarik nafas.

Kemudian Khaleel Zachry menyambung kembali. “Entah apa yang Allah nak tunjukkan dan kita kena bersangka baik dengan ALLAH, abang nampak dia tengah tolong Auntie abang.Abang rasa gembira sangat. Cuma abang masih takut nak berdepan dengan dia.Abang takut dia masih marahkan abang. Dari situ abang dapat agak ALLAH naktunjukkan dia jodoh abang. Sejak dari itu abang berfikir abang kena bawa dia balik walau apa pun cara. Ada beberapa sebab tapi sebab yang pertama abang yang buat dia menangis dan terluka dan hanya abang sahaja yang mampu menyapu airmata itu dan menyembuh luka itu. Bukan orang lain kerana ubatnya ada pada dengan abang. Tidak pada orang lain. Mungkin luka itu akan sembut tapi takkan sama sebab abang yang melukakan hatinya. Jadi abang yang harus mengubatinya. Lama abang perhatikan dia.”  

“Jadi abang, offer dengan saudara lelaki dia jadi business partner abang. Kebetulan masa tu abang tengah set up business sendiri. But abang lebih selesa jadi sleeping partner instead of uruskan syarikat tu buat masa itu. Semua abang lakukan untuk dia. Dalam masa yang sama abang berdoa semoga jodoh abang dengan dia. Sebab syarikat tu abang bina untuk dia. Cinta hati abang. Tapi apa-apa yang berkaitan abang tentang syarikat tu abang ambik tahu juga bagi advise dan macam-macam lagi. Carikan business sikit-sikit. Cuma syarikat tu banyak dealdengan business walid yang di Dubai. So tak ada kena mengena dengan syarikat walid. Itu hasil titik peluh abang untuk cinta hati abang. Hadiah untuk dia.Cuma bila keadaan makin meruncing, bila ada pinangan dari orang lain. Abangtakut dia terima. Saudara-saudara lelaki dia banyak tolong abang. Akhirnya abang hantar bonda dan keluarga pinangkan dia untuk abang. Abang bagi tempoh dua minggu untuk majlis tu di lansungkan. Abang rasa dah terlalu lama abang menanti jadi kali ini abang tak nak lama-lama. Abang sungguh bertuah rasanya apa yang di idamkan akan menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Akhirnya abang dengan dia di ijab kabulkan.”

“abang sayang dia.. lama abang perhatikan dia dan dia tak pernah jauh dari abang.Terlalu dekat di hati. Abang tak nak memeluk bayang-bayang. Abang nak peluk diadi alam nyata dalam keadaan segalanya halal. Tidak mencalit sedikit pun dosapada dia. Melainkan pahala dan rahmat ALLAH. Alhamdulillah sekarang abang rasa manisnya. Dia cinta hati abang. Hanya ajal yang memisahkan dia dari abang. Cuma takdir ALLAH kita tidak tahu. Selagi dia bersama abang abang akan menjaga dia sepenuh jiwa abang kerana dia cinta hati abang. Tanpa dia tak ada maknanya semua. Terima kasih kerana menerima abang.. menjadi isteri kepada abang insyaALLAH ibu kepada anak-anak abang keturunan abang. Abang cintakan Aun aAulia. Kerana Auna Aulia cinta hati abang. Kerana dia juga mendekatkan abangpadaNYA. Terima kasih..” kata Khaleel Zachry sambil mencium pipi Auna Aulia.

Auna Aulia memandang sayu wajah suami yang dia nikahi. Dia dah mula menangis lebih-lebih lagi dia melihat ada titisan mutiara yang mengalir dipipi lelaki itu. Betapa Khaleel Zachry menahan diri. Tubuh Khaleel Zachry di dakap erat. Diciumnya Khaleel Zachry dari pipi turun ke bibir akhirnya dia tenggelam bersama pelukkan, cinta dan kasih sayang Khaleel Zachry. Auna Aulia berjanji dia akan membahagia Khaleel Zachry. Kerana dia cinta hati Khaleel Zachry. Hanya Khaleel Zachry yang bertahta di hati selepas ALLAH dan rasul. Hujan yang lebat menyaksikan cinta mereka bersama rahmat ALLAH.

