CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8901|Reply: 19

himpunan artis buat amal - siapa raja/ratu amal jariah di Malaya?

[Copy link]
Post time 29-5-2013 12:31 PM | Show all posts |Read mode


ARTIS DAN AMAL TAK BOLEH DIPISAHKAN. IBARAT POLITIKUS DAN RASUAH KAEDAHNYA. SETIAP KALI BERAMAL, ARTIS PASTI BERPOSING BAGAI NAK RAK. UNTUK ITU, MARI KITA SENARAIKAN DETIK2 AMAL JARIAH ARTIS-ARTIS KITA!

ADA YANG EMOSI ...CONTOHNYA

YATT HAMZAH & SALIMA KUTIP DERMA GAZA


DAN ADA JUGA YANG PENUH GAYA SEPERTI...

DANNY ANWAR POTONG DAGING UNTUK RAYA HAJI AMAL


YANG LAIN2222.... NYA

FAIZAL TAHIR LELONG AMAL TSHIRT UNTUK GAZA


ARTIS ARTIS GRED C BUAT KONSERT AMAL LAHAD DATU


BABY AA AZWAN ALI AKA AZWANA ALIA BUAT MAKAN2 DENGAN ANAK YATIM





MR OS BUAT AMAL DENGAN ANAK YATIM


AMY SEARCH BERAMAL DENGAN BUDAK TAHFIZ


CHE TA MENYUAP ANAK YATIM


BUDIEY BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM


AMBER CHIA AND FAZURA POSE FOR PETA - LINDUNGI HAIWAN




TAMARA BLEZINSKI BERAMAL UNTUK MASJID KAMPUNG PINTU


CELEPETS BAGI MAKAN KEPADA HOMELESS


MISLINA MUSTAFA - HOMELESS BY CHOICE


RAD ADIBA RADZI BOTAK KERANA KANSER


JULIA PEREZ BERI CIUMAN AMAL DI JAKARTA


ANITA SARAWAK JUAL BAJU UNTUK AMAL TSUNAMI


YUNA, RASHIDI DAN VANIDAH BERAMAL UNTUK MACY


EJA JUAL KEK AMAL


ZIZAN RAZAK BERAMAL BERSAMA JAMU MAK DARA


CHEF WAN LELONG BARANG PERHIASAN RUMAH UNTUK MANGSA GEMPA BUMI MERAPI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2013 12:36 PM | Show all posts
rasa macam dah nak puasa pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 12:41 PM | Show all posts
JULIA PEREZ BERI CIUMAN AMAL DI JAKARTA


pasti besar ganjaran pahalanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 12:44 PM | Show all posts
yg paling bodoh bangang tu la si Jupe kasi ciyuman amal

pemurah sgt ko khen Jupe
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 01:07 PM | Show all posts
tok t buat masjid...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 01:07 PM | Show all posts
iols tunggu artis buat 'FREE HUG' mcm budak2 kpop buat kat fan diorang..


boleh lawan 'FREE KISS' jupe..

tapi yang hug tu harus lah yg mcm ni..



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2013 01:09 PM | Show all posts
aku rasa kalau pompuan tok pah kot
kalau lelaki tak tau pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 02:05 PM | Show all posts
KAK GEE@fauziah LATIFF hantar nyawa kat gaza boleh kira gak tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2013 02:30 PM | Show all posts
siti nohaliza lah banayak amal.
dia buat 1 masjid saja, tp selagi ada org guna, maknanya  banyak amal kebajikan dilakukan oleh beliau
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 02:39 PM | Show all posts
DJ Dave Anjur Aktiviti Amal Anak Yatim & Ibu Tunggal

DJ Dave tidak dapat dinafikan lagi bahawa dalam kehidupan sebagai seorang selebriti artis sememangnya sangat menyibukkan dan padat dengan jadual kerja yang tidak menentu tidak kira siang mahupun malam serta termasuk pada waktu hujung minggu pun bekerja.

Walaupun begitu, ia langsung tidak menjadi satu halangan yang besar kepada sebilangan daripada artis Malaysia untuk terbabit dengan aktiviti amal terutamanya dalam usaha untuk membantu golongan yang memerlukan iaitu contohnya bantuan kepada anak yatim dan ibu tunggal.

