CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6487|Reply: 60

Apakah Benar........

[Copy link]
Post time 11-4-2013 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Bahawasanya Syurga atau Neraka yang bakal kita perolehi 'disana' kelak, sudah pun ditentukan/ditetapkan didalam LUTH MAHFUDZ kita?

Minta PENCERAHAN dari yang ariff.....









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2013 12:36 PM | Show all posts
bukan telah ditetapkan tetapi telah tertulis di lauh mahfuz

Al-Haj ayat 70
"Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz); Sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah."
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 01:49 PM | Show all posts
Correct.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 04:28 PM | Show all posts
       ada hadis yg berkaitan dgn perkara ini iaitu :-

*** perlu kita ingat bahawa orang islam perlu percaya kpd qada' & qadar dan doa adalah senjata orang mukmin, oleh itu kita perlu berusaha menjadi ahli syurga disamping berdoa mohon kpd Allah swt dijauhkan segala azab siksa neraka --- ini pendirian ahlis sunnah wal jamaah

          1.Riwayat Imam Bukhoriقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُعْرَفُ أَهْلُ الْجَنَّةِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَلِمَ يَعْمَلُ الْعَامِلُونَ قَالَ كُلٌّ يَعْمَلُ لِمَا خُلِقَ لَهُ أَوْ لِمَا يُسِّرَ لَهُ
Telah berkata seorang lelaki: Wahai Utusan Allah! Adakah boleh dikenali ahli syurga berbanding ahli neraka ?
Sabda RasuluLLaah : Ya
Katanya lagi (lelaki itu): Maka untuk apakah beramalnya orang-orang yang beramal?
Sabda RasuluLLaah: Setiap orang akan beramal untuk apa yang telah Allah tetapkan untuknya

2.Riwayat Imam Muslim
عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قَالَ
قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعُلِمَ أَهْلُ الْجَنَّةِ مَنْ أَهْلِ النَّارِ قَالَ فَقَالَ نَعَمْ قَالَ قِيلَ فَفِيمَ يَعْمَلُ الْعَامِلُونَ قَالَ كُلٌّ مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لَهُ
Terjemahan hampir sama dengan riwayat Imam Bukhori diatas

Setiap amalan sama ada perbuatan atau ucapan kata seseorang hamba Allah itu boleh menjadi tanda ke atas dirinya sendiri sebagai ahli syurga atau ahli neraka. Kecenderungan dan minatnya juga boleh menjuruskan dirinya menjadi penghuni syurga atau neraka di akhirat nanti. Orang-orang kafir dan munafiq memang akan ke neraka. Manakala orang-orang Islam yang melakukan @ cenderung hati ke arah kebaikan sudah tentu bekal menjadi ahli syurga.

Manakala mereka yang melakukan maksiat @ cenderung hatinya ke arah maksiat maka sudah tentu akan ke neraka bagi membalas segala dosa mereka. Mereka sudah tentulah pencuri, penzina, perasuah, penjudi, peminum arak dan lain-lain pengamal dosa. Mereka barangkali orang-orang yang kita kenal peribadinya atau kita tahu fe’elnya. Selama mereka tidak bertaubat dan tidak diampun Allah akan dosa-dosa mereka maka mereka tetap ahli neraka.

Ahli-ahli syurga pula sudah tentu mereka yang taat kepada perintah Allah, hamba-hamba Allah yang soleh dan mendapat rahmat / keampunan-Nya. Mereka juga dapat dikenali melalui kerja buat dan ucapan seharian mereka. Sudah tentu laku perbuatan bakal ahli syurga dan neraka dapat dikenali, dicam dan dibezakan semasa hidup di dunia ini lagi. WalLahu a’lam bissowaab.