Kadang-kadang  Allah sembunyikan matahari sebab dia nak datangkan kita hujan dan ribut petir. Kita tertanya-tertanya ke mana menghilangnya matahari. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita Pelangi yang cantik dipandang. Indahnya ciptaan Allah swt. Bersyukurlah dengan nikmat dan rahmatNYA.

*****************************************

tq kaka..kaka..




Last edited by mrsT on 17-7-2013 02:43 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2013 02:47 PM | Show all posts
just wonder apa yang kaka-kaka semua rasakan cerita saya nie??

kaka-kaka dapat tak masuk dalam imegenasi saya nie.. rasa tak apa yang saya sedangkan sampai kan??

just nak tahu.. tak mau tulis syok sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 04:01 PM | Show all posts
sungguh menyentuh perasaan saya.. hurmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 04:03 PM | Show all posts
terharu sungguh kaka kt sini....sedih gaban x tau begitu sekali pengorbanan abg khaleel utk auna tercinta.....harap cinta mereka smpi ke jannah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2013 04:08 PM | Show all posts
suria74 posted on 17-7-2013 04:03 PM
terharu sungguh kaka kt sini....sedih gaban x tau begitu sekali pengorbanan abg khaleel utk auna ...

kaka nangis ker.. nak tisu takk??

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-7-2013 04:09 PM | Show all posts
cmf_honeysweet posted on 17-7-2013 04:01 PM
sungguh menyentuh perasaan saya.. hurmmmm

tq.. tak mo nangis nak bagi tisu jauh

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2013 04:09 PM | Show all posts
mat_krai posted on 17-7-2013 12:55 PM
yeah...enjoy

thanks tt

tq.. enjoy yaaa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2013 04:44 PM | Show all posts
So sweet...terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 08:28 PM | Show all posts
cite smpai da imagine diri sendri yg jadi auna ...hikhik
over tak
verangan sgt2 da nie...kalo buleh every hrs nk bace sambungan2
continue dear ... xsanggup rase if sehari takde sambungan

Last edited by yoozara on 17-7-2013 12:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 10:46 PM | Show all posts
Very very the touching.....
Sungguh2 menyentuh hati, jantung, limpa , buah pinggang  & seangkatan ...
Dah selam sedalam2nya sampai takut terlebih imaginasi pulak ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2013 07:34 AM | Show all posts
ok.. kaka..kaka.. semua.. tqvm.. nie santapan pagi nya yaa..

****************************************************

Genap sudah tiga hari percutian yang begitu bermakna bagi Auna Aulia. Melihat matahari terbit dan terbenam di persisiran pantai. Di bilik menyaksikan kasih sayang mereka. Selama tiga hari ini dia memerhati seorang lelaki, seorang suami, seorang anak dan seorang hamba yang bernama Khaleel Zachry dari macam-macam sudut yang berbeza. Mengenali Khaleel Zachry dari sudut yangberbeza. Dia bersyukur.


Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur mereka lebih banyak berdiam dia. Memandang satu sama lain dan tersenyum. Orang kata kita tak perlu banyak berkata-kata walaupun ia perlu. Cukup dengan dia merasai apa yang kita rasa di dalam senyap pun boleh berbicara.

Mereka bertolak pulang ke Kuala Lumpur selepas makan tengahari. Tiada apa yang dibualkan. Hanya sesekali mata bertentang mata. Tidak perlu ungkapan andai bahagia yang menyaluti hati. Kadang-kadang kala kita tidak perlu bersusah payah untuk menyusun ayat untuk mengatakan kita cinta atau kita bahagia tapi dari sinaran mata mampu menerangkan segalanya.

