rindu nk tinggal jejak kat sini...
rindu nak menjuyah kat sini macam zaman parahmeswara dulu..
rindu ersalina imani...zain hakimi..hady...ikram..zehra....datin skeri..
mrsrezza posted on 28-11-2013 01:20 PM
maybe sebab SHN tu sngat manis kot..tu yg buat kita merindu..
haha sentap lg yer ngn amar...bila ...
yup mmg SHN kak bedah rasa sweet yg mmg terlebih gula tahap diabetes..
lately asyik teringt2 n dok ulang2 tgk pulakss..mak kata penyakit lama dh sampai hehehe
sentap ngan ABA tu mmg sampai mati kak bedah xkan lupa..
mybe satu lg sbb radio ERA dlm 1 hari 5,6 kali putar lagu SHN-Fiq ..
bila kak bedah dgr lagu SHN nie mmg kompem berdiri bulu roma + terus teringt kenangan elzain..
uols x kena cam kak bedah n the gang mmg la x terasa..
xpela kak bedah learn from the past..
Alhamdulillah ABA pun dh sendu lam industri nie
jozanfan posted on 28-11-2013 02:05 PM
mybe satu lg sbb radio ERA dlm 1 hari 5,6 kali putar lagu SHN-Fiq ..
bila kak bedah dgr lagu SHN ...
iols dh lama x dgr era...
yup tu sbb iols cakap iols faham napa kak bedah x leh terima amar..
iols faham n hak masing2 nak suka ke tak kan...
heols kan mmg x nak promosi...heols suka buat kerja belakang tabir je
tp banyak gak drama2 heols skang esp kat astro..
suka tgk karektor heols as adam dlm bila hati perempuan menjerit..
mrsrezza posted on 28-11-2013 02:19 PM
iols dh lama x dgr era...
kak bedah mmg dgr ERA hari2 so, lam 1,2 mggu nie lagu SHN sentiasa keluar..
mmg nostalgia betul la..
satu lg kalau dgr lagu 'AdaMu' Najwa Latiff tu kan mmg memorable betul..
susah jugak nk buang kenangan SHN nie..
nnt kak bedah risik2 ngan makmie for SHN2 yek..
wah utk sapa yg rindu termasuk diri sendiri..
pelakon2 top ten gak...
Izzue Islam, Setia Hujung Nyawa Jadi 'Trending' Carian Google 2013
PETALING JAYA: Pelakon Izzue Islam merupakan antara artis yang paling popular dalam senarai ‘Trending’ (#) sepanjang tahun ini menerusi enjin carian Google.
Laporan Google Zeitgeist 2013 juga menyenaraikan pelakon Emma Maembong menduduki ‘trending’ kedua dan diikuti Syarifah Sakinah pada tempat ketiga.
Bagi kategori siri televisyen pula meletakkan drama bersiri Setia Hujung Nyawa lakonan Amar Asyraf dan Nelydia Senrose pada ‘trending’ pertama diikuti Teduhan Kasih dan Cinta Jannah.
Ketiga-tiga drama ini disiarkan menerusi TV3 sementara Teduhan kasih mendapat rating 3.2 juta penonton.
Bagi kategori filem tempatan pula, KL Gangster 2 antara filem menduduki ‘trending’ pertama diikuti Highland Tower dan Psiko Pencuri Hati.
Google Zeitgeist 2013 dalam kenyataannya turut menyatakan rancangan kanak-kanak Upin & Ipin antara siri televisyen paling ramai di cari menerusi enjin carian Google itu diikuti Running Man dan Ultraman.
Kenyataan itu turut menyebut, kisah kematian pelakon Fast & Furious iaitu Paul Walker pada 30 November lalu mencatatkan jumlah carian paling tinggi manakala penyanyi jalanan dari Indonesia yang menjadi fenomena iaitu Tegar menduduki tempat kedua.
Tempat ketiga pula yang menjadi ‘trending’ ialah rakaman video kisah pemain bola sepak Nor Sharul Idlan Talaha atau Mat Yo dalam insiden kontroversi bersama pengawal keselamatan.
Pelakon Setia Hujung Nyawa Amar Asyraf dan Nelydia Senrose
Statistik Google Zeitgeist 2013 ini dibuat bagi memperlihatkan kata kunci paling tinggi melalui enjin carian Google.
Berikut ini senarai 10 ‘trending’ yang dicatatkan oleh Google sepanjang 2013.