CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36

 Close [Copy link]
 Author| Post time 28-4-2013 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan posted on 28-4-2013 12:21 PM
cer baca balik post 15 and 30.. kisah berkumpul di perpustakaan.. pastu buat rondaan kat sekolah.. ...

Baik mod conan. Sy akn periksa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2013 09:28 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 28-4-2013 12:21 PM
cer baca balik post 15 and 30.. kisah berkumpul di perpustakaan.. pastu buat rondaan kat sekolah.. ...

terima kasih mod conan, ha ah la..memang ada kesilapan...hehehe saya tempek 2 kali...terima kasih banyak2 mod conan sebab sudi baca ceita saya ini.....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 09:31 AM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


                Namun, atuk aku seorang yang cekal hatinya, dia sebolehnya tidak mahu bergantung atau menyusahkan anak-anak. Selagi terdaya, biarlah dia duduk di rumahnya ini walau sudah puas Pak Uda dan emak mempelawa ke rumah. Maklong aku pula, entahlah, walaupun  rumah dia yang paling dekat dengan rumah atuk,  pada Maklong dengan hanya menghantar duit belanja setiap bulan itu sudah memadai. Bukan aku tidak tahu perangai Maklong sejak dia senang sekarang ni lagi susah nak jumpa. Bertuahlah kalau dia nak bertandang lama-lama di rumah atuk.  

                Yang aku tahu, setiap kali dia menghantar duit pada atuk, sikit pun dia tidak sudi masuk ke rumah  atuk. Hanya berdiri di ambang pintu rumah atuk dan terus sahaja dia pulang selepas menyerahkan wang pada atuk. Aku tahu, atuk agak berkecil hati dengan sikapnya sebab aku pernah terdengar atuk meluahkan pada emak satu masa dahulu, tapi aku ni budak lagi, mana boleh mencampuri urusan orang dewasa. Namun, bersyukur juga kerana Maklong masih sudi memberi wang tiap-tiap bulan pada atuk. Paklong ku seorang yang sangat baik. Sangatlah berbeza dia dengan perangai Maklongku. Walaupun atuk hanya ibu mertuanya, tetapi dia sayangkan atuk seperti ibu kandungnya.

                 Sebaik pintu di belakang rumah atuk terbuka, aku dan kembarku lekas-lekas menapakmasuk. Tangan tua itu ku raih, dan menundukkan sedikit kepala ku lantas mengucup tangan itu.  Kembarku dan juga emak turut berbuat perkara yang sama.  
Walaupun dalam mood cuti, yalah musim cuti sekolah sekarang, emak turut membawa pulang baju tempahan para pelanggan setianya. Seperti biasa, tugasku membantunya menjahit tulang belut. Kebetulan tidak lama lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan, secara tidak langsung banyaklah tempahan yang akan di ambil oleh emak. Emak ada memberitahu padaku yang raya tahun ini, dia teringin sangat memakai baju yang sedondon warnanya. Selama ini, baju raya kami hanya siap pada pagi raya.  Mak pula selesa memakai baju dia yang sedia ada. Tahun ini, dia sudah membeli kain pasang untuk kami bertiga.  


Last edited by wipers81 on 29-4-2013 09:36 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 09:40 AM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...



             “ Adik, ko buat karipap pusing dua ratus biji! Mak ingat nak sedekah kat surau kampung petang ni. Kebetulan, diorang kat kampung ni pakat-pakat kongsi nak buat kenduri arwah di surau tuh. Kita pun dah nak balik JB minggu depan.” Arah emak padaku di satu pagi. Aku hanya menganggukkan kepala. Masa sangat pantas berlalu, hampir sebulan kami di kampung. Keputusan PMR akan keluar lapan hari lagi.   

                Patutlah semalam nampak pakcik Buang datang ke rumah. Pakcik Buang merupakan AJK di surau kampung kami.  Dia juga ada pertalian saudara dengan atuk.  Betul juga, dah lama kami tak buat kenduri arwah. Maklumlah faktor kewangan kami tidak mengizinkan untuk kami berbuat demikian. Walaupun arwah bapaku pesara kerajaan, wang pencennya tidak cukup menampung perbelanjaan kami bertiga. Kos sara hidup di bandar Johor Bahru teramatlah tinggi. Mana lagi dengan perbelanjaan sekolah kami, makan minum kami sekeluarga, tidak dikira lagi bil itu dan ini serta sewa rumah hingga menyebabkan emak terpaksa mengambil upah menjahit untuk membantu menampung kehidupan kami sekeluarga di sini. Aku hanya dapat membantu mana yang patut.  Kembarku pula kurang berminat dalam bidang jahitan ini.

