CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4932|Reply: 2

my head girl part 1,2

[Copy link]
Post time 22-5-2013 09:11 PM | Show all posts |Read mode
ASSALAMUALAIKUM... saya newbie kat sini... bercita-cita nak tulis novel masa umur 16 lg tp skrg bru ad peluang sebab dulu duk hostel... smga novel yg saya buat ni memenuhi citarasa korang semua dan berharap ada komen yang membina dan juga sokongan daripada korang semua...






PART 1







2005, Prefect’s room



“awak, tengok junior awak tu. Kurang ajar betul dengan saya.”


“dia buat apa?”


“semua rules kat sekolah ni dia nak langgar and selalu aje nak caripasal dengan saya”


“sape nama budak tu. Meh saya babab dia.”


“Fayyad Zuhair”


“ooo..come again?”


“awak!!!! Nama dia Fayyad Zuhair!!!! Awak tak dengar lagi ke?”


“dengar lah. Nama macam familiar tapi nickname dia apa?”


“entah. Tapi selalu dengar orang panggil Yad or Ayad macam tu lah.Awak kenal ke tak ni?”


“dia budak mana? Budak tu tinggi-tinggi, putih-putih ke,muka macammixed sikit ke?





“budak Gamma. Tak pernah pulak saya nak tilik muka budak serabai tu.Yang saya tahu budak tu total troublemaker!!!”



“saya rasa saya kenal. My junior and also my partner kat team basket.Budak tu Nampak baik aje. Tak pulak cari pasal dengan saya.”



“habis tu,awak nak cakap saya lah yang cari pasal dengan budak tu?”




Adoyai.



Perempuan .



Cepat sangat nak emo. Bukannya aku tak percaya tapi macam mustahilaje. Si Ayad tu Nampak okey je in definition of boys lah. Nak kata baik,xde lahsangat tapi kalau nak mencari pasal dengan orang tu Nampak macam bukan gayadia. Tambah-tambah lagi cari pasal dengan Head Girl kepala besi. Bukancalang-calang orang yang mampu. Hanya orang tertentu saja. Mau dapat heartattack kalau hari-hari gaduh dengan Head Girl.




Ayad oh Ayad…. Kenapa lah kau cari pasal dengan Head Girl kesayangan.Tak pasal-pasal aku kena masuk campur hal korang berdua ni. Aku selaku knightin shining armor memang tak boleh tengok damsel in distress. Kalau Head Girl stress,aku pun stress.
Ingat senang nak tackle minah kepala besi ni, took me 4 years okey.Agaknya dia dah penat tengok aku tak give up, tu yang dia terima aku.Member-member aku pun hairan aku dok gigih kejar Head Girl padahal dia taklayan aku langsung. Dah lah garang,degil,serius. Pendek kata semua negative side ada kat dial ah. Aku pun tak tahu apa yang aku look up sangat kat dia.Maybe love at first sight. Eheh .



Ngilu aje telinga nak mengaku love at first sight.



Yang aku tahu, aku suka tengok dia senyum walaupun boleh bilang berapakali dia senyum dalam setahun.
Sedih kan?


Ada makwe tapi dia pun tak nak senyum kat kita. Sedih kan?


Memang sedih pun. Tapi nak buat macam mana kan,hati dah sayang. Nakkata apa lagi. Aku bukan tak hensem tapi terlebih hensem tau. Semua perempuanyang nak aku tak layan sebab sayang sangat kat Head Girl sorang ni tapi diamacam Nampak tak sayang aku aje. Head Girl sorang ni kepala besi,hati kerasmacam kerikil. Macam mana lah nak lembutkan hati dia yang keras tu.



Bangunan Gamma



“kau Ayad kan?”


“ye. Kenapa kau cari aku?”


“kau selalu eh cari pasal dengan Head Girl? Aku nasihatkan jangan lahkalau kau tak nak kena heart attack muda-muda ni.


“kau apahal? Nak overprotect ke apa? Tau lah kau balak dia tapi takkan benda macam ni pun kau nak masuk campur. Chill la bro. Aku tak buat apa-apa punkat kau punya awek.”


“okeh2… Nampaknya aku silap bagi mukadimah. Aku bercakap ni as afriend bukan sebagai balak dia okey. Aku Cuma tak nak kau dapat susah aje.”