Ya Allah jauhilah kami dari siksaan neraka.

sumber :  http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/30/mengenali-ahli-syurga-dan-neraka/




Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 06:19 PM | Show all posts
yang i tau

ada   faktor

a) RAHMAT ALLAH
b) amalan kita  - yg diterjemah sebagai berat timbangan catatan buku amalan kita
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 11:52 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Nabi Adam AS adalah penghuni syurga, di turunkan ke bumi sebagai khalifah untuk mentadbir makhluk-makhluk bumi dan seterusnya mencari jalan pulang kembali ke syurga. Kampung halaman kita adalah Syurga. Bila tiba di bumi Adam AS di tentang dan susahkan oleh musuh azali nya iaitu Iblis.  Begitu juga lah terjadi kepada keturunan nya... sentiasa mendapat halangan dan rintangan untuk mengharungi jalan pulang yang telah di sediakah oleh Baginda Rasulallah SAW. Walau kita berada di landasan yang selamat, ini bukan bermakna kita selamat.... Iblis dan pengikut-pengikut setianya sentiasa mencari peluang memandu kita ke tempat yang hina bersama-sama nya.

Cara hidup menentukan cara mati ...... Last edited by GiQ on 11-4-2013 11:53 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2013 12:01 AM | Show all posts
laxmanall posted on 11-4-2013 04:28 PM
ada hadis yg berkaitan dgn perkara ini iaitu :-

*** perlu kita ingat bahawa orang islam pe ...

Ya Allah jauhilah kami dari siksaan neraka

AMINNNN.....YA ALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 04:23 AM | Show all posts
betui, habes tu macamana cara kehidupan kita di bumi dlm keadaan sudah diketahui kedudukan kita.???

caranya ialah tidak ada apa2 yg berubah....

ikut apa islam suruh, berusaha berdoa dan bertawakkal......

jgnlah kerana dalil di atas, kita berubah untuk tidak follow laluan dunia yg disuruh....kerana ramai yg tidak mahu berusaha atas alasan ini...

padahal Allah suruh buat macam biasa....yakni patuh padaNya

wallahua'lam...
Last edited by ussopp on 12-4-2013 04:25 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2013 05:33 AM | Show all posts
Hadis riwayat Saidina Ali Bin Abi Tholib KW, ia berkata: "Kami sedang mengiringi sebuah jenazah di Baqi Gharqad (sebuah tempat pemakaman di Madinah), lalu datanglah Rasulullah saw. menghampiri kami. Baginda SAW segera duduk dan kami pun ikut duduk di sekeliling Baginda SAW yang ketika itu memegang sebatang tongkat kecil. Baginda SAW menundukkan kepalanya dan mulailah membuat goresan-goresan kecil di tanah dengan tongkatnya itu, kemudian Baginda SAW bersabda: Tidak ada seorang pun dari kamu sekalian atau tidak ada satu jiwa pun yang hidup kecuali telah Allah tentukan kedudukannya di dalam surga ataukah di dalam neraka serta apakah ia sebagai seorang yang sengsara ataukah sebagai seorang yang bahagia.

Lalu seorang lelaki tiba-tiba bertanya: "Wahai Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak sebaiknya kita berserah diri kepada takdir kita dan meninggalkan amal-usaha?"

Baginda SAW bersabda: Barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang berbahagia, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang berbahagia. Dan barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang sengsara, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang sengsara.

Kemudian Baginda SAW melanjutkan sabdanya: Beramallah! Karena setiap orang akan dipermudah! Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang berbahagia, maka mereka akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang bahagia. Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang sengsara, maka mereka juga akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang sengsara. Kemudian Baginda SAW membacakan ayat berikut ini:" Adapun orang yang memberikan hartanya di jalan Allah dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya jalan yang sukar"  (Sahih Muslim)

Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullahu berkata: “Sesungguhnya kehendak para hamba tergantung kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala. Tidaklah mereka berkehendak kecuali atas kehendak Allah Rabb semesta alam. Manusia tidaklah menciptakan amal perbuatannya sendiri. Amal perbuatan mereka adalah ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sesungguhnya takdir baik dan takdir buruk semuanya dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sesungguhnya azab kubur benar adanya, pertanyaan malaikat kepada penghuni kubur benar adanya, hari kebangkitan benar adanya, penghitungan amal di hari kiamat benar adanya, Al-Jannah dan An-Nar benar adanya, dan hal lainnya yang disebutkan dalam Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam serta disampaikan melalui lisan para ulama di segenap negeri kaum muslimin (benar pula adanya).”  (Manaqib Asy-Syafi’i, 1/415)

Ada sedikit persoalannya, yang mana dulu? takdir atau waktu? Jika takdir dulu, sila sertakan dalil. Jika waktu dulu, sila sertakan dalil.

















