CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20322|Reply: 142

Aku dan Misteri

[Copy link]
Post time 19-4-2013 01:59 PM | Show all posts |Read mode
salam semua..
sebetulnya aku ni silent reader kat sini sejak sekian lama. hari ni aku terpanggil untuk bercerita tentangkisah2 yng pernah aku alami. tidak lah hardcore sgt.. tapi boleh lah kot setakat jadi bahan bacaan santai korang.
aku ni tidak lah ada sixth sense pon..cuma entahlah..sejak kecil, aku memang selalu menerima gangguan dan beberapa penampakan. tambahan pula keluarga aku ni, datuk sebelah mak aku memang seorang bomoh urut dan ada "pakai". keturunan nenek sebelah ayah pulak memang ada saka yg menjaga. jadi secara tak langsung memang selalu jugak lah aku saksikan beberapa kejadian aneh dan pengalaman2 yg boleh aku kongsikan.cumanya sejak aku berkahwin 7 tahun yg lalu, jarang dah aku alami lagi kejadian2 aneh mcm yg aku alami sebelum kawen. alhamdulillah.. sebab aku ni memang penakut tahap dewa jugak lah..

aku mulakan dengan kisah kelahiran aku.
aku dilahirkan di sebuah kampung yg masih mundur pada masa tu. guna khidmat bidan kampung je. hospital jauh. jadi masa mak aku dah ada tanda2 nak bersalin, ayah aku pon jemput lah bidan kampung kami, tok siah untuk datang ke rumah kami. aku lahir selepas maghrib, hari khamis.
selepas agak lama menahan sakit, tiba lah masa untuk emak melahirkan aku. tapi yg susahnya, sebelah tangan aku je yang keluar. puas tok piah berusaha membetulkan kedudukan aku. tapi tak menjadi. akhirnya tok piah bersuara "amboiii..payahnya.. ada yang menahan kau tak bagi keluar ye? nak mintak upah pulak.. " tok piah minta duit syiling 5sen dari ayah dan letakkan dalam tapak tgn aku. tak lama lepas tu aku tarik semula sebelah tgn tu dan lahir secara normal.

selesai tok piah memotong dan mengikat tali pusat serta membersihkan aku, aku pon diserahkan kepada ayah untuk diiqamahkn. selesai je semua, tok piah panggil ayah dan nenek ku ke dapur. dia tanya ayah aku

tok piah : "man, masa aku bersihkan anak kau tadi, apa yang kau dengar?
ayah : "tak ada pulak saya dengar apa2 tok piah. kenapa?
tokpiah : "kau nab(nenek aku)? apa yang kau dengar?"
nenek : "saya pun tak ada dengar apa2"
tok piah : "hurrmmm... masa anak kau lahir tadi, aku nampak bayang ramai orang berserban dgn jubah putih naik atas rumah kau. masa aku bersihkan dia, aku dengar diaorg berzikir dan berzanji. masa kau iqamatkan anak kau, ada suara org2 lain yang ikut sama iqamatkan dia. apa tu man?"
*tokpiah tak nampak dengan jelas kelibat org2 berjubah tu sebab dilindungi dengan tirai kain yang menghalang pemandangan teru dari bilik mak aku ke pintu utama. dia cuma nampak sekilas dari hujung tirai kain yg terselak sedikit.
ayah : saya tak tau apa2 ni tok piah. dengar apa pun tidak..
tok piah: "hurmm.. dan 4 org anak kau sebelum ni aku bidankan. tak pernah pulak jadi mCAM ni. tak apalah.. sepanjang tempoh berpantang isteri kau ni, kau jaga anak dan isteri kau elok2. jgn biar dorg tido berdua aje. biar berteman. selalu perhatikan anak kau.

kata ayah, tok piah macam risaukan sesuatu. 3 hari 3 malam tok piah tinggal bermalam di rumah kami. selepas tu dia balik ke rumahnya mcm biasa. 7 hari, kemudian apa yg dirisaukan tok piah pun menjadi kenyataan...


bersambung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2013 02:06 PM | Show all posts
aisey, tgh syiok bc bole kena sambung plk........................
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 02:07 PM | Show all posts
sambungan mana? apa yg ko kena eh? huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 02:10 PM | Show all posts
Sambung please cerita best
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 02:29 PM | Show all posts
sambung la terus TT....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 02:33 PM | Show all posts
syok citenye.. pat2 smbg
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-4-2013 02:48 PM | Show all posts
sambung..

