Aku tak tau nak letak mane.. tp sbb dia ni Pereka fesyen ummah artis.. jd aku letak je citer ni kat sini..
SYUKURRR ALHAMDULILLAH....KEHADRAT ILLAHI.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat Calvin Thoo, seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya merafakkan segunung syukur ke hadhrat Qadhi Rabbul Jalil kerana Calvin Thoo kini menjadi saudara baru setelah beliau memeluk ajaran Islam di hadapan Ustaz Datuk Ismail Kamus petang semalam.
Calvin sudah lebih 17 tahun berkecimpung dalam industri fesyen dan memiliki jenama sendiri yang terkenal sebagai pereka fesyen artis dalam program seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL.
“Semoga Calvin Thoo terus tabah menghadapi ujian hidup dan terus bergantung kepada Allah Azza wa Jalla.
“Kami para pemuda Islam insya Allah akan senantiasa bersedia untuk menjadi saudara seaqidah dan berperanan sebaik mungkin untuk support saudara Calvin Thoo dalam menghadapi cabaran dunia baru beliau,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, kehadiran Calvin Thoo bersama kalimah toyyibah atau syahadah itu, insyaallah memberi warna dan wajah baru terutamanya dalam dunia reka fesyen.
“Mudah-mudahan selepas ini, negara kita akan terus dicorak oleh pelbagai seni fesyen yang patuh syariah melalui sentuhan pakar reka fesyen tersohor ini,” katanya lagi.
Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh mengharapkan semua pihak menerima baik sekaligus menunjukkan teladan kelas tertinggi buat saudara baru Calvin Thoo.
Ini, katanya akan memberikan ketenangan dan kebaikan buat Calvin Thoo dalam menghadapi hari-hari yang penuh bermakna dalam hidupnya.
“Sekali lagi saya ucapkan tahniah buat Calvin Thoo kerana memilih untuk hidup bersama Islam, sebuah agama yang diturunkan oleh Allah swt, Tuhan yang mencipta manusia dan Tuhan yang Maha mengurniakan rezeki kepada seluruh makhluk-Nya,” ujarnya.
|