Salah seorang artis Malaysia yang dimaksudkan adalah Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali ramai sebagai DJ Dave, seorang penyanyi serta penghibur terkenal tanah air yang cukup popular sekitar tahun 1970-an sehinggalah sekarang.

Apa yang menariknya, DJ Dave yang turut dikenali sebagai artis pertama Malaysia yang menerbitkan album Hindi pada tahun 2005 dan telah menjadikan aktiviti amal yang dianjurkannya sebagai acara tradisi tahunan terutama pada sambutan ulang tahun kelahiran DJ Dave.




Gambar DJ Dave atau Datuk Irwan Shah Abdullah Ketika Aktiviti Amal Bersama Anak Yatim dan Ibu Tunggal Di Kota Kinabalu, Sabah Pada Tahun 2010 Sempena Hari Kelahirannya.


Pada tahun 2010 lalu contohnya, penyanyi DJ Dave ini telah mencipta kelainan dalam meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 dengan menerbangkan 20 orang tetamu yang terdiri daripada anak-anak yatim dan ibu tunggal menaiki helikopter mengelilingi sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut DJ Dave, walaupun jadual hariannya sering padat dengan pelbagai urusan kerja seperti menguruskan perniagaan dan membuat persembahan di merata-rata tempat, namun ia langsung tidak menghalang dirinya untuk berbakti kepada golongan yang kurang bernasib baik ini.

“Saya selalunya kalau setiap tahun, saya memang akan menganjurkan majlis ulang tahun kelahiran saya dan mengundang anak-anak yatim dari beberapa buah rumah kebajikan sebagai tetamu untuk meraikan mereka.

“Lagipun saya merasakan dengan cara ini sahaja saya dapat berpeluang untuk mendekatkan diri dan berdampingan dengan mereka serta pada masa yang sama dapat menghiburkan hati mereka,” kata DJ Dave.

Ujar DJ Dave lagi, selain suka anjurkan aktiviti amal, dia sendiri menyatakan tidak keberatan dan sedia untuk memberi kerjasama sekiranya mendapat undangan daripada mana-mana pihak untuk terbabit dengan aktiviti amal lain jika diminta.

Jelas DJ Dave, dalam tempoh terdekat ini dia telah mendapat undangan daripada pihak Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (Usahanita) untuk terbabit dalam persembahan amal sempena Karnival Awal Silaturahim yang berlangsung pada 3 Julai 2011 ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Sudah tentu saya sangat teruja dan gembira untuk mengadakan persembahan tersebut dan tidak sabar untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Malah, saya menyeru agar para peminat saya dapat hadir untuk sama-sama berhibur dan membantu golongan yang memerlukan.

“Saya juga difahamkan bahawa tema pada malam berkenaan juga adalah tema Bollywood dan saya akan menyanyikan kira-kira lapan buah lagu. Selain saya, Jamal Abdillah juga akan turut membuat persembahan dan tentunya ia akan lebih menarik,” kata DJ Dave dengan mesra.

Selain itu, Pengarah Projek Karnival Amal Silaturrahim, Che Ruhani Che Hassan pula menjelaskan seramai 80 anak yatim yang akan diraikan pada malam Karnival Amal Silatulrahim dan turut dimeriahkan dengan kehadiran artis popular lain seperti Azad Jazmin, Eira Syazira dan Ogy Ahmad Daud.

“Sehingga kini kami masih lagi melakukan penjualan meja yang berharga antara RM250 sehingga RM5,000. Kami berharap agar lebih ramai lagi yang dapat menghadirinya kerana kutipan yang perolehi nanti semuanya akan disumbangkan kepada anak-anak yatim yang hadir,” ujar Che Ruhani Che Hassan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 02:42 PM | Show all posts
Scha Dan Awal Raikan Ramadan Dengan Anak-Anak Persatuan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Al-Munirah

pasangan Scha Al-Yahya dan suaminya Awal Ashaari, juga merupakan Rakan Selebriti Watsons telah melawat Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah di Klang, Selangor. Ianya juga ialah pelancaran kempen promosi untuk 50 orang pelanggan Watsons yang memiliki kad VIP dan berbelanja lebih dari RM 50 untuk satu resit di Watsons bagi dipilih bagi menghadiri majlis Selebriti Aidilfitri Watsons. Majlis itu  diadakan di Holiday Villa, Subang












Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 02:46 PM | Show all posts
Liyana Jasmay Beramal Untuk Anak Yatim



SEJUK perut ibu mengandung, apabila melihat anaknya sanggup mendermakan sedikit wang hasil titik peluh kerja seninya.