“okey. Aku faham niat kau tapi trust me, she’ll need a lesson. A verygood lesson. Selama ni tak ada orang berani kacau dia kan?


Bala sungguh.


Buku dah bertemu ruas. Harap-harap tak ada World War 3 lah. Dua-duadegil,panas baran,ego. Susah jadi orang tengah ni. Budak Ayad ni pun satu,takpadan dengan junior. Nak jugak cari gaduh dengan senior.


Prep malam, Bangunan Akademik




“kau  tak boleh pakai benda ni luar hostel”     


“kau ingat kau mandat besar? Setakat Head Girl aku tak hairan lah.”


Mata Head Girl sikit lagi nak keluar laser bila dengar statementberani  Ayad. Memang nak kena humbandalam laut sungguh budak ni. Pastu, bagi ikan Jaws makan.


“dalam sekolah,ikut law lah kawan. Ingat ini sekolah ayah kau? Kalaukau nak pakai benda ni luar sekolah,sikit pun aku tak hairan.”


“kau kenapa Head Girl, jeles tengok aku pakai benda alah ni ke? Kalauminat,aku boleh tolong belikan. Tak mahal,10 ringgit aje.”


“boleh blah dengan kau punya gelang tali warna-warni tu. Dah sebijikmacam mamat tepi jalan dah aku tengok. Ni last warning aku. Kalau aku jumpa kaulanggar rules, I’ll promise I’ll make your life like hell.


“ada aku kisah kau punya warning Head Girl?



Eheh. Nasib lah kau Head Girl,siapa suruh kau kantoikan aku masa tu.














Last edited by lavenderpurple on 2-12-2013 09:34 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2013 11:41 PM | Show all posts
PART 2


2004



“kau nak pergi mana malam-malam ni?”

“aku nak pergi kejar nyamuk kat belakang dewan  Beta tu.”

“ cett. Kejar nyamuk dengan asap rokok ke? Kau hati-hati, nanti kantoi dengan   Lee  Ninja buat naye je.”

“aku dah check lah. Bukan  LEE yang jaga malam ni. Warden lain. Chill lah.”

“aku harap kau balik dengan selamat lah malam ni. Kang kena pelempang Lee terus biol kau. Kau pergi dengan siapa lagi?”

“ aku, Jad, Ayen dengan Wan.”


Malam tu gelap gelita, jadi senang nak menjayakan projek kejar nyamuk dengan asap rokok. Eheh .Dah bertahun dia buat kerja ni, tak pernah terkantoi pun. Sebab tak pernah ada orang report pun. Berani lah nak report. Dia ada aura ‘don’t mess with me’. Senior pun tak berani nak sentuh dia.

Dia tak suka cari gaduh dan tak suka jugak kalau orang cari gaduh dengan dia. Tapi kalau dah ada orang sengaja cari gaduh dengan dia, memang cari bala lah budak tu. Dan tak disangka-sangka yang mencari bala tu Head Girl. Again, it’s head girl. Bukan calang-calang orang.


“Yad, kenapa aku rasa aura kita bakal kantoikan diri malam ni?”

“shut up”

“Yen, mulut kau memang puaka kan. Dah tahu mamat ni jenis macam tu,kau nak jugak redah cakap pasal benda tu.”

“entah. Kau bukan tak tahu Yad paling tak suka dengar perkataan kantoi ni.”

“sori lah Yad. Aku rasa sixth sense aku kuat malam ni”.

“tak ada apa lah aku rasa. Jom sambung projek kejar nyamuk kita.”


Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Dah kena balik bilik ni.  Mata pun tak larat nak bukak dah. Macam dah kena gam aje. Entah kenapa, mata dia  rasa tertarik  aje nak melihat kea rah Dewan Beta yang terletak bertentangan dengan aspuri. Tiba-tiba, dia kelihatan kelibat sekumpulan budak lelaki tengah syok kejar nyamuk dengan asap rokok. Ni kerja korang ye. Itulah , mak bapak hantar masuk boarding school suruh jadi lagi baik bukan jadi lagi teruk.  Ni perangai sorang-sorang macam hantu. Aku kena buat report kat ustaz Lee ni. Biar diorang rasa pelempang Lee yang super duper hebat tu.


Telefon bimbit dalam kocek baju diambil dan matanya terus mencari nama Ustaz Lee.