“Abang,kita nak balik mana ni?” Auna Aulia bertanya bila melihat Khaleel Zachry menghala ke Penchala Link.

“Sayang nak balik mana?”

“Tak kisah mana-mana pun boleh. Rumah bonda pun boleh, rumah parent Auna pun okey.Mana abang ada situ Auna ada”

“kita balik rumah kita..” jawab Khaleel Zachry lembut.

Auna Aulia sudah tersenyum. Rumah kita begitu memberi makna yang mendalam padanya.Bermakna hanya dia dah Khaleel Zachry. Hanya mereka. Auna Aulia tersenyum.

Khaleel Zachry membelok kearah Desa Park City. Kawasan Nadia Park Homes. Auna Aulia tercengang melihat kawasan perumahan elit itu. Dengan suasana kehijauan. Begitu tenang. Khaleel Zachry berhenti di sebuah rumah dua tingkat di bahagian tepi dihujung jalan. Rumah itu amat cantik pada pandangan Auna Aulia. Tak pernah diberangan atau fikirkan nak duduk dekat rumah ni.

Khaleel Zachry keluar dan membuka pintu penumpang. “jom..” kata Khaleel Zachry.

“Ini rumah siapa abang?” tanya Auna Aulia cuak. Dia takut. Tangan Khaleel Zachry digenggam erat.

Khaleel Zachry tergelak.  Pintu utama di buka.“Welcome to our home sayang..” ucap Khaleel Zachry.

Auna Aulia tecengang. Apa maksud dengan welcome ni. Auna Aulia kena penyakit blur dia. Ni rumah dia ke? Bapak besar.

“Sayang,ni rumah kita. You and me. Dah jangan nak buat muka seposen. Jom naik atas abang tunjukkan bilik.”

Mendengar perkataan bilik Auna Aulia tersenyum. Bilik saja yang Khaleel Zachry ingat.“sejak bila abang beli rumah ni? Besarnya..” Tanya Auna Aulia menaiki tanggauntuk ke tingkat dua.

Khaleel Zachry tersenyum. Dia memeluk bahu Auna Aulia. “Adalah dalam lima tahun kot.Saja mana tahu suatu hari nanti abang kahwin senang dah ada rumah siap-siap.Masa tu murah lagi. Now dah mahal good investment actually.”

“Besarnya abang.. takut Auna tinggal rumah besar-besar ni. Dah lah tinggal berdua jer. Kalau abang outstation macam mana?” luah Auna Aulia. Maun dia tak takut dah lah rumah yang jenis kaca bahagian dinding. Boleh tengok luar. Seram okey.

Khaleel Zachry ketawa. Dia terkejut rupanya Auna Aulia ni seorang yang penakut. “Janganrisau. Depan tu ada security 24 jam. Tak ada sesiapa boleh masuk tanpa kebenaran. Anything sayang call saja mereka. Lagipun if abang outstation sayang boleh pilih nak tidur rumah family sayang ke atau nak tidur rumah family abang. Bonda sure suka punya.”

“nantilah Auna fikirkan..” jawab Auna Aulia. Nampaknya dia harus belajar banyak benda tentang Khaleel Zachry. Setakat hari ini ada saja kejutan untuk dia.

Khaleel menunjukkan setiap bilik yang ada di tingkat atas. Jumlah bilik yang ada semuanya 6 setelah dibuat ranovation. Di bawah bilik pembantu rumah. Bilik utilities yang kecil dan bilik solat. Dibahagian atas ada 4 bilik termasuk bilik utama. Banyaknya  bilik jenuh nakmengemas.

Khaleel Zachry membuka pintu bilik utama. Auna Aulia tercengang lagi. Rasanya lepas nidia kena buat pemeriksaan jantung sebab asyik terkejut saja. Bilik itu di hiasindah seperti bilik pengantin di atas katil di tabur dengan kelopak bunga mawar merah. Langsir berwarna putih begitu juga cadar katil. Sangat romantis.