Begitulah perasaan Habsah Simpon,53, mengenai anak bongsunya, Liyana Jasmay,22, yang menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama 70 orang anak yatim dari rumah anak yatim Rabeka, Ukay Perdana.

Pada malam menjelang Hari Kemerdekaan, Liyana Jasmay turut meraikan kaum keluarga dan rakan-rakan di restoran Ikan Sungai, Desa Melawati, milik keluarganya.

Habsah berkata Liyana mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai katering daripada syarikat Besta Corporation Sdn Bhd yang diterajui oleh bapanya, Jasmay Shah selaku Pengarah Urusan.



Sementara itu Liyana berharap dengan melakukan majlis berkenaan sekurang-kurang dapat menyempurnakan sedekah dan zakatnya.

“Insya-Allah, saya akan menganjurkan majlis berbuka puasa seperti ini pada setiap tahun selepas pertama kali menganjurnya pada tahun lalu,” kata Liyana.

Mengaku Bercinta Dengan Zahiril Tapi…

Mengenai gembar-gembur yang mengatakan dia menjalinkan cinta dengan aktor muda, Zahiril Adzim Liyana tidak menafikan perkara itu namun cinta itu hanya wujud dalam filem Senjakala sahaja.

Tetapi mereka tidak bercinta seperti sesetengah pasangan yang sedang dilamun cinta. Kalau nak tahu bagaimana, penonton perlu menyaksikan filem ini di pawagam pada yang Februari atau Mac tahun depan.



Filem Senjakala arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri ini sedang menjalani pengambaran di sekitar Bukit Cerakah, Hulu Langat dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) selama 30 hari bermula 8 Ogos lalu.

“Filem Senjakala bukan seperti filem cinta tipikal yang kita pernah tonton sebelum ini. Tentang Zahiril, memang saya yang cadangkan namanya selain beberapa nama pelakon lelaki lain kerana dia merupakan pelakon yang bagus.

“Tidak dinafikan, hubungan kami menjadi rapat sejak saling mengenali dalam filem Kami The Movie. Tetapi kami tidak selalu berjumpa sebab dia sibuk dengan teater,” ujarnya yang cantik menggayakan jubah moden rekaan Inai.

Tumpang Gembira Untuk Aizat

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi filem Papadom itu mengakui tidak bermusuh dengan penyanyi dan komposer Aizat Amdan apabila pasangan itu didakwa tidak seakrab dulu.

Malah Liyana turut meluahkan rasa gembiranya apabila mendapat berita tentang pemergian Aizat ke United Kingdom pada tahun depan bagi melanjutkan pelajarannya dalam bidang muzik.

Liyana berkata, selepas menyelesaikan pengajian Diploma Seni Persembahan & Mediadi Kolej Sunway pada November tahun depan, dia juga akan mengikut jejak langkah Aizat untuk melanjutkan pelajaran di Sydney, Australia dalam bidang persembahan muzikal.

“Saya akan mengambil kursus jangka masa pendek dalam empat hingga enam bulan di universiti terbaik di luar negara untuk mendapat sijil. Saya hanya belajar apa yang saya suka dan tidak mensasarkan untuk mendapat ijazah doktor falsafah (PhD),” beritahunya.

Dalam tempoh tiga tahun lagi, duta Maybeline ini merangka untuk membuka syarikat produksi sendiri.

Ditanya sama ada dia menjemput Aizat datang ke majlis tersebut, Liyana mengakui ada menjemput penyanyi lagu Sungai Lui itu namun lelaki itu tidak dapat hadir kerana sedang bercuti di London.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 02:49 PM | Show all posts
Sambutan Hari Jadi Anak Noorkhiriah Di Rumah Anak Yatim



Noorkhiriah memang tampak sangat manis dengan imej bertudung lengkap. Tambah memaniskan apabila anak pasangan suami isteri ini tampil comel dengan jubah. Yang lebih menarik, sambutan hari jadi anak Noorkhiriah telah diadakan di rumah anak yatim dan hidayah AlHijrah. Menyambut dan memberi.















Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 02:54 PM | Show all posts
3 Artis Legenda Bantu Ibu Tunggal Dalam Persembahan Amal



Suhaila Sharif (tiga dari kiri) menyampaikan cek berjumlah RM174,000 kepada Murtini Kasman (empat dari kiri) bersama para artis dan mereka yang terlibat dalam Malam Amal Bersama 3 Diva.


PETALING JAYA: Malam Amal Bersama Tiga Diva melibatkan Datuk Sharifah Aini, Datuk Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid bakal menyaksikan ketiga-tiga penyanyi legenda itu beraksi buat pertama kali di atas pentas sama.

Pengarah Urusan Kaizen Cosmetic iaitu Suhaila Sharif berkata, persembahan amal itu diadakan bagi mengumpul dana untuk Persatuan Ibu Tunggal Selangor.

"Pihak kami cukup bertuah kerana ketiga-tiga nama besar itu bersetuju untuk terlibat dalam malam amal itu dan menariknya ia merupakan kali pertama mereka digandingkan dalam sebuah persembahan bersama," jelasnya pada sidang media berkenaan di Restoran Khadijah’s Kitchen di sini, Rabu.

Ia turut dihadiri artis-artis terlibat melainkan Uji Rashid yang mempunyai urusan lain.

Majlis itu akan berlangsung pada 12 Jun depan pada pukul 8 malam di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Tambah Suhaila, pemilihan tiga nama besar itu juga dibuat berdasarkan karisma dan gaya mereka selain mereka juga dekat dengan peminat terutamanya golongan ibu.

Pada majlis sama, Suhaila turut menyampaikan cek kepada persatuan kebajikan berkenaan berjumlah RM174,000 melalui pengerusinya, Murtini Kasman.



Dalam pada itu, Suhaila berkata, pihaknya juga menyasarkan kutipan sebanyak RM500,000 menerusi jualan 100 buah meja yang disediakan.

Malah pada hari tersebut, pihaknya turut menyediakan ruang untuk para ibu tunggal mengadakan pameran dan jualan untuk pengunjung bermula pukul 10 pagi.

"Pada sebelah pagi sebelum menjelang konsert akan diadakan pameran dan jualan oleh usahawan-usahawan ibu tunggal dari seluruh negara dan orang ramai dijemput hadir," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Khadijah berkata, penglibatan artis berkenaan dalam persembahan itu diharap dapat membantu golongan ibu tunggal memperbaiki kehidupan mereka tanpa bergantung kepada orang lain.

Tambah Khadijah, persembahan yang bakal berlangsung selama dua jam itu akan menyaksikan artis legenda berkenaan menyampaikan tujuh buah lagu dan persembahan duet.

"Kita akan gunakan peluang ini untuk menghiburkan mereka dan akan berbincang lagu apakah yang sesuai untuk disampaikan pada malam itu," katanya.

Turut menyerikan persembahan pada malam itu nanti adalah Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), Didie Alias sebagai pengacara majlis bersama Acong (Sweet Child) dan Man (Raja Lawak).

Turut diadakan pertunjukan fesyen dan Ratu Kebaya oleh ibu-ibu tunggal.

Harga meja yang dijual serendah RM1,500 hingga RM10,500. Tempahan boleh dibuat di www.kaizen-asia.com atau menghubungi 03-6242-5104 atau 010-2454923.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 03:11 PM | Show all posts
artis buat amal ni.....sesekali atau setahun sekali atau selalu smpai x terkire??
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 03:15 PM | Show all posts
comelnye anak nurkhiriah...

anyway paknil pun buat amal gak kan.. aktiviti amal dgn hero malaya, pastu masa jadi deejay era kan ada pendengar radio berhutang, dia bg duit bayar utang org tu... aku x dengar radio tu tp baca kat paper psl ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2013 04:05 PM | Show all posts
ALHAMDULILLAH LAH EH
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 04:20 PM | Show all posts
bagusla.... menghulur pada yg memerlukan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 04:48 PM | Show all posts
nak gak tepek artis kesayangan ambo ni..

MAYA KARIN !!!

dengan yayasan org kurang upaya kelantan







menjadi duta tidak rasmi utk alam sekitar kekdahnye









Last edited by terbakar91 on 29-5-2013 03:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 05:43 PM | Show all posts
terbakar91 posted on 29-5-2013 04:48 PM
nak gak tepek artis kesayangan ambo ni..

MAYA KARIN !!!

chantek nye maya.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 1.354975 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list