CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1758|Reply: 8

MUHYIDDIN TIMBALAN PERDANA MENTERI TAK LAGI PERTAHAN UMNO ??!!

[Copy link]
Post time 25-5-2013 03:26 AM | Show all posts |Read mode
            Apa dah jadi dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia apabila menyarankan idea satu parti BN adalah rasional untuk dikaji ?? Adakah beliau masih boleh diharap lagi utk mempertahankan parti UMNO yg menjadi tulang belakang parti2 Barisan Nasional yg selama ini menjadi sumber kemajuan negara ??!!

                  

           sumber :  http://www.sinarharian.com.my/politik/cadangan-bn-sebagai-parti-tunggal-rasional-perlu-dikaji-1.163460

PHUKET - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan.

Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata cadangan besar dan penting bagi memastikan BN kekal relevan itu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat jika mengambil kira keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.

“Selepas mengambil kira apa yang berlaku dalam PRU lepas kalangan pimpinan BN melontarkan pandangan apakah wajar BN dilihat semula kerana kerjasama yang wujud sekarang ialah penggabungan 13 parti yang menjadi komponen BN dengan setiap parti mempunyai perlembagaan sendiri dan cuma bergabung atas nama BN.

“Ada yang berpendapat mungkinkah sudah sampai masa bahawa penggabungan itu dapat dibentuk dalam satu situasi yang lebih mantap iaitu BN sebagai sebuah parti politik, bukan lagi gabungan pelbagai parti politik,” katanya mengulas cadangan parti Gerakan yang mahu BN bersifat parti tunggal seperti mana yang dinyatakan pemangku presidennya Datuk Chang Ko Youn dua hari lepas.

Bercakap kepada pemberita di sini, Muhyiddin berkata cadangan itu mempunyai asas tetapi menuntut setiap parti melakukan kajian mendalam dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan anggota parti masing-masing kerana ia melibatkan soal organisasi dan struktur penubuhannya.  

Beliau berkata walaupun cadangan itu mungkin berdepan tentangan tetapi yang penting setiap anggota parti perlu melihat ke depan dan jika merasakan ia wajar dilakukan, satu mekanisme pelaksanaan yang boleh diterima semua anggota parti yang bergabung dalam BN perlu dikemukakan segera.

"Ini adalah lebih dari soal bermuhasabah, kita kena lihat sendiri struktur BN yang sedia ada bahawa apakah sudah sampai ketikanya sebuah parti yang dinamakan BN dibentuk, bukan lagi dalam bentuk gabungan parti-parti komponen BN tetapi BN sebagai sebuah parti politik," katanya.

Sehubungan itu beliau mencadangkan sebuah makmal politik diadakan bagi mencerna idea tentang format baru BN seperti yang dicadangkan di mana semua pihak, termasuk kalangan bukan anggota parti yang mengambil berat mengenai masa depan negara dan ingin memberi sumbangan turut dilibatkan.

“Bagi saya itu sesuatu yang agak besar tetapi saya juga berpendapat ia penting kerana saya tidak tahu sama ada kita boleh kekalkan kedudukan sebegini untuk tempoh lima tahun mendatang tetapi yang pasti persoalan ini perlu dijawab dalam tempoh yang terdekat dan kalau ia wajar, bagaimana hal itu hendak dilaksanakan.

“Ini perlu difikirkan untuk tempoh beberapa bulan dan setahun ke hadapan, kalau sudah dianggap boleh selepas makmal itu dibuat mungkin boleh panggil satu konvensyen maka pemimpin BN boleh duduk bersama bagi membincangkan hala tuju dan survival parti di masa depan,” katanya.

Ditanya apakah beliau akan membawa cadangan penubuhan makmal itu ke peringkat lebih tinggi, Muhyiddin berkata: “di peringkat BN saya pun telah beritahu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin satu daripada perkara yang kita akan teliti ialah struktur BN itu sendiri, bukan lagi sekadar kosmetik tetapi secara serius bagaimana ia harus berubah dari yang lama kepada struktur baharu yang lebih ke hadapan.

Beliau berkata cadangan itu mengambil kira perubahan pemikiran masyarakat, pengundi dan generasi muda yang sebahagiannya tidak mahu melihat parti yang dikatakan dibentuk berasaskan kaum.

Dalam perkembangan lain Timbalan Perdana Menteri berkata bedah siasat BN berhubung keputusan pilihan raya umum yang sedang dilakukan oleh sebuah badan yang dilantik khas boleh diketahui selewat-lewatnya Julai ini.

Muhyiddin berkata bagi memastikan analisis yang tepat, bebas dan telus pasukan itu dibentuk dari kalangan mereka daripada luar parti bagi memberi kebebasan sepenuhnya kepada mereka untuk mengemukakan pandangan asalkan berasas.

“Kita tidak mahu berselindung, kita hendak tahu apakah sebab kita menang atau kalah, apa faktor yang menyebabkan kemenangan dan kekalahan, dan lebih lanjut daripada itu adalah perakuan-perakuan yang kita akan buat untuk menentukan supaya BN terus relevan dan bagaimana kita menangani tempoh lima tahun sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya. - Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2013 03:52 AM | Show all posts
            lepas ni parti JATI (jalur tiga), BERJASA atau parti PAS akan menjadi alternatif bagi menggantikan parti UMNO...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 04:22 AM | Show all posts
tanda-tanda kewajipan Mahiaddin untuk menjadi Purdana Muntri Mulaysia:


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 07:58 AM | Show all posts
Aik..bukankah dia Ultra Melayu..aik..dah TERPESONG.?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 01:05 PM | Show all posts
ish, kalau takde umno.. nangis makcik pakcik felda, pprt and johor...  
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 02:24 PM | Show all posts
ieee....sampai kat Phuket cakap pasal ni ....kat kampong sendiri tal leh ke ..????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2013 02:42 PM | Show all posts
umno dah takde ke ? BR1M belum dapat lagi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 03:06 PM | Show all posts
baguslah, lepas ni jadi 1Malaysia ja
patutnya gabungkan dulu parti2 mcm MCA, PPP, Gerakan MIC supaya menjadi satu parti sahaja
sama juga mcm parti2 kat Sabah Sarawak tu
PBB dan UMNO masih lagi kuat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2013 05:13 PM | Show all posts
sekejap 1 malaysia...sekejap ketuanan melayu sekejap apa lagi cina mau sekejap perpaduan melayu dan Islam...

lantak ko lah wei..

hahahha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.061279 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list