“assalamualaikum ustaz”

“waalaikumusalam Syahirah. Kenapa? Ada pelajar buat hal kat aspuri ke?

“takdelah ustaz. Ni ha, saya Nampak ada orang kejar nyamuk belakang dewan Beta tu. Ustaz tak nak kantoikan diorang ke?

“oo.. ye ke? Saya pergi sekarang. Diorang ni tak sabar rasanya nak kena pelempang Lee Ninja. Awak nak ikut sekali ke? ”.

“eh, takpe lah ustaz. Saya nak remain anonymous aje.”

Belakang dewan Beta

“korang tak nak balik lagi ke? Dah lewat ni”

“alah Yen, awal lagi ni. Baru dua round kita kejar nyamuk. Tunggu seround lagi kita balik lah.

“entah Yen. Apsal kau tak happening sangat malam ni”

“tak happening tengkorak kau. Aku cuak sebab takut kantoi aje”

“assalamualaikum”


“kenapa aku rasa macam kenal aje suara tu. Macam suara…

“ustaz Lee.”

“memang saya pun yang bagi salam tadi. Ni ye kerja korang selama ni. Dah takdir, ada orang Nampak korang kejar nyamuk kat sini.”

Alamak. Kantoi tak menahan. On the spot tengah kejar nyamuk pulak tu. Patut lah firasat hati ni kuat aje malam ni.

Degil.

“ye ustaz”

“pang!!!”

The rest is history.

Sorang-sorang kena pelempang Lee Ninja.

Memang tak cukup tanah dia akan  cari siapa yang mengantoikan dia punya projek. By any means, dia akan cari.

Memang akan dicari.

Tunggu dan lihat aje.

we' ll see...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2013 10:32 PM | Show all posts
MY HEAD GIRL PART 3


Keesokkannya, satu sekolah tahu Ayad and the gang kena pelempang Lee Ninja. Haru sungguh. Kerja siapalah yang menyebarkan khabar angin yang tak berapa best untuk didengar. Memang Ayad moody aje hari tu.

“Ayad mana? Aku nak Tanya soalan Fizik ni?”

“jangan dekat dengan Ayad hari ni. Silap –silap dengan kau-kau sekali kena letupan gunung berapi.”

“apsal pulak? Soalan fizik ni bukan boleh tangguh-tangguh.”

“ada orang kantoikan dia on the spot semalam masa tengah kejar nyamuk kat belakang dewan Beta tu.”

“adoyaii. Bala datang dari mana pulak ni? Siapa pulak yang berani buat macam tu?”

“entah. Aku pun tak tahu. Kalau aku tahu, mahu aku kejar sampai tak cukup tanah.”

“budak tu memang tak tahu ke dia tengah jemput bala tu datang sendiri kat dia. Aku bet dalam masa seminggu korang akan jumpa siapa yang pedajalkan korang semalam.”


Memang dalam masa seminggu tu, tak ada orang yang berani dekat dengan Ayad pun. Kalau dekat dengan Ayad, tu bala tak berjemput. Wajib dieelakkan.

“Yad, aku dah tahu siapa yang report kat Lee malam tu.”

“siapa????”

“Syahirah”

“come again ? siapa Syahirah tu? Dendam apa dia dengan kita. Dah lah aku tak kenal siapa pun nama Syahirah tu.”

“kalau Syahirah mungkin korang tak kenal tapi Head Girl korang kenal kot.”

“Head Girl?????????????????”

“kalau cari pasal dengan head girl tu macam cari bala aje. Bukan calang-calang orang. Title ‘iron woman’ tu bukan diberi saja-saja. Memang betul pun.”

“ada aku kisah dia tu siapa. Anak menteri ke, anak cikgu. Kalau dah dia yang cari pasal dengan aku dulu, memang nak kena.” Balas Ayad.

“ikut kau lah Yad. Kitorang tak nak masuk campur. Cukup-cukuplah pelempang Lee Ninja aku rasa. Aku tak nak pelempang Syahirah pulak.

Aina Syahirah.