Khaleel Zachry menarik Auna duduk di katil. Tapi mata Auna tertarik pada satu bingkai gambar kayu ada terdapat gambarnya yang dilukis tangan. Di tepi dinding. Kakinya terpasak di lantai pakir itu. Merenung gambar itu. Gambar itu menunjukkan dia berdiri di balik langsir hanya nampak separuh sahaja mukanya seolah-olah diasedang merenung sesuatu. Gambar ni sangat unik dan lukisan itu nampak benar-benar hidup. Hanya sebuah lukisan tangan. Ada tulisan di situ.


To see you in the morning withthose big brown eyes
You're my everything
Forever and a day
I need you close to me
I always pray hope one day you willbe mine..

Auna Aulia terharu. “Abang. Abang lukis lukisan ni.” itu saja yang mampu Auna Aulia suarakan.

Khaleel Zachry terdiam. “hanya itu yang abang ada. Hanya mampu perhatikan sayang dari jauh. Walaupun hakikatnya dekat. Dah lama abang lukis lukisan ni. Cinta hati abang..”

“Auna tak tahu nak kata apa. Kenapa abang tak pernah berterus terang”

“Apa perlunya  sayang, seorang lelaki yang baik akan terus berjumpa dengan wali sigadis jika dia memang berniat untuk memperisterikan gadis itu. Jangan sesekali di permainkan. Abang ada saudara perempuan. Apa rasanya jika sewenang-wenangnya dibawa oleh lelaki yang bukan muhrim.”

“Auna tak tahu nak kata apa abang.. apa yang abang buat pada Auna buatkan Auna fikirlayak ke Auna untuk abang. Auna pernah marah pada abang. Auna pernah makiabang. Tapi abang tak pernah membalas sedikit pun..”

“Sayang..apa yang Allah jadikan dan tentukan semuanya ada hikmah. Macam kisah kita..membuatkan abang lagi matang berfikir, membuatkan abang dekat padaNYA untuk meluahkan rasa rindu dan sakit abang pada sayang. Kita pandanglah sesuatu ujiandan dugaan itu dengan padangan rahmat dan kasih sayang dariNYA.. insyaALLAH, ALLAHakan memandang kita juga dengan kasih sayangNYA.”

Auna Aulia terharu. Dia memeluk tubuh Khaleel Zachry erat. Airnatanya mengalirlebat.

“Abang.. jangan tinggalkan Auna.. jangan lepaskan Auna.. walaupun apa yang terjadi.. jangan sesekali lepaskan Auna.Pegang Auna erat-erat kuat-kuat walaupun rebut taufan yang melanda. Auna sayang abang, Auna cinta abang. Maafkan segala kesilapan dan keterlanjuran Auna. Maafkan Auna abang.”

Khaleel Zachry membalas pelukan Auna Aulia. Dia terharu. Mendengar kata cinta dari insan bernama Auna Aulia. Sudah lama dia menanti untuk mendengar ayat itu.Akhirnya. “InsyaALLAH selagi ALLAH mengizinkanNYA. Abang takkan lepaskan Auna.Abang ingin memimpin sayang hingga ke sana. Menjadi suami kepada seorang hambabernama Auna Aulia..”

Auna Aulia tenggelam didalam pelukan Khaleel Zachry. Khaleel Zachry tetap setiauntuk memujuknya dan memeluknya.

“Sayang ni..bila nak habis nangis. Kaki abang dah lenguh berdiri..”

Auna Aulia merenung Khaleel Zachry geram. Lengan sasa itu dicubit. Khaleel Zachrytergelak dan cuba mengelak. Ada saja nak kena kan orang.

“Bila abang start kerja..” tanya Auna Aulia. Mereka duduk di birai katil.

“Besok abang dah mula kerja..sayang tak nak tanya berapa lama sayang bercuti..”

“Ahah…lahh..Auna cuti sampai bila?” tanya Auna Aulia macam orang bodoh.

“errmm kalau abang kata seumur hidup macam mana?”

