|
Pengurus Manchester City Roberto Mancini menyatakan pasukan Manchester menakutkan perlawanan mereka manakala Manchester City tidak.
Mancini mengatakan Manchester mempunyai aura yang dipupuk dengan kejayaan mereka selama 20 tahun dan memberi mereka semangat untuk setiap perlawanan.
City menjadi juara untuk Liga Perdana Barclays musim lepas tetapi Mancini mengatakan mereka kekurangan kilauan dan menjadi sebab mereka tidak dapat mempertahankan kejuaraan mereka.
Manchester City kurang 15 mata dari pada Manchester united.
"Tidak ada sesiapa yang dapat bermain dengan baik apabila berdepan dengan United kerana mereka takut." kata Mancini.
"Semua pasukan yang bermain dengan United akan menjadi lemah kerana meraka rasakan perlawanan ini susah dan mereka tidak akan dapat mengalahkan mereka.
"Ia tidak benar - jika kamu dapat menunjuk prestasi yang baik apabila berdepan dengan United, kamu akan dapat mengalahkan mereka seperti mereka mengalahkan kami.
"Tetapi ini biasa sahaja, inilah sukan bola sepak, ini kerana United dapat mengekalkan prestasi mereka.
"Bagi semua pasukan yang bermain dengan mereka, ia amat susah.
"Kami pasukan yang masih baru dan belum lagi boleh dibandingkan dengan United.
"Mungkin 10 tahun akan datang, masih tidak ada yang berubah. Sejarah amat penting."
Peluang City untuk menjadi juara semaking kurang setelah mereka di kalahkan oleh Manchester United di Staduim Etihad.
Mereka mampu berada di kedudukan yang sama dengan Manchester United tetapi kekalahan 3-2 itu memberi mereka kurang enam mata dan tidak dapat peluang seperti itu lagi.
Prestasi Manchester United kekal baik dan setiap kali City membuat kesilapan, United dapat mengambil peluang itu dan mendapat kedudukan ini sekarang.
Peluang Mancini untuk mendapat kejuaraan itu hapus setelah dikalahkan oleh Everton 2-0 bulan lepas.
Matlamat mereka sekarang ialah untuk mendapat kedudukan yang kedua, menang Piala FA dan menunjuk prestasi yang menakjubkan di Old Trafford nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
[img][/img]
Last edited by yingshuang88 on 8-4-2013 12:36 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sir Alex Ferguson menyatakan beliau tidak akan melihat kekalahan 6-1 Manchester United dengan Manchester City musim lepas. |
|
|
|
|
|
|
| |
|