Satu nama yang tak asing untuk pelajar Sekolah Seri Permata. Satu sekolah kenal dia bukan sebab dia tu Head Girl tapi dia punya kejayaan ramai jugak yang mimpi siang. Memang tiada siapa yang berani cari pasal dengan dia sebab memang kalah punya. Satu sekolah tahu dia mahir segala jenis seni mempertahankan diri yang wujud kat dunia ni.Mau kena libas kalau cari pasal tak pun kena hempuk dengan violin dia. Memang all-star student sebab dia berbakat dalam semua bidang. Cakap bidang apa dia tak berbakat,semua dia tahu. Memang kesayangan semua cikgu kat sekolah.


Ramai cikgu sayang tapi ramai pelajar benci jugak sebab garang macam Hitler. Dah lah semua benda kena ikut peraturan. Memanjang aje kena demerit kalau dia yang bertugas. Kesalahan kecil aje tapi demerit bukan kemain. Hampir-hampir bawah tanah aje markah sorang-sorang. Tapi garang macam anak singa pun, ada jugak yang nak.

Amirul Ehsan

Satu sekolah kenal Ehsan. Memang seorang yang peramah. Senior yang baik hati, bijak dan kacak pulak tu. Tapi yang paling buat semua pelajar sekolah tu jatuh rahang, dia suka Aina Syahirah. Bertahun-tahun dia kejar Syahirah akhirnya dapat jugak. Tu pun macam Head Girl tak layan mana aje.


Kelas 4 Einstein


“head girl tu gila apa? Kantoikan aku on the spot pulak tu. Memang menguji kesabaran sungguh.”

“takkan kau tak kenal dia? Dia kan memang gila. Gila nak demerit markah orang. Markah aku dah lah nyawa-nyawa ikan aje. Lepas kena potong sebab kes ni, jawabnya detention class lah aku.”

“sabar Yen, bukan kau sorang. Kita semua bakal masuk detention class plus kena jemur tengah padang dengan lari keliling sekolah.”

“memang terbaik ah pakej kita dapat.”

“3+ 1”.

“Pelempang”.

“detention class”.

“ kena jemur tengah panas”.

“lari keliling sekolah.”


Memang lepas tu kerja Ayad cari pasal dengan Head Girl. Ada saja benda yang buat syahirah naik angin dan masing-masing memang dah isytihar perang. Kalau satu hari tak langgar peraturan memang tak sah. Dah macam rutin harian aje.

“kau ni memang tak ada kerja lain ke selain nak langgar peraturan sekolah? Serius aku dah penat asyik hadap muka kau aje tiap-tiap hari.”

“eh? Dah penat head girl? Biar betul? Ini baru intro aje, belum betul-betul lagi.”

“stupid buffalo”. Guman syahirah rendah

“pardon head girl? Apa yang kau cakap tadi? Aku tak dengar dengan jelas.”

“tak ada apa. Tak penting pun. By the way, jangan lupa detention class esok. Nak kasi kau ni jadi orang bermoral sikit.”

“cett. Bermoral konon. Kau ingat kau tu bermoral sangat ke? Kerja nak cari salah orang aje.”


Argentum block


Rupa Aina Syahirah dah macam ayam berak kapur aje. Moody semacam aje sampaikan roommate dia pun hairan. Selalunya tak macam ni. Gaduh dengan Ehsan ke apa? setahu aku, Ehsan bukan jenis yang suka cari gaduh.

“kau apahal ni? Moody semacam aje? Ada masalah ke?

“bukan masalah dah ni tapi bala. Aku dah tahan nak hadap muka Ayad tu hari-hari. Dia tak bosan ke cari pasal dengan aku. Tahulah aku dah kantoikan dia hari tu.”

“ayad mana ni weh? Batch kita ke?

“batch kita buat apa. Junior kita lah. Budak form 4”.

“Fayyad Zuhair ke? Muka yang mixed mat saleh tu kan?

“amboi kau. Siap nama penuh lagi kau bagi kat aku.”

“mestilah. Jiran setaman aku tu. Parents aku kenal aje dengan mak bapak dia. Setahu aku dia bukan jenis macam tu. Tahan pulak dia cari gaduh dengan kau hari-hari.”

“apsal semua orang tak nak percaya cakap aku? Dia tu total troublemaker tahu tak. Kau tak percaya, Ehsan pun tak percaya. Habis tu, siapa nak percaya aku macam ni?”
                                             
~sedih kan tak ada orang  nak percaya kat kita ??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.290405 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list