aku ada sorang bapa saudara. aku gelarkan pak ngah. pak ngah aku ni takde anak. dan agak berduit jugak lah. sebab masa tu dia suami isteri bekerja.. dan dia ada teksi.. hehehe.. zaman tu kalau ada teksi tu dah hebat la.. disebabkan pak ngah aku ni takde anak, jadi dia agak rapat dan salu la manjakan adik beradik aku. seminggu lepas aku lahir tu, pak ngah n mak ngah aku datang. ambil abang2 n kakak aku g fun fair.. mengikut cerita mak aku, dorg bertolak dah dekat maghrib. ayah aku keje bawak lori masa tu, dan kebetulan nenek aku pulak balik sekejap ke rumah dia (dekat je, sepelaung je dgn rumah aku tu pon..)

jadinya bila nenek aku balik rumah dia, pak ngah aku plak bawak adik beradik aku g funfair, tiggalla mak aku sorg je dgn aku.. sepatutnya mak aku tak dibenarkan tido time maghrib.. tapi kata dia haritu dia ngantukkk sangat dan terlelap time maghrib, sebaik aje pakngah dgn adik beradik aku pegi.

sedang mak aku nyenyak tido, tiba2 dia dengar ketukan pintu yang sangat kuat diiringi suara memberi salam. dalam mamai2 tu, dia cuma suruh orang yang ketuk pintu tu masuk. pintu memang tak berkunci. rupanya tok piah yang datang..
tok piah : hah diah(mak aku), kenapa kau panggil aku?
mak : ehhh.. saya tak ada pun panggil mak piah.. saya ni tertidur tadi.. rasa mengantuk sgt.
tok piah : eh.. mat talang (jiram kami) pegi rumah aku tadi.. katanya kau minta tolong aku ke rumah kau.. ada apa yg tak kena ke?
mak : saya takde pun suruh mat talang ke rumah mak piah. saya takde apa2..

sebaik mendengar kata2 mak, mak piah berubah cemas dan mengesyaki sesuatu. dia segera mengangkat tubuh aku (bayi) memeriksa tubuh aku.. mak menjerit bila nampak darah yg banyak pada lampin yang membalut tubuh aku. rupanya tali pusat aku dah terlerai. dan darah keluar dengan banyaknya hingga membasahi kain lampin. mak dah menggelabah. apa lagi.. terus mak piah uruskan tali pusat aku. kata mak piah,nasib aku baik, sebab dia datang cepat. kebetulan ayah aku sampai. apa lagi, memang tadah telinga la ayah aku dengan bebelan mak piah. mak piah suruh ayah aku panggil mat talang datang ke rumah kami.

mak piah : mat..mana kau tahu pasal anak si man ni? sapa bgtau kau?
mat talang : pasal apa mak piah? apa jd dgn anak man? saya tak tau apa.
mak piah : kan tadi kau yg datang ke rumah aku suruh aku tengokkan anak man ni? kata kau diah suruh kau panggil aku"
mat talang : eh mana ada mak piah.. saya ni dari siang tadi ada kat rumah.. takde keluar ke mana. diah pun takde panggil minta tolong apa pun

**aahhhhh sudah.. sampai sekarang kami tak tau sape 'mat talang' yng tolong panggilkan makpiah ke rumah kami. sbb mat talang yg sebenar mmg beria ia menafikan dan disokong pua oleh saksi iaitu anak2 dan isteri beliau yg mengatakan beliau tak keluarke mana2 maghrib itu.
kata makpiah, ada yang mahukan aku. tapi pada masa yg sama, ada yang menjaga aku. jadi, panjang le nyawa aku sampai skrg ni.. hehehehe... tp sedihnye, makpiah meninggal seminggu lepas kejadian di rumh aku ni. meninggal masa tidur. 2 hari sebelum dia meninggal, dia ada melawat aku dan mak. dia pesan suruh jaga aku elok2..

