CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2012|Reply: 0

Karen Gillan jadi hantu lawak

[Copy link]
Post time 9-4-2013 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Pernah dianggap sebagai antara pelakon Britain paling seksi, tetapi gambar terbaru Karen Gillan membayangkan dia sebenarnya lebih memerlukan seorang ‘doktor.’


Di sebalik keayuan Karen, gambar terbarunya memang mengerikan - dengan gigi yang mereput dan wajah berkeruping.


Bekas pelakon siri Doctor Who itu disolek untuk menjadi seolah-olah mayat hidup dan sangat memerlukan rawatan kulit serius.

Bagaimanapun, itu semua hanyalah untuk sementara kerana Karen sedang menyiapkan iklan kosmetik untuk sebuah program komedi di Amerika Syarikat.



Karen mencipta kemasyhuran sebagai Amy Pond dalam siri The Nerdist kelihatan benar-benar menghayati wataknya untuk iklan Z’Ombéal: Walking Dead Skin Care baru-baru ini.

Menggunakan suara latar belakang, Karen, 25, bertanya: “Apabila anda belum mati, adakah itu bermakna anda berkompromi dalam kecantikan? Jangan sekali-kali.





JURUSOLEK mengubah wajah Karen.




“Kulit hidup baru daripada Z’Ombéal. Dengan lebih daripada 50 peratus sel hidup, anda akan dapat kulit yang boleh dirasakan kesuburannya. Kulit dalam bentuk yang mungkin sepatutnya.”

Karen menjadi popular serta-merta apabila dia muncul sebagai pembantu utama Doctor Matt Smith ke-11 pada Mei 2009.

Di skrin, dia muncul kali pertama dalam episod The Eleventh Hour bersama sepupunya, Caitlin Blackwood, dengan membawa watak diri sendiri ketika muda.




Karen membintangi musim ketujuh The Eleventh Hour dan melakar nama dengan cemerlang di AS, tetapi dia dan suaminya, Rory dilakonkan oleh Arthur Darvill kemudian diketepikan daripada siri berkenaan.

Bos Doctor Who, Steven Moffat baru-baru ini berkata, kedua-dua watak itu tidak akan dihidupkan semula untuk ulang tahun ke-50 akhir tahun ini kerana ia telah “mati dan ditanam.”

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.043849 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list