Last edited by Aahil_adha on 12-4-2013 05:39 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 09:52 AM | Show all posts
ussopp posted on 12-4-2013 04:23 AM
betui, habes tu macamana cara kehidupan kita di bumi dlm keadaan sudah diketahui kedudukan kita.???
...

persoalan persoalan macam ni bukankah  selalu dibincangkan oleh 4 aliran pemikiran muktazilah ,  etc etc tu  yang wujud semasa pemenrintahan khalifah khlifah yg terkemudian ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2013 10:59 AM | Show all posts
ADIL itu milik mutlak PENCIPTA........

Bagaimanakah dapat kita relatekan ADIL TUHAN itu dalam konteks DIA sudah SEDIA tahu syurga atau neraka yang bakal diduduki oleh hamba2 yang DICIPTANYA dihari akhirat kelak(seperti yang dah termaktub dalam LUTH Mahfudzh) individu...... Sedangkan ada ayat juga yang menyebut semua yang lahir itu bersih suci...sehingga ibu bapa yang memanjusikan atau menasranikan bayi tersebut...?


Saya semakin confuse......

Last edited by BEETLEJUICE on 12-4-2013 11:00 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2013 11:06 AM | Show all posts
ussopp posted on 12-4-2013 04:23 AM
betui, habes tu macamana cara kehidupan kita di bumi dlm keadaan sudah diketahui kedudukan kita.???
...

Adakah rujukan rujukan dalam kitab mana mana yang boleh berikan some comfort pada individu yang dah termaktub dalam LUTH MAHFUDZ mereka bahawa mereka bakal menjadi penghuni neraka?.....walaupun memang benar mereka tidak ada cara untuk mereka ketahui akan nasib mereka yang telah Di LUTH MAHFUDZKAN oleh PENCIPTA?

Is this LUTH MAHFUDZ reversible?

Pening pening........
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 02:52 AM | Show all posts
BEETLEJUICE posted on 12-4-2013 10:59 AM
ADIL itu milik mutlak PENCIPTA........

Bagaimanakah dapat kita relatekan ADIL TUHAN itu dalam kon ...

ini tidak ada kena mengena dengan keadilan Tuhan atau tidak....bukan bermakna jika Tuhan tahu maka jadi tidak adil...

ini hanya menunjukkan Allah itu sempurna, sebab kalo Tuhan tidak tahu, maka kita akan kata Allah ada kekurangan pula...



Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 02:53 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 12-4-2013 09:52 AM
persoalan persoalan macam ni bukankah  selalu dibincangkan oleh 4 aliran pemikiran muktazilah ,  e ...

yap.....

depa lupa bahawa guideline sudah ada tentang cara hidup, so buatpa tanya lagi....?

yg takdir tu biarlah, yg penting guideline suruh hidup mcm biasa...

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 02:59 AM | Show all posts
BEETLEJUICE posted on 12-4-2013 11:06 AM
Adakah rujukan rujukan dalam kitab mana mana yang boleh berikan some comfort pada individu yang da ...

takda comfort2...yg dah jadi penghuni neraka padan muka, dok diam dan tunggu saja lah...sila tunggu...saja...

boleh cenggitu???

sebenarnya,
apa yg tertulis di luh mahfuZ, bukan rujukan kita nak hidup....

rujukan kita nak hidup adalah guideline sekarang yakni islam....anda buat itulah....bila berdosa minta ampun...itu cara kita.

yg pi rujuk di luh mahfuz buatpa.....dah la kita tak tahu apa yg terjadi,

mana ada dalam islam suruh rujuk luh mahfuz.....ini bukan sunnah....


Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 05:32 AM | Show all posts
Allah ciptakan jin dan manusia utk mengabdikan diri kpdNya
Dh ditetapkan dua tempat: balasan baik di syurga dan buruk di neraka
Maka, kita pilih la mana kita nk pi...nk pilih mcm mane?
- kna la baca kitab yg diturunkanNya kpd pesuruhNya

p/s: Lbh ramai yg 'tetap'kan ikutannya akan Yakjuj dan Makjuj...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2013 10:59 PM | Show all posts
BEETLEJUICE posted on 12-4-2013 11:06 AM
Adakah rujukan rujukan dalam kitab mana mana yang boleh berikan some comfort pada individu yang da ...

fuh
soalan kamu???

kamu ni ada ilmu niii...cuma masih dalam kesangsian je kannn
yg terbaik sekarang
cuba kamu sendiri luahkan
atau kasitau apa yg dalam hati dan akalmu tuuu

aku pun nak dengar gak
manalah tahu ada pengajaran bagiku juga

tq, wasalam


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 09:11 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 13-4-2013 05:32 AM
Allah ciptakan jin dan manusia utk mengabdikan diri kpdNya
Dh ditetapkan dua tempat: balasan baik d ...

How can we argue on the point that setiap anak Adam yang dilahirkan keatas muka bumi ini ibarat kain putih?...when on the actual fact...nasib kita samada bakal jadi penghuni neraka atau syurga disana nanti TELAH PUN SEDIA TERMAKTUB didalam LUTH MAHFUDZ kita ketika ROH ditiup kan for the very first time kedalam jasad kita semasa didalam rahim ibu?

How then can we claim  that all of us started of at birth, on equal footing?

Pening pening.....









Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 09:21 AM | Show all posts
Persoalan Taqdir ialah Ilmu Ghaib yang ada batasannya dalam berhujjah, sebab akal manusia tak sampai (tak akan faham) ilmu Ghaib milik Allah

Allah Maha Mengetahui tempat balasan bagi semua manusia, samada di Syurga atau Neraka. Itu atas ILMU ALLAH yang Maha Luas.

Adilnya Allah, Allah Beri KEBEBASAN kepada manusia  untuk PILIH jalan mana yang kita nak. Manusia yang pilih, BUKAN ALLAH PAKSA manusia untuk pilih, namun Allah Maha Mengetahui apa yang manusia akan pilih, sebab ILMU ALLAH itu MAHA LUAS

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 09:32 AM | Show all posts
BEETLEJUICE posted on 12-4-2013 11:06 AM
Adakah rujukan rujukan dalam kitab mana mana yang boleh berikan some comfort pada individu yang dah termaktub dalam LUTH MAHFUDZ mereka bahawa mereka bakal menjadi penghuni neraka?.....walaupun memang benar mereka tidak ada cara untuk mereka ketahui akan nasib mereka yang telah Di LUTH MAHFUDZKAN oleh PENCIPTA?

Is this LUTH MAHFUDZ reversible?

Pening pening........

Ada taqdir yang boleh berubah...
Ada taqdir yang TAK berubah...

Semua itu dalam ILMU ALLAH yang MAHA Luas. Allah dedahkan sebahagian kecil dari ILMU GHAIB, untuk memperlihatkan betapa BENARnya Ilmu Allah.

Surah Al-Lahab diturunkan semasa Abu Lahab masih hidup. Surah tu menjelaskan Abu Lahab ahli neraka. Sampai ke sudah Abu Lahab tak masuk Islam. Ini antara contoh Ilmu Ghaib yang didedahkan oleh Allah.

Ada 10 sahabat Nabi yang diberi berita gembira ahli Syurga semasa di dunia lagi, ini pun antara berita ghaib (taqdir) yang didedahkan oleh Allah. Yang peliknya, 10 orang tu bukannya duduk bersenang-lenang bila dah tahu ahli syurga, mereka tetap menjalankan tanggungjawab sebagai orang yang beriman. Allah Maha Mengetahui, bila 10 orang ni diberi berita baik, mereka tetap istiqamah....

Allah Maha Mengetahui setiap pilihan yang akan dibuat oleh setiap manusia.

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.116165 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list