Tampil menawan seperti golongan selebriti pasti menjadi idaman ramai. Persoalannya, sejauh manakah anda sanggup pergi untuk memiliki kecantikan yang mereka miliki? Ini kerana kebiasaanya golongan selebriti ini sanggup mengamalkan diet ketat. Lihat sahaja diet yang diamalkan oleh lima selebriti berikut:-Fazura Pelakon jelita, Fazura punya cara tersendiri untuk tampil menawan. Selain menjaga pemakanan dengan mengambil makanan berkhasiat, pelakon ini juga makan jamu untuk kecantikan wajah. Setiap pagi dia akan minum teh hijau sebelum bersarapan. Teh hijau kaya dengan antioksidan yang boleh menghalang radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan.
Selain itu, Fazura juga minum air sebanyak lapan gelas sehari bagi membuang toksin dalam badan. Biarpun sangat mengambil berat tentang bentuk badan, Fazura tidak akan meninggalkan waktu makan semata-mata untuk kurus. Sebaliknya, dia memperbanyakkan buah-buahan dalam diet harian, elakkan makanan ringan serta ambil hidangan makan malam sebelum jam 8.00 malam. Jika berasa terlalu lapar di waktu tengah malam, Fazura akan minum coklat panas atau susu untuk mengalas perut.
Satu lagi cara yang mungkin boleh anda ikuti ialah, Fazura mengamalkan pengambilan vitamin untuk menambah tenaga mahupun menjaga kecantikan kulit. Antara vitamin yang diambil oleh Fazura ialah Vitamin C, E dan B kompleks.
Beyonce Knowles Penyanyi antarabangsa ini punya cara tersendiri untuk mengawal pola pemakananya dengan baik. Apa yang GUA tahu, Beyonce tidak akan sesekali meninggalkan sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam. Untuk mengelakkan rasa lapar di antara waktu makan, Beyonce sering membawa makanan kering berkhasiat seperti kekacang dan aprikot untuk mengalas perut.
Hidangan snek ini selain daripada rendah kalori ia juga mempunyai rasa yang lazat.
Bagi mengelakkan dirinya terlebih makan, Beyonce sering membawa diari diet untuk merekodkan semua makanan yang telah diambil pada setiap hari.
Kim Kardashians Kim mengamalkan Diet Paleo yang melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian. Selain itu, Kim juga tidak mengambil makanan ringan untuk hidangan snek. Sebaliknya dia makan kekacang. Untuk sarapan pagi, Kim gemar mengambil hidangan berkhasiat seperti smoothie yang diperbuat daripada buah-buahan segar, mentega kacang dan juga serbuk protein bagi memastikan perutnya kenyang sehingga waktu makan tengahari.
Lisa Surihani Dek kerana ramai yang mula bertanyakan tentang berat badannya yang semakin berisi, baru-baru ini Lisa Surihani berkongsi cerita yang dia mahu mengamalkan 'Dukan Diet' seperti yang dipraktikkan oleh kebanyakan wanita Perancis, termasuk isteri kepada Putera William, Kate Middleton.
Jelas Lisa, dia mahu mengamalkan diet yang diasaskan doktor dari Perancis, Pierre Dukan itu setelah berat badannya melebihi berat badan ideal. Hendak tahu bagaimana diet ini diamalkan? Diet Dukan memerlukan pengamalnya menitikberatkan pengambilan protein yang disertakan dengan senaman sihat. Pengamal perlu melalui empat fasa diet iaitu The Attack, The Cruise, The Consolidation, dan The Stabilization untuk hasil terbaik.
Untuk fasa The Attack, pengamal diet ini perlu mengambil makanan tinggi protein selama 10 hari pertama. Antara makanan yang boleh diambil ialah daging, ikan, telur, produk tenusu, dan bijirin. Fasa The Cruise bertujuan untuk menurunkan berat badan, jadi perlu makan banyak sayur-sayuran serta makanan berprotein tinggi seperti di fasa pertama selama 10 hari.
Fasa The Consolidation pula bertujuan untuk pertahankan berat badan, jadi selain mengambil makanan seperti di fasa The Cruise, pengamal juga boleh makan pasta, roti dan buah-buahan. Masuk ke fasa terakhir, pengamal diet boleh makan sesuka hati selama seminggu. Tetapi hanya makanan yang dibenarkan untuk fasa pertama sehingga ketiga.
Nicole KARA Bintang Korea ini mengakui dia mengamalkan diet Danish untuk mendapatkan bentuk badan idaman. Diet yang diperkenalkan oleh Royal Danish Hospital ini tidak membenarkan pengambilan karbohidrat. Sebaliknya perlu mengamalkan pengambilan protein tinggi dan kalori rendah selama 13 hari. Protein yang diambil juga harus daripada sumber haiwan. Jadi,Nicole melebihkan pengambilan daging berbanding makanan lain. Bagaimanapun, daging yang diambil itu mestilah bebas daripada lemak.
|