CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2003|Reply: 0

Konflik Shia LaBeouf, Alec Baldwin makin panas

[Copy link]
Post time 9-4-2013 08:19 AM | Show all posts |Read mode
Persengketaan antara pelakon filem Transformers, Shia LaBeouf dan aktor filem 30 Rock, Alec Baldwin, 55, dikatakan semakin panas kerana LaBeouf menganggap Baldwin menjadi punca dia dising­kir dari berlakon dalam Orphans dikendalikan produksi Broadway.


Sumber yang rapat dengan pelakon muda itu memberitahu RadarOnline.com, LaBeouf semakin membenci Baldwin kerana menjadi penyebab dia tidak lagi dapat bekerja dalam pementasan itu.


"Dia tidak dapat membayangkan sesiapa lagi yang mengadu dengan pengarah mengenai prestasinya bekerja kecuali Alec. Dia berpendapat, Alec berjumpa pengarah, Daniel Sullivan dan memaklumkan mereka perlu mencari pengganti LaBeouf sebelum tarikh pementasan.



"Baldwin selalu beranggapan LaBeouf tidak mampu berlakon teater kerana tidak mempunyai pengalaman, namun dia salah. LaBeouf pernah membuat pementasan teater dan bukan sekadar bintang filem seperti didakwa Baldwin.

"LaBeouf bersumpah tidak akan bekerjasama de­ngan Baldwin lagi. Dia meng—anggap Baldwin pelakon yang tidak profesional dan suka membuli pendatang baru," katanya.


LaBeouf menarik diri dari pementasan itu seminggu sebelum ia dipentaskan dan selepas mengakui ada masalah komunikasi dengan pelakon pembantu.

"Saya sangat ghairah mencapai impian dan memberi sepenuh komitmen pada setiap kerja diberikan. Namun saya dan Baldwin mempunyai masalah peribadi, membuatkan saya sangat tertekan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.037639 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list