alfatihah buat arwah makpiah





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 02:53 PM | Show all posts
lepas ni aku ceritakan pula peristiwa aneh 2 org adik yg lahir selepas aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2013 03:24 PM | Show all posts
best jugak story nie..mohon TT sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 03:59 PM | Show all posts
best cerita tt..
sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 04:16 PM | Show all posts
dahsyat TT kecik2 lg dh paham cakap org ye.....kehkehkehhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 04:22 PM | Show all posts
mnSK posted on 19-4-2013 04:16 PM
dahsyat TT kecik2 lg dh paham cakap org ye.....kehkehkehhhhh

haaaiipppp...
hehehee.. apa yg aku citer ni adalh berdasarkan pe yg diceriterakan semula pada aku oleh mak ayah aku..
tapi kiranya aku ni kategori baby genius la kot.. muahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 04:28 PM | Show all posts
TT ada apa-apa kelebihan ke? tak sabor nak dengar sambungan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 04:34 PM | Show all posts
maja07 posted on 19-4-2013 04:28 PM
TT ada apa-apa kelebihan ke? tak sabor nak dengar sambungan.

thanks sudi baca cerita aku.. aku ni xde la kelebihan apa2.. cuma ntah ler..sebelum kawen mmg aku kerap juga le aku nampak benda2 yg org lain tak nmpk.. siap saka atuk sebelah mak aku minta nak duduk kat akulagik.. nanti aku citer part ni. tapi sejak aku kawen, benda ni dah makin kurang sikit demi sikit dan akhirnya berhenti terus.. boleh katakan skrg aku takde la lagi nampak atau terima apa2 gangguan atas diri sendiri. cuma perkara2 pelik yg sering berlaku dalam keluarga aku masih lagi berlanjutan sesekali. dan aku berpeluang le tengok atau dengar cerita.. nnt aku citer ek
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
cheesysauce posted on 19-4-2013 04:34 PM
thanks sudi baca cerita aku.. aku ni xde la kelebihan apa2.. cuma ntah ler..sebelum kawen mmg aku  ...

x sabor nii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 05:02 PM | Show all posts
**kisah misteri kelahiran adik aku**

masa aku umo 6 tahun, aku dapat adik. perempuan. aku memang tak suka gile dengan adik aku tu. kalau orang kmpung datang ziarah mak aku n usik konon nk ambik adik aku, dengan besar hatinya aku akan angkat bakul lampin n kain baju adik aku bagi kat dorang. memang aku tak suka sangat. disebabkan agak lama jugak aku jadi anak bongsu, maka bila ada adik, ku rasa cam adik aku tu rampas mak aku dari aku (buruknye perangai aku..hahahah)

sejak adik aku lahir jugak, aku jadi rapat dengan ayah aku lebih dari mak. masa tu abg sulung aku tinggal dgn atuk sebelah mak aku kat kampung lain. abang no2 n kakak tinggal asrama. yg tinggal kat umah cuma abang no3, aku, n adik baru aku tu.
ayah aku keje driver lori. keje dgn tokey cina. dulu dia jarang bawak balik lori ke rumah. tapi bila dah lama keje, tokey dah caya kat dia, so lori tu dah jd mcm kenderaan family.

1 hari ni, ayah aku bawak aku n abang aku g pasar malam. lepas maghrib kitorg pegi. kami lalu kat jalan tanah merah je.. tak ikut jln besar. nak shortcut. sebenarnya kampung aku dulu agak lambat maju. takde lampu jalan bagai. jalan tar pun kecik je. jln alternatif adalah jalan tanah merah yg melalui kawasan tanah sawah. takde rumah org. dan akan lalu kat satu rumah kosong yg dah ditinggal. dah lama tak berpenghuni. kami budak2 kampung mmg tak berani main area situ. sbb mcm2 cerita yg kami dgr dan ada yang kami nmpk endiri. contohnya nampak api terbang, bebola api kejar mengejar kat kawasan rumah tu, lembaga putih melayang2 dan mcm2 lagi... dan selalunya nampak waktu malam la. jlan tu la yg kmi lalu nak pegi pasar malam tu. (ayah aku memang hati kering)

masa ondeway nak pegi pasar mlm tu, mmg takde sebarang kejadian tak diingini. dah siap jln2, kami pun balik. kami melalui jln yg sama. lepas je lalu dpn rumah kosong tu, tiba kami rasa lori yg kaminaik tu berdentum2 kat bahagian belakang. aku rilek je. ayah aku tekan minyak..tapi anehnye lori tu gerak slooowww sgt mcm siput. tak lama pastu lori gerak dah ok..tp dah jd mcm kete kuda plak.. terlompat lompat aku atas seat. betul2 mcm naik kete kuda. last2 ayah aku tengking "jangan main2..aku tak kacau kau, aku cuma nak tumpang lalu bawak anak2 cari makan. jangan kacau aku..!!! otometik lepas ayah aku tengking, lori pun gerak mcm sedia kala dan kami selamat sampai. aku ingat gangguan berakhir dah..rupanya belom abis lagi.. malam nya ada gangguan lebih hebat berlaku..