“ehh jangan lah macam tu.. Auna nak kerja..” kata Auna Aulia lembut. Gila nak suruh dia duduk rumah besar macam ni? Ada yang kejung dalam rumah ni nanti. Lagipun dia dah biasa pegang duit sendiri. Jadi dia berharap Khaleel zachry izinkan diabekerja.

“terpulang pada sayang bila nak mula kerja. Cuma abang cadangkan sayang kerja semula lepas habis reception nanti. Abang tak nak sayang penat tapi terpulanglah you think about it. But abang lagi suka sayang uruskan business abang dengan abang Aakif.”

“eh..kalau tunggu reception tu lama sangat. Minggu depan lah Auna mula kerja. Harini dah hari Rabu. Alang-alangkan..”

“ermm terpulang tapi bagus juga sayang duduk dekat rumah. Nampaknya abang setiap harilah nak balik rumah. Nak dapat kasih sayang..” usik Khaleel Zachry.

“Abang ni.. asyik tu jerk.. macam orang kemaruk sangat. Cakap pasal lain lah..”

“aikk..kita ni tengah honeymoon sayang. Lagipun dah lama abang menanti..” usik KhaleelZachry lagi.

“dahlah malas Auna nak layan abang.. Auna nak pergi dapur nak tengok apa yang adaboleh Auna siapkan untuk abang..” kata Auna melankah ke pintu untuk ke dapur.

KhaleelZachry tergelak. Dia bahagia..

**********************************************************

ya ALLAH mengantuk tahap gaban hari ni.. huhuhuu



Last edited by mrsT on 18-7-2013 07:40 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 07:53 AM | Show all posts
Baru ada semangat nak buat kerja...thank you
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 11:02 AM | Show all posts
heheheheh motivasi pagi gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 04:08 PM | Show all posts
perrggghhhh... dorang ni siang malam pagi petang berkasih sayang... buat kaka jeles jah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 04:37 PM | Show all posts
Edisi petang tak dak ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2013 09:43 PM | Show all posts
asyriqa posted on 18-7-2013 08:08 AM
perrggghhhh... dorang ni siang malam pagi petang berkasih sayang... buat kaka jeles jah...

amboii amboiii kaka...asik jeles ja
perantin baru kene la berkasih syg


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2013 08:06 AM | Show all posts


Auna Auli ke dapur. Dia membuka peti sejuk. Ermm.. penuh stock makan. Sayur, buah dan macam-macam lagi. Dia mencapai sayur dan lobak merah. Begitu juga dengan bahagian sejuk beku. Ikan di capai di letakkan di dalam bekas dan di curahkan air untuk melembutkannya.

Auna Aulia mula menyiapkan bahan-bahan untuk memasak. Dia bercadang untuk masak asampedas, sayur campur dan sambal belacan. Dalam masa sejam setengah Auna Aulia berjaya menyiapkan juadah. Dia berharap Khaleel Zachry suka kerana dia masih lagi belajar tentang kesukaan Khaleel Zachry. Tak ada cintan cintun dulu maa..semua kene belajar lepas itu.

Auna Aulia melangkah naik ke atas. Bila dia buka pintu bilik kelihatan Khaleel Zachrytengah tidur lena. Ingatkan tengah buat apa rupanya tengah sedap tidur.

Dia masuk kedalam bilik air. Mandi dan bersolat asar. Selepas itu Auna Aulia mengejutkan Khaleel Zachry.

“abang..abang..bangunlah waktu asar dah masuk lama dah. Tak baik tidur petang-petang macam ni”Auna Aulia mengejutkan Khaleel Zachry.

Khaleel Zachry  masih lagi memejamkan mata. Diamahu melihat sejauh mana usaha Auna Aulia mengejutkannya. Auna Aulia geram lalulaju saja tangannya menggeletek pinggang Khaleel Zachry. Satu rumah riuh dengan suara gelak tawa mereka.