                Jarum jam menunjukkan pukul sepuluh pagi, aku keluar ke kedai yang berdekatan dengan rumah atuk untuk membeli bahan-bahan untuk membuat karipap. Inti karipap haruslah dibuat dahulu. Setelah selesai membeli segala yang aku perlukan, aku melangkah keluar dari kedai Ah Chew dan mula menghayun langkah untuk pulang.  Sedang aku asyik berlenggang-lenggok  di bahu jalan,  tiba-tiba kedengaran bunyi  horn  kereta.Kerana terkejut, lantas aku melompat sedikit ke semak. Siapalah yang horn ni? Macam nak gugur jantung aku ni kerana terperanjat yang amat sangat.  Kelihatan sesusuk tubuh keluar dari kereta tersebut sambil tersengih padaku.

                “ Amboi, siap melompat kau dik. Bilalah engkau nak berubah dik? Asyik dengan perangai kalut kau tu. Terkejut sikit, kau dah gelabah.” Sedapnya mulut dia ni kalau bercakap. Anak Pak Uda aku, abang Iman bukan nama sebenar sebab nama sebenarnya Amzar Shahiman Bin Ismail.  

Last edited by wipers81 on 29-4-2013 10:01 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 10:03 AM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


                “ Ish, apelah abang Iman ni?!! Sape yang tak terkejut kalau dah bunyi horn tuh mengalahkan horn lori. Boleh luruh tau tak jantung adik ni!” Amarahku sambil mengurut dada. Nasib baik aku ni takde sakit jantung tau. Kalau tak dah lama aku admitted  ke hospital. Silap haribulan boleh goal  terus aku.

                “ Maaflah, abang tak sengaja. Dah jom, abang hantar balik! Memang abang nak ke rumah atuk pun. Abang dapat tahu Makngah balik sini, tu yang abang singgah.  Lagipun lama tak jumpa korang. Rindu tau tambah-tambah dekat adik sayang abang ni.” Sempat lagi dia mengenyitkan matanya padaku. Rindulah sangat. Yelah tu…..tapi aku tak tanya pun…ahaks.

                “ Mata abang Iman tu dah kenapa?  Masuk habuk ke asyik terkenyit-kenyit dari tadi.” Dia tergelak besar. Tanpa berlengah, aku melangkah masuk ke dalam keretanya.  Perlahan kereta itu bergerak. Selang beberapa minit kami sampai di rumah atuk.

                “ Lah ko ke Iman?  Ingatkan sapelah tadi. Mak dengan abah ko sihat ke? Asal diorang tak datang? Ni dah makan ke belum?” Amboi banyaknya soalan emak aku ni.  Aku terus sahaja melangkah masuk ke dapur. Malas nak campur urusan dua insan yang dah ama tak jumpa nih. Lebih baik aku siapkan inti, petang nanti nak hantar ke surau.

               “ Makanlah Iman. Tuh bawah tudung saji ada lauk. Biar atuk panggilkan Liana. Liana, meh sini.  Ni, tolong hidang makanan kat abang Iman ko ni hah. Dari tadi apa ko buat kat atas tuh?” Jerit atuk. Terdengar lantai papan rumah atuk berkeriut apabila dipijak. Terjengul muka kembar aku di ambang pintu. Dia tersenyum sebaik melihat  sepupuku.

              “ Oh…abang Iman ke. Dah lama ke sampai? Maaflah, akak tak perasan pun.  Marilah, akak hidangkan makanan kat abang Iman. Hari ni adik yang masak. Dia masak asam pedas ikan mayong tau.” Ni yang aku malas dengan Liana, siap promote aku yang masak. Diam saja sudahlah akak aku ni pun. Tak pun bagitau sajalah kau yang masak.

              “ Ye ke, tiba-tiba lapor  pulak perut ni. Dah lama tak makan masakan ko dik.  Mesti sedap ni.” Ucapnya dengan nada teruja. Tergambar jelas cahaya keterujaan terhadap masakan gadis impiannya itu di ruangan matanya.  

