CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6263|Reply: 3

lagenda bandar emas yang hilang - El Dorado

[Copy link]
Post time 30-5-2013 04:35 PM | Show all posts |Read mode
            Dikenali sebagai lagenda bandar emas yang hilang (Legendarylost city of gold - El Dorado ).Lagenda El Dorado yang diceritakan oleh orang sepanyol dikatakan bermula dari kawasan Muisca. Terdapat ritual di tasik Guatavita dimana harta karun dibuang kedalam tasik sebagai persembahan bagi menghormati raja baru. Cubaan untuk mengeringkan tasik tersebut bagi mendapat harta karun itu telah di lakukan tetapi di hentikan setelahramai pekerja mati dan pada ketika itu tidak terbukti bahawa wujud harta karun di situ. Lagenda ini telah berkembang selama berkurun lamanya sehingga merubah idea bahawa harta yang terdapat di dasar tasik ini menjadi teori bandar emas yang hilang. El Dorada menjadi angan kebanyakan pengembara sehingga ada di antara mereka yang kehilangan nyawa dalam memburu harta karun tersebut.



Upacara Puak Muisca

        Penerangan mengenai upacara ini dijelaskan dalam Surat Khabar El Camero oleh JuanRodriguez Freyle. MenurutFreyle, Raja atau ketua paderi Muisca dikatakan diselaputi oleh habukemas semasa festival ini di adakan di tasik Guatavita. Pada tahun1638, JuanRodriguez Troxell menulis mengenai festival ini.


“Majlis ini mengambil tempat pada hari perlantikan pemerintah baru. Sebelum memerintah, pewaris baru perlu meluangkan masa bersendirian di gua,tanpa perempuan, dilarang memakan garam atau keluar pada siang hari. Perjalanan pertama dilakukan ketika ritual ini adalah pergi ke lagun tasik Guatavita untuk memberikan korban kepada syaitan yand di sembah sebagai tuhan. Ketika ini, mereka telah menyediakan rakit yang dihias dengan menarik berserta colok bauan wangi. Lagun tersebut sangat dalam sehingga sebuah kapal boleh berlayar melaluinya.

              Ketika upacara ini, terdapat kapal yang berlayar serta dipenuhi oleh wanita danlelaki yang berpakaian menarik dan memakai tiara. Sebaik sahaja colokdi bakar,  mereka turut menyalakan api di tebing tasik untukmenghalang cahaya matahari.  Pada ketika ini juga, mereka menanggalkan pakaian pemerintah baru dan melumurkan dengan lumpur yang kemudian nya di saluti dengan serbuk emas. Mereka kemudian mengusung pewaris ini dan diletakkan di atas rakit dan rakit ini dipenuhi dengan intan berlian serta emas sebagai persembahan kepada tuhan mereka. Raja ini diteman oleh 4 orang ketua yang memakai barang di perbuat daripada emas. Setelah tiba di tengah tasik ini, mereka mencampakkan kesemua emas yang berada di atas rakit ke dalam tasik.Apabila sampai semula ke tebing sungai, upacara selesai dan pemerintah baru di terima serta di kenali sebagai raja."

        Satu kajian pada tahun lepas telah dilakukan untuk mencari kebenaran lagenda ini. Imej yang diperolehi dari kajian ini menunjukkan bentuk luar biasa yang boleh di anggap sebagai runtuhan sejarah. Namun mungkinkah bandar ini di perbuat daripada emas adalah masih merupakan satu misteri.

Rujukan daripada Wikipedia dan Ancient Mystery



Last edited by mialunar on 30-5-2013 04:51 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2013 02:00 PM | Show all posts
salah tread la dik
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 05:48 PM | Show all posts
cerita ni memang lagenda dan separuh mitos, aku baca hampir 20 tahun dulu dalam majalah Reader Digest. sebab kaum Inca dah pupus dalam hutan Amazon tu. beratus pengembara telah pergi mencari tempat itu, temasuklah yang paling famous Colonel Percy Fawcett (British), hampir kebanyakan pengembara berakhir dengan kematian.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2020 03:51 PM | Show all posts
kalau pasal emas,x boleh lawan dgn kekayaan si Qarun.Tetapi sejarah yg TT sediakan menarik dibaca.Banyak ritual atau kepercayaan lama buat sembahan atau korban kepada benda mistik sebegini tanda keamanan atau restu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.050381 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list