“okey stop..stop..stop.. abang surrender..please..” kata Khaleel Zachry. Boleh tahanganas bini dia ni.

“Tulahh jangan nak notty..notty..” marah Auna Aulia.

“Alaaa..abang gurau dengan sayang pun tak boleh..” nada Khaleel Zachry seakan merajuk.Now dah pandai merajuk dah sebab ada saja orang yang sudi nak pujuk.

Sementara Khaleel Zachry mandi Auna Aulia menyiapkan pakaian untuk dipakai oleh Khaleel Zachry.

“abang nak minum petang dulu atau abang nak makan nasi terus? Auna Aulia bertanya sewaktu Khaleel Zachry keluar dari bilik air. Jika mahu minum petang dia akan gorengkan cucur udang yang telah di bancuh tadi.

“Abang nak makan nasi lah, lapar pulak rasanya. Sayang siap lah kita makan dekat luar.” Kata Khaleel Zachry.

“Tak payah lah abang, Auna dah masak tadi. Cuma tak tahu lah kena atau tidak dengan selera abang.”

Khaleel Zachry menyarung baju dan kain pelekat yang telah di siapkan oleh isterinya.Sejadah pun sudah tersedia terbentang. “Sayang masak apa pun abang makan. Yang penting ia adalah air tangan sayang. Baru lah ada keberkatan” jawab Khaleel Zachry menuju kesejadah untuk bersolat.

Auna Aulia membuka pintu bilik dan turun ke dapur untuk menghidangkan juadah yang telah dimasak tadi. Lima belas minit kemudian Khaleel Zachry duduk di meja dapur mengadap hidangan dari air tangan Auna Aulia. Berselera sungguh diamakan. Malam itu Auna Aulia menyiapkan baju kerja Khaleel Zachry sementaraKhaleel Zachry sibuk memeriksa kertas – kertas lukisannya.

“Sayang, nanti sabtu ni kita ada outdoor photo shoot tau..” Khaleel Zachry memberi tahu tentang photo shoot yang telah di tempah.

“perlu ke? Bukan macam cara kita jer..” jawab Auna Aulia matanya masih pada buku yangsedah di bacanya bertajuk Allah Tak Pernah Jauh. Buku itu amat menarik.

“Perlu sangat tu tidak lah..at least kita ada kenangan untuk itu. Boleh simpan sebagai kenangan hari tua. Boleh kan.. Sayang fikirkanlah apa yang sesuai..” jelasKhaleel Zachry lagi.

“Kalau naik motor boleh?” tanya Auna Aulia lagi. Matanya tetap menatap buku.Sebenarnya dia takut untuk melihat reaksi Khaleel Zachry.
“ehhhmenarik tu. Kita naik motor. Abang bawak sayang.. okey jugak tu..”

“Errmm apa barang abang bawak Auna, kita bawak motor masing-masing lah baru best..baru ada feeling.. ada berani..” tanya Auna Aulia lagi. Hatinya berdebar-debar menanti jawapan daripada Khaleel Zachry.

Auna Aulia menurunkan sedikit bukunya. Dia melihat Khaleel Zachry sedang memandangnya dari meja tulis. Errmm memang macam tak ada harapan. Auna Aulia sudah cuak dia takut Khaleel Zachry marah.

“yes..yes..yes..” jerit Khaleel Zachry.

Auna Aulia terkejut buku yang di pegangnya pun terlepas. “abang ni kenapa?”

“Okey jugak idea sayang tu.. puas abang fikir. Macam mana nak buat. But I still wantto see you in dress..” Khaleel Zachry menyatakan hajatnya.
Auna Aulia termenung seketika. “What about mula-mula kita ambil gambar kita tengah ride motorbike. Lepas tu kita ambil gambar dengan wedding dress. Errmm Auna suka dekat bangunan KTM punya view cantik. But please jangan over sangat. But in stead of pakai dress bagai why don’t we selit sikit budaya arab. Mybe we cando it that in any mouseqe. Abang pakai baju arab with igga. Auna pakai abaya with niqab something diffrent. Bosan lah dress..dress ni. Segan lagipun Auna tak berapa minat sangat. Abang okey ke?” Auna Aulia memberikan pendapat.

