CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8497|Reply: 5

[CARI Info Kiosk] 26/5 2013 HELP MAPCU Organ Donation Run

[Copy link]
Post time 4-4-2013 04:39 PM | Show all posts |Read mode
2013 HELP MAPCU Organ Donation Run
Tarikh: 26 May 2013 (Sunday)
Masa: 7.30 am Start
Lokasi: Padang Merbok, Kuala Lumpur (bersebelahan Lake Garden)


Satu penglibatan = Satu harapan

HELP MAPCU Organ Donation Run adalah satu larian amal 7km yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pendermaan organ di kalangan masyarakat Malaysia. Dengan ini, semua dijemput datang untuk bersama-sama memberi sokongan kepada sesiapa yang namanya berada di senarai menunggu sambil menggunakan peluang keemasan ini untuk menjadi sihat dan cergas.
Tarikh:  26th May 2013 (Ahad)
Masa:    7.30am
Lokasi:   Padang Merbok, KL
Yuran Pendaftaran:  RM30 seorang (100 pendaftar setiap kategori)                                                            RM 35 seorang (yuran biasa)

Kategori: Men Open (18yrs & above)
              Women Open (18 yrs & above)
                  Men IPT/Secondary School (13 yrs & above)
                 Women IPT/Secondary School (13yrs & above)

Hadiah: 3 pemenang pertama setiap kategori
           - Medal, Hamper & Cash – RM300, RM200 & RM 100

            50 finisher setiap kategori
            - Medal, certificate & goodie bag

           Semua finishers  
           - Certificate & goodie bag

*Semua hasil akan dikemukan kepada NGO terpilih.
*Peserta tidak perlu berikrar untuk menyertai larian ini.

Larian ini terbuka kepada semua yang berusia 13 tahun dan keatas. Tujuan utama larian ini adalah untuk menyediakan sebuah platform bagi semua pelari, peminat kesihatan dan mereka yang telah berikrar untuk datang bersama-sama atas sebab yang sama, iaitu untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap isu pendermaan organ serta menunjukkan sokongan kita terhadap isu ini di kalangan rakyat Malaysia. Ingat, ‘anda tidak perlu menjadi seorang doctor untuk menyelamatkan nyawa’. Selain itu, kami percaya bahawa larian amal ini akan bertindak sebagai alternatif untuk mereka yang tidak dapat berikrar atas sebab-sebab tertentu menunjukkan sokongan mereka. Pada hari larian, kaunter akan ditubuhkan untuk memberi maklumat serta bantuan kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pendermaan organ.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai acara kami, sila lawati kami di https://www.facebook.com/HUODD atau email kami di helpodd.2013@gmail.com.

Untuk pendaftaran secara online, sila lawati
http://event.themarathonshop.com.my/help_mapcu_organ_donation_run_2013-list.aspx

Selain itu, anda juga boleh menelefon kami di
0163202163 (Chin Sureen),
0173456978 (Fiona Chen) atau
0177773865 (Ms. Chang).




Dibawah adalah ID rasmi untuk maklumbalas bagi soalan dan pertanyaan:
HELPODD2013


Last edited by cef_admin2 on 22-4-2013 12:31 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2013 09:50 AM | Show all posts
Sebab-sebab kita harus berikrar untuk mendermakan organ kita:
Pada bulan September 2012, sebanyak 15,611 pesakit di Malaysia menantikan penderma organ yang sesuai. Pemindahan organ adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan mereka yang berada di tahap kegagalan organ terminal – samada disebabkan penyakit ataupun kecederaan. Aksi ini memberikan ‘peluang kedua’ kepada beribu-ribu orang setiap tahun. Apabila seseorang individu berikrar untuk mendermakan organ dan tisu, individu tersebut mampu menyelamatkan sebanyak 8 nyawa dan meningkatkan kualiti kehidupan sebanyak 50 pesakit. Antara organ-organ yang boleh diderma termasuk jantung, hati, buah pinggang, paru-paru, pancreas, kulit, tulang, tendon, ligament dan kornea.

Siapa antara kita yang layak berikrar?
Setiap individu berumur 18 tahun dan ke atas boleh berikrar untuk menjadi penderma organ. Mereka yang teleh berikrar dinasihati supaya membincang dan memberitahu tindakan mereka kepada ahli keluarga mereka. Pendermaan selepas kematian adalah diterima oleh agama Islam. Agama lain di Malaysia seperti Buddhism, Hinduism, Sikhism, dan Christianity menyokong pendermaan organ.

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 01:07 AM | Show all posts
Good event, tapi akhir bulan dah join Kidney Run di Putrajaya... Will take a look at it.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 03:23 PM | Show all posts
neymo posted on 8-4-2013 01:07 AM
Good event, tapi akhir bulan dah join Kidney Run di Putrajaya... Will take a look at it.

Saya pun join kidney run. Ala tu bulan ni, Organ Donation Run ni bulan 5. Ok la tetiap bulan join larian.. Ahahaha.. Hujung bulan 6 Standard Chartered.. Yeah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 03:15 PM | Show all posts
yg free xpergi, inikan berbayo
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 08:20 PM | Show all posts
adam belum kawin xboleh derma organ... derma organ masih hidup atau masa dah arwah ek?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.061140 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list