Last edited by wipers81 on 29-4-2013 10:09 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 10:10 AM | Show all posts
maniskah derita, pahiytkah bahagia...


                Sepupuku hanya menuruti langkah kembarku. Sebaik melintas di depanku, sempat dia mengeyit matanya padaku. Aku pun apa lagi, sempat aku jelirkan lidah padanya. Rasakan! Agaknya bapak segala habuk dalam mata dia tak hilang lagi kot. Menyampah!! Sukamenyakat aku. Kebelakangan ni macam sedikit melampau usikan dia padaku. Rimas aku dibuatnya. Pernah beberapa kali gurauan dia melibatkan hati dan perasaan. Sebab itu aku agak janggal bila setiap kali dia ada. Peristiwa beberapa bulan yang lalu masih segar dalam ingatanku.

              “ Makngah, Iman nak tumpang tidur di rumah Makngah semalam dua ni. Iman nak tengok kawan-kawan main kayak kat JB tu. Rindu pula nak main kayak semula, tapi nak buat macam mana keadaan tak mengizinkan buat masa sekarang. Tahu dek abah dengan mak, jenuhlah Iman tadah telinga dengar ceramah percuma diorang tu.” Emak hanya mengangguk dan tersenyum.  Dia menggosok lembut bahu sepupuku.

              “ Kalau dah tahu nak kena, jangan buat. Tinggallah lama mana yang ko nak Iman.  Mak Ngah tak kisah pun.” Takkan tak bagi. Anak buah dia juga. Aku sebenarnya segan kalau ada orang lelaki dalam rumah ni. Sejak kecil aku dah biasa hidup tanpa kehadiran seorang ayah. Mak memanglah tak kisah tapi adik yang kisah. Nak buat macam mana dah emak beri izin takkan nak halang. Kakak aku tak kisah pasal apa aku nak kisah. Ah lantaklah, malas aku nak ambil pusing perkara macam ni. Buat semak kepala aku saja.

                Amzar Shahiman Bin Ismail, sepupu yang agak rapat dengan kami merangkap anak buah kesayangan emak aku. Merupakan seorang mahasiswa UTM, Skudai Johor.  Dia sememangnya aktif dalam sukan kayak. Pernah mewakili negeri Johor dalam sukan SUKMA bagi acara kayak beberapa tahun lepas. Sejak kebelakangan ini, dia tidak berapa aktif, kerana kecederaan di bahunya yang patah akibat kemalangan jalanraya setahun yang lalu. Mungkin kerana masih ketagih dengan sukan tersebut, sekali sekala dia akan turun ke Pantai Lido di JB. Berjumpa rakan-rakan lama, sambil melepas rindu pada ‘tongkangnya’. Seorang jejaka yang menjadi rebutan wanita. Umur pun muda lagi, baru mencecah umur 20 tahun.



Last edited by wipers81 on 29-4-2013 10:12 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-4-2013 10:14 AM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


               “ Kusss semangat…. Adik ingat apalah tadi? Apa ni abang Iman?!! Nak bagi orang putus nyawa cepat ke?!! Tak malu ke kalau Liana dengan mak nampak?  Nanti apa pula kata mereka.” Marahku. Terkejut aku dibuatnya, nasib baik aku tak buka silat cekak.  Silap haribulan masuk hospital mamat sengal ni. Tapi bila pula aku belajar silat?

                 Siapa yang tak marah, aku yang tengah leka membaca buku cerita yang dipinjam dari perpustakaan sekolahku rasa sedikit terganggu. Mana taknya, tiba-tiba terasa hembusan angin yang suam-suam kuku menyentuh telingaku. Bila aku menoleh, mak ai dekatnya muka dia dengan muka aku. Jaraknya cuma beberapa inci saja. Kalau terlajak sikit, maunya kami saling terkiss. Apa yang dia cuba buat ni?  Berderau darah aku. Seram aku jadinya, meremang bulu roma aku kerana menyangkakan apalah tadi. Hesy….geli geleman aku jadinya dengan perangai tak semenggah dia ni.

               “ Opss…maaf dik. Tak sangka pula yang adik terkejut sampai macam tu.”  Sengalnya jawapan yang diberkan olehnya. Rasa macam nak hadiahkan penampar saja ke muka mamat ni. Ei…geramnya aku.