“Kalau jubah arab tu abang ada complete set don’t worry. Sayang tu ada ke abaya hitamwith niqab bagai ni?”

“Errmm apa pulak tak adanya. Hello Auna duduk Dubai lama okey. Dah lupa ke?”

“Taklupa pun. Tahu orang tu merajuk sampai Dubai bawak dirikan kononnya..”

“Manaada, cari pengalaman okey.”

“yerlahh cari pengalaman. Yer lahh kan siapa kita ni.. macam pungguk rindukanbulan. Dah lah tak hensome mana pun nak compare orang tu. Apa lah yang ada..”usik Khaleel Zachry.

“Aikklain macam jer bunyi..”

“ehhtak ada yang lain. Betul apa. Orang tu merajuk sampai ke Dubai tak nak balik.Nak kena hantar bala tentera datang pujuk baru nak balik..kan..”

“Haruslah..kena ada bala tentera.. orang sana tu lagi teruk dok terintai-rintai..”

“Orang kat sini jaga adab. Bukan nak aci redah. Nanti kena soal dengan hulubalangsusah..”

“Banyaklah hulubalang..”

“Betul..apa orang tua kata, kalau nak anak kene ambik hati keluarganya dulu..”

“ooo kiranya orang sana main taktik tipu lah ni..”

“Bukan tipu.. itu namanya strategi.”

Auna tergelak di sebalik buku yang dia baca. Orang di sana, orang disini.. hahaaaa memang tak sesuai.

“Abang Auna minta izin tidur dulu yaa..” kata Auna Aulia.

“Laa nak tido dah.. abang pun nak tidur lah macam ni. Boleh jugak mencurahkan kasih sayang..” laju tangan Khaleel Zachry menutup lampu dengan remote control. Dia menuju kekatil Auna Aulia tergelak besar.

Pagi itu Auna Aulia menyediakan sarapan yang ringkas kerana Khaleel Zachry tidakmahu mengambil sarapan yang terlalu berat di waktu pagi.  
Auna Aulia menghantar Khaleel Zachry ke pejabat pada pagi ini.

“Take a good okey..” pesan Khaleel Zachry.

“Okey. Abang nak balik makan tengahari?”

“I don’t think so. Anything will let you know dear.”

“errmm..be good okey notty boy..” Auna Aulia mengusik. Dia tahu Khaleel Zachry akan baik-baik saja. Dia kenal sikap Khaleel Zachry waktu bekerja cuma sebelum inidia tidak tahu bahawa Khaleel Zachry adalah anak kepada bosnya.

“I always be good. Sayang tu jangan nakal-nakal. Let me know bila dah sampai rumah bonda” pesan Khaleel Zachry.

Auna Aulia bersalam dan mencium tangan Khaleel Zachry menghadiahkan ciuman di kiri dan kanan pipi suaminya. Khaleel Zachry juga melakukan perkara yang sama selepas itu Khaleel Zachry memeriksa seatbelt Auna Aulia sebelum mereka berpamitan.

Selepa smenghantar Khaleel Zachry di pejabat Auna Aulia memandu BMW X6 dengan tenang menuju ke rumah keluarga Khaleel Zachry kerana awal pagi bonda telah telefon berpesan supaya Auna Aulia menemaninya membeli belah untuk persiapan majlis mereka nanti. Kehadirannya sudah dinanti oleh Datin Sharifah Addawiyah. Auna Aulia bersalaman dengan mentuanya.



Last edited by mrsT on 19-7-2013 08:11 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 09:11 AM | Show all posts
makin berbunga cinta di taman-2 hati auna dan khaleel....teruskan dear...hepi jek membacanya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 12:05 PM | Show all posts
Jelesnya kami yg dok baca cerita ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.079867 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list