nanti aku sambung..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2013 05:13 PM | Show all posts
cepat2 sambung ye puan tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 05:24 PM | Show all posts
sambung..

malam tu aku tidur awal. letih jalan kat pasar malam. mak, ayah, adik, abang dan aku tido dalam satu kelambu. rumh kami rumah kmpung. jadi tidur dlm kelambu adalah satu kebiasaan. banyak nyamuk koo.. kawasan sawah lak tu.. malam tu dalam kul 1 pagi, ayah aku dengar bunyi orang berlari2 atas bumbung rumah. dia sangka kan ada pencuri. keluar bawak lampu suluh. suluh sikit2 atas bumbung. tapi takde apa. baru tutup pintu tiba2 ada orang ketuk pintu. ayah aku standby dgn  parang panjang.. kat kampung zaman tu mana la ada org bertandang kul 1 pagi..lain la mcm zaman skrg.. bila buka pintu, takde pape.

baru ayah nak baring balik, dengar bunyi berdentum-dentum dalam perut lori. 2 3 kali berulang2 ayah bukak pintu n siap intai lagi. ayah dah naik risau. takut ada org apa2kan lori tu.maklum laa.. lori tokey.. kalau rosak susah.. buka pintu check kat lori, takde pape. last2 ayah tido dalam lori dengan pegang parang panjang sebab dia risau ada orang nak apa2kan lori tokey tu.(walaupun dia dapat rasa yang mganggu tu bukan orang) sebab kami bukan org senang nak ganti ke repair ke kalau rosak.

tinggalla mak aku, abang, adik n aku dalam rumah. dalam kul 3.30 mcm tu, ayah aku dengar mak aku lungkn "Allah hu Akbar" cepat2ayah aku keluar dari lori nak masuk dalam rumah. masa tu le ayah aku nmpk ada makhluk berbulu hitam. lutut makhluk tu aje dah sama tinggi dengan bumbung rumah aku. ketinggian makhluktu membuatkan ayah tak nampak wajah dia dalam gelap malam.. cuma ayah kata dia nampak sayup2 sepasang mata merah saga merenung dia mcam marah sangat. nasib baik ayah aku ni jenis ada ilmu sikit2.. so dia settlekan makhluk tu n masuk dalam rumah.

ayah : kenapa ni mak nya?
mak : ada orang bulu hitam macam monyet nak ambik adik (adik aku masa tu masih dlm pantang) tapi tak dapat. dia tak dapat nak buka kelambu.

rupanya masa ayah aku tido dalam lori tu, benda tu dah masuk dalam rumah. mak aku mimpi ada pompuan baju putih cantik sangat buat bahasa insyarat tunjuk2 kat adik aku. mcm minta adik aku tu dari mak aku. tapi mak aku tak bagi. lama dia mintak x dapat. dia cuba nak masuk dalam kelambu tapi bila dia pegang dan nak angkat kain kelambu tu, kelambu tu mcm berat sgt pada dia. lama2 dia transform jadi makhluk berbulu hitam mcm monyet dan bertaring dan bermata merah. mak aku terjaga dari mimpi dan nampak benda tu betul2 ada kat situ. mak aku laung Allah hu Akbar, makhluk tu terus hilang. makhluk tu le jugk yg ayah aku nnampak kat depan pintu rumah tu.

ayah aku kata masa dia nak tinggalkan kami dalam kelambu tu, dia tak tinggal kosong je.. dia dah ada baca2.. sebab tu benda tu tak lepas nak ambik adik aku.. nasib baik.. kalau tak, tak pasal2 adik aku jadi anak angkat dia.. hahaha..

cerita ni cuma mak aku cerita balik kat kami masa aku dah keje.. adik aku tu pon dah besar panjang..dah boleh kawen..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 09:19 PM | Show all posts
waaaa mcm x cya...cete2 mcm ni wujud....seram wei...............lau aku lah kat tmpat mama kmu....x tau nak buat pe...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 11:40 PM | Show all posts
citer lagi...besh gak neh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.166631 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list