              “ Amboi…wanginya adik sayang abang ni. Baru mandi ek.” Sengih dah macam kambing gurun lak dia nih.  Ni yang buat darah aku nak menggelegak!

              “ Apa ni abang Iman?!! Tak senonohlah! Ei…tak sukalah!” Aku membentak. Memang aku tak berapa berkenan perangai ulat bulu dia ni. Lain macam saja aku rasa sejak kebelakangan ini. Wayar dalam kepala dia putus agaknya. Dada aku macam nak pecah menahan marah.

              “ Lah, betul ape dik. Asal abang tengok kau ni makin lawalah sekarang. Nasib baik kau sekolah lagi, dik. Kalau tak,hari ni juga abang suruh mak dengan abah pinang kau.” Jawapan yang membuat aku berfikir makhluk ciptaan Allah depan aku ni tengah buang tebiat agaknya.

             “ Agak-agaklah Abang Iman. Janganlah sesuka suki je nak perli orang. Mana ada lawa-lawa. Adik tetap Dayang Senandunglah. Kot ye pun, tu kakak kan ada. Pergilah ngurat dia. Jangan kacau orang boleh tak! Menyampahlah!!!”  Memang sah mamat ni fius dia rosak. Boleh lagi dia sengih, sedangkan meter marah aku dah berada di paras maksima ni.

Last edited by wipers81 on 29-4-2013 10:17 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 10:18 AM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


              “ Hai, siap nak pass abang kat akak pulak. Mana boleh perasaan abang ni ditukar bukan pakai bateri tau hati abang ni. Bila dah weak, kena tukar. Takkan kau tak sudi dik dengan abang. Lama dah abang simpan perasaan ni. Kau tak kesian ke kat abang?”  Aduh…ni yang aku malas nak layan mamat sengal@ jiwang karat. Siap buka falsafah yang entah apa-apalah. Tahulah student kursus Elektrikal, siap masuk perkataan bateri bagai.  Karang, entah litar apa pula yang dia nak sebut. Huh….boleh sakit jiwa aku kalau lama-lama mengadap muka dia ni.  

              “ Ape-ape sajalah Encik Amzar Shahiman ya. Sorry, adik malas nak layan.  Abang Iman simpanlah hati dan perasaan abang tu pada orang yang sudi. Adik tak layak untuk itu okey. Bye!”  Malas nak tunggu lama, aku bingkas bangun masuk ke dalam bilik. Lagi cepat dia balik lagi bagus. Barulah aku boleh rasa bebas dan aman makmur dalam rumah ni.

              “ Takpe Lily Dayana a.k.a adik. Kau tunggulah akan tiba harinya abang akan jadikan kau milik abang. Hati ni abang hanya simpan untuk kau seorang sahaja. Kalau dah jodoh kita tak ke mana. Kaulah suri hatiku. Abang tahu adik, kau cuba menidakkan perasaan kau kerana kau segan dengan rupa paras kau. Tapi tidakkah kau sedar dik, kau sememangnya istimewa di mata abang dik. Segalanya mungkin bila tiba waktunya nanti.”  Itu azam AmzarShahiman Bin Ismail.


Last edited by wipers81 on 29-4-2013 10:21 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2013 10:29 AM | Show all posts
Sweetnya...ramai peminat rupanya si yana ni...huhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 10:35 AM | Show all posts
sellie003 posted on 29-4-2013 10:29 AM
Sweetnya...ramai peminat rupanya si yana ni...huhu...

hahahaha...ala akak, watak rekaan je....

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 10:55 AM | Show all posts
wipers81 posted on 29-4-2013 10:35 AM
hahahaha...ala akak, watak rekaan je....

kekadg rekaan pun wujud gak...cuma kita x tau siapa gerangn....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 11:05 AM | Show all posts
sellie003 posted on 29-4-2013 10:55 AM
kekadg rekaan pun wujud gak...cuma kita x tau siapa gerangn....

hehehehe...setuju dengan akak, nak tanya pendapat akak, cover cantik tak???

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 11:34 AM | Show all posts
wipers81 posted on 29-4-2013 11:05 AM
hehehehe...setuju dengan akak, nak tanya pendapat akak, cover cantik tak???

