CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3273|Reply: 1

Pemilik Lotus kecewa dapat No. 2

[Copy link]
Post time 16-5-2013 09:39 AM | Show all posts |Read mode

RAIKKONEN menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Alonso pada GP Sepanyol di Litar Catalunya, Ahad lalu.


LONDON - Pemilik Lotus, Gerard Lopez memuji persembahan pasukan itu pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Sepanyol di Litar Catalunya, Ahad lalu.

Bagaimanapun Lopez berkata, kekecewaan menyelubungi pasukan itu selepas pemandunya, Kimi Raikkonen menamatkan saingan di tempat kedua di belakang pemandu Ferrari, Fernando Alonso.

Meskipun ramai yang gembira dengan kejayaan tersebut, Lopez tidak dapat menyembunyikan keke- cewaannya selepas pemandu Finland itu sekali lagi menduduki kelompok tiga teratas buat kali keempat musim ini.

Ia adalah perlumbaan ketiga berturut-turut Raikkonen menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas di Bahrain dan China.

"Saya berasa lebih kecewa berbanding gembira.

"Pasukan melakukan tugas dengan baik, jentera sangat menakjubkan. Jadi, anda akan berasa kecewa apabila anda hampir mencatat kemenangan tetapi gagal melakukannya tanpa sebarang alasan.

"Namun, sesuatu yang baik untuk berasa kecewa selepas menamatkan saingan di tempat kedua dan ia menjadi ukuran pencapaian kami.

"Dalam kes kami, kami melihat kekecewaan berkembang bersama-sama dengan jangkaan kami.

"Kami pernah berasa kecewa kerana tidak berjaya mengutip mata. Kami berasa kecewa kerana gagal menduduki kelompok lima terbaik dan kini, kami berasa kecewa kerana gagal dalam pertaru- ngan untuk melakar kemenangan.

"Jadi, ia adalah perkara yang baik tetapi saya turut berasa kecewa dengan apa yang berlaku kepada Romain (Grosjean) kerana kami terlalu ber- harap kedua-dua jentera mengutip mata," kata Lopez.

Grosjean gagal melepasi garisan penamat di Barcelona apabila jentera E21 mengalami masalah.

Ia adalah kali pertama pemandu Perancis itu gagal menamatkan perlumbaan musim ini, sekali gus meleburkan impian untuk menduduki kelompok 10 terbaik




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 10:03 AM | Show all posts
pasal ni bole post kat thread Lotus F1 tu..dah ade
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.052928 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list