CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1619|Reply: 13

[Tempatan] TIBAI jangka Nik Aziz bilang penerima 1pad menatang

[Copy link]
Post time 9-4-2013 09:58 AM | Show all posts |Read mode
PRU-13: TIBAI jangka Nik Aziz akan label penerima komputer riba sebagai haiwanOleh AZRAN FITRI RAHIM
NOR Zahidi Omar (dua dari kanan) menyampaikan pelekat Tukar kepada wakil persatuan pemandu lori ikan pada majlis ceramah umum di hadapan Kampung Geting di Pengkalan Kubor, Tumpat malam tadi sambil disaksikan oleh Zahid Mat Arip (kanan). - UTUSAN

TUMPAT 9 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka menyifatkan anak-anak yang akan menerima bantuan komputer riba yang dijanjikan oleh Barisan Nasional (BN) dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti sebagai 'haiwan'.
Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Mat Arip berkata, tindakan tersebut tidak pelik kerana Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini pernah menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai haiwan.
Beliau berkata, sememangnya sikap pemimpin Pas, terutama Nik Abdul Aziz, untuk memandang remeh setiap usaha yang dilakukan oleh BN untuk membantu rakyat.
"Saya yakin BN akan dapat melaksanakan manifestonya untuk memberi komputer riba kepada para pelajar. Rekod telah membuktikan bahawa BN telah menunaikan semua janji-janjinya sebelum ini.
"Oleh itu, saya jangkakan usaha BN untuk memberi komputer riba kepada para pelajar akan dipandang remeh oleh Nik Abdul Aziz, dan saya yakin anak-anak kita yang menerima komputer riba itu akan dianggap seperti haiwan seperti mana yang dilakukannya terhadap penerima BR1M," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Ceramah Umum Rahsia Besar Anwar di Kampung Geting di sini malam tadi.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Nor Zahidi Omar dan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad.
Pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang itu, seramai 98 pemandu lori ikan di kawasan tersebut menerima pelekat 'T', iaitu logo Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar) untuk ditampalkan di kenderaan mereka.
Ia adalah manifestasi kumpulan tersebut untuk menolak Pas daripada terus memerintah negeri ini.
Sementara itu, Zahid meminta Nik Abdul Aziz supaya berhenti daripada memperbodohkan rayat dengan pelancaran projek-projek mega.
"Bagi saya Nik Abdul Aziz cetek pengetahuannya, kerana sebelum ini beliau melancarkan pecah tanah projek stadium baharu Kelantan yang bernilai kira-kira RM300 juta. Beliau juga menyatakan bahawa stadium tersebut terbaik di dunia.
"Saya hendak memberitahu di sini bahawa stadium terbaik dunia adalah Stadium Sarang Burung di China yang melibatkan kos sebanyak RM1.4 bilion. Apakah dengan nilai RM300 juta kita dapat membina sebuah stadium yang terbaik di dunia?
"Jadi berhentilah memperbodohkan rakyat dengan janji-janji kosong dan bagi saya majlis pecah tanah ini tidak lebih sekadar untuk menambah koleksi batu asas di negeri ini," katanya.
Pada masa yang sama, beliau terkejut dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor terhadap ceramah tersebut.
Katanya, ia membuktikan bahawa rakyat negeri ini mahu berubah dan menolak kerajaan Pas Kelantan.
"Saya pernah datang berceramah di sini tetapi yang datang hanya sekitar 400 orang tetapi keadaan hari ini amat berbeza, lebih 3,000 orang yang hadir," katanya. - UTUSAN ONLINE

"Menurut kata2 Zahid dalam petikan berita di atas", sambutan yang diberikan oleh penduduk kawasan tersebut dan secara am nye negeri tersebut.. mahu berubah.?  Benarkah?? Benarkah rakyat negeri tersebut akan "mengubah dan pecah tradisi dalam PRU 13 nanti??? Mungkin hanya segelintir saja. ... almaklum mereka dah lama dalam "takuk yang lama dah sama" selama 20 tahun...... so Renung2kan  dan Fikir2kan....




Last edited by anggunsri on 10-4-2013 01:07 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2013 10:00 AM | Show all posts
apa punya bodo punya tred. prffthhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 10:01 AM | Show all posts
Otosun lagi .....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 10:06 AM | Show all posts
aku nak IPAD laptop tak leh pakai jari susah nak main angry bird
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 11:21 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 9-4-2013 10:01 AM
Otosun lagi .....

biasalah ..otusunnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 11:21 AM | Show all posts
kasibiman posted on 9-4-2013 10:00 AM
apa punya bodo punya tred. prffthhhhhhhh

buat apa nak msuk kalau dah thread nie bodo.....


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2013 11:22 AM | Show all posts
kasi laptop kt anak-anak tp yg nk mengundinye makbapak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 11:23 AM | Show all posts
annehuda posted on 10-4-2013 11:22 AM
kasi laptop kt anak-anak tp yg nk mengundinye makbapak...

biasalah mak bapak buat apa. ..dah boleh leh ipad, iphone, tablet
anak2 ni biasalh kena di bantu

mak bapak mestilah kena gi undi.. x kisah la undi parti mana... janji lalkukan tanggungjawab


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2013 11:45 AM | Show all posts
"Sementara itu, Zahid meminta Nik Abdul Aziz supaya berhenti daripada memperbodohkan rayat dengan pelancaran projek-projek mega."


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 11:51 AM | Show all posts
TT, hang tukaqlah tajuk nun bubuh ala2  'TIBAI jangka Nik Aziz bilang penerima 1pad menatang"...baru havoc sket...ni pikir2 renung2..buhsannn...tajuk mau powerrrlahh.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 01:06 PM | Show all posts
melia_star posted on 10-4-2013 11:51 AM
TT, hang tukaqlah tajuk nun bubuh ala2  'TIBAI jangka Nik Aziz bilang penerima 1pad menatang"...baru ...

oooh yer ke?? bagus gak tue...
gempaq sikit eh...

almklum idea spontan je...tulis tajuk tue.. heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 01:14 PM | Show all posts
Sampahhhhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 09:38 AM | Show all posts
takde sangat isu da nie....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 10:14 AM | Show all posts
bile thread kene kat kepale nik ajis dikira bodoh la, tapi kalo thread sanjung nik najis mcm dewa baru dikira pandai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.064837 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list