Kat opis ni gambar tu kena sekat x nampk..nnt kat umah akak nengok & komen...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 03:32 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


BAB 5



                 Setelah inti karipap telah sejuk, aku memulakan proses menguli tepung untuk membuat kulitnya. Aku lebih senang membuatnya dengan duduk bersila. Aku mengambil tempat di hadapan televisyen, boleh cuci mata sikit. Di hadapanku, emak sedang baring menghadapku kebetulan emak baring di hadapan cabinet televisyen atuk. Entah kenapa, sayu hatiku melihat keadaan emak. Tiba-tiba sahaja tengahari tadi, emak mengadu tidak sihat. Badan dia juga tiba-tiba sahaja panas. Pandangan emak bersatu dengan ku. Kulihat, dia menyeka air matanya dengan hujung jari telunjuknya. Kenapa dengan mak ni?  Risau pula aku dengan keadaan dia.

            Walau pun sedikit resah dengan keadaan emak, aku tetap meneruskan kerjaku. Setelah hampir tiga jam, maka karipap aku telah siap. Tugas menggoreng ku serah pada kembarku kerana dia memang pakar bab goreng menggoreng ni. Lantas aku menuju ke bilik air. Membersihkan diri kerana sebentar lagi aku perlu menghantar karipap ke surau. Mujurlah sepanjang proses aku membuat karipap, mamat ulat bulu tu tidur. Dia kalau tidur, bom meletup sebelah dia pun tak sedar.

            Aku mengambil baju kurungku yang berwarna merah. Sebelum ni, aku segan hendak memakainya, manalah padan dengan kulit gelapku tapi sekarang aku tidak segan lagi dan rasa selesa pula memakainya. Emak menjahitnya raya tahun lepas. Tambahan pula aku lebih selesa dengan t-shirt dan seluar panjang samada track suit  atau seluar slack. Saja aku bawa sepasang baju kurung kali ini. Aku megambil tudung emak berwarna putih lalu ku sarungkan ke kepalaku. Aku hanya bertudung apabila ke sekolah. Bila ada aktiviti ko-kurikulum, aku tidak akan bertudung. Lebih selesa mengikat ekor kuda rambut ikalku yang panjang. Setelah selesai bersiap, aku keluar dari bilik. Segera aku mengangkat bakul berisi karipap yang telah siap digoreng oleh kakak lalu aku melangkah menuju ke pintu. Baru sahaja aku nak melangkah keluar, terasa belakang tudungku ditarik lembut.

Last edited by wipers81 on 29-4-2013 03:36 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 04:06 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


               Aku berpaling. Ish…dia ni lagi. Bila pula dia bangun? Aik..siap pakai baju melayu lagi.  Memang tidak dinafikan, kekacakkannya sangat terserlah namun ia belum cukup untuk menggetarkan hatiku kerana aku memang tiada perasaan istimewa padanya, hanya perasaan seorang adik sahaja.

            “ Nak ke mana tu?  Dah masuk! Ni Makngah suruh abang yang hantar. Hari dah nak senja, tak elok anak dara macam awak ni keluar.” Yalah tuh. Hmmm….okey jugak kalau dia yang hantar. Bolehlah aku tengok-tengokkan mak. Risau juga dengan keadaan mak yang langsung tak berselera untuk menjamah sebarang makanan hari ini. Keadaan emak nampak sangat lemah. Nampaknya kenalah aku memujuk emak supaya makan sedikit pun jadilah.
  
           “ Terima kasih banyak ya abang Imanku sayang. Nah, bawak elok-elok ya karipap ni. Jangan sampai hancur pulak, nanti tak sempat pula orang nak makan.” Sempat lagi aku member pesanan khidmat masyarakat padanya.

           “ Aduh…dik rasa macam mimpi pula bila kau panggil abang ‘sayang’. Ulang sekali lagi dik” kata Iman. Berbunga-bunga rasa dalam hatinya.

            “ Ah, sudah…En. Amzar Shahiman, rasanya lebih baik encik pergi sekarang sebab waktu Maghrib dah nak masuk ni. Maaf ya, tiada siaran ulangan okey.” Balasku kembali kemudian bergegas masuk kedalam rumah. Malas nak bertentang mata dengan mamat senget ni. Dia pun tanpa banyak songeh terus berlalu. Yang pasti, lamalah dia akan duduk kat surau tu nanti. Silap-silap pukul sepuluh malam baru balik. Fuhh…lega aku, jadilah dalam beberapa jam ni tak payah nak mengadap muka dia. Dahlah dia pun tidur rumah atuk juga malam ni. Menyemak betullah mamat ulat bulu ni.


Last edited by wipers81 on 29-4-2013 04:09 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 04:11 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


                Keadaan emak semakin teruk. Tak pernah emak aku demam sampai macam ni.  Memanglah emak selalu demam kadang-kadang tu sampai menggigil. Orang kata ‘demam kura’. Selalunya tiap kali demam,  lepas  makan panadol demam mak akan kebah. Tapi kali ni, lain macam pula. Mana taknya, dah berapa banyak panadol emak telan namun demamnya masih juga begitu. Aku memapah emak ke tempat tidur, aku kemudiannya menyambung menonton televisyen setelah memastikan emak sudah tidur. Akhirnya aku terlena di depan televisyen.

                Aku terjaga di tengah malam. Aku terdengar satu suara sedang mengerang. Aku bingkas duduk. Aku tertidur di sini rupanya. Ku perhatikan sekeliling dan aku terkejut  rupanya mamat sengal tu terlena atas sofa dihujung kepalaku. Macam dah takde tempat lain dia ni nak tidur ke? Kan kurang manis kalau orang nampak. Aku bingkas berdiri lalu mengatur menaiki tangga ke ruang tengah tempat yang sepatutnya menjadi medan peraduanku. Siapa agaknya yang bukakan pintu untuk mamat ulat bulu tu ye? Di satu sudut, atuk dan kakak sedang tidur bersebelahan. Aku menuju ke tilam emak.

            “ Ya Allah mak! Asal tak kejutkan kakak,tak pun mak panggilah adik.” Macam mana tak terkejut, ku lihat emak sedang menggigil kesejukan. Sangat kesian aku dengan keadaan mak yang begitu. Dengan pantas, aku mencari selimut sebanyak mungkin lalu aku menyelimutkan emak. Aku ambil pula beberapa bantal, lantas aku susun di sekeliling mak. Begitulah rutin kami tiap kali emak diserang demam itu. Aku menggosok badan emak untuk menghasilkan haba. Kira-kira sepuluh minit kemudian, gigilan emak kian berkurangan. Aku masih setia menunggu di sisinya sambil tersengguk-senggukmenahan sisa kantuk ku.  

             “ Dah, ko pegilah tido dik. Mak dah takde ape ni. Dah okey sikit.” Emak akhirnya bersuara. Aku tersentak, macam mana aku boleh terlelap ni? Macam mana aku nak tinggalkan mak dalam keadaan macam ni?

             “ Takpelah mak, biarlah adik tunggu mak kat sini. Kalau mak nak ape-ape panggil je. Adik ade kat sebelah mak.” Emak hanya mengehemkan sebagai tanda bersetuju denganku. Lantas, aku mengambil sebiji bantal, ku letakkan di sebelah bantal emak, aku kemudiannya merebahkan badan. Sempat lagi aku mengerling ke arah kakak dan atuk.

                Kakakku dah belayar entah ke mana.  Dia tidur sebelah atukku. Yelah cucu kesayangan. Seperti yang ku katakan hubungan aku dengan atuk tidaklah serapat mana. Mungkin sebab aku ni ‘hitam’ dan kelahiranku juga tak terduga. Itu anggapan aku selama ini berdasarkan cerita emak padaku disaat kelahiran kami.


Last edited by wipers81 on 29-4-2013 04:18 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2013 04:49 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


                Kata mak, masa nak lahirkan kami, disangkakan hanya kakak seorang. Sedari awal mengandung, doktor tidak mengesyaki yang emak mengandungkan kembar.  Selepas kembarku lahir, kakitangan yang bertugas ketika itu ingat semuanya sudah selesai, namun mereka hairan kerana emakkumasih sakit lagi. Selang lima minit, aku pula dilahirkan. Semuanya terkejut! Kuasa Allah S.W.T tiada siapa dapat menyangkal. Tetapi fizikalku berlainan dari kakak. Senang cerita, tubuhkumacam terpenyek sedikit, sebab itu doktor sukar mengesan kehadiranku di dalam rahim emak. Emak amat sedih melihat keadaanku. Tetapi doktor memberi jaminanbahawa keadaan aku akan bertambah baik setelah terdedah dengan keadaan sekeliling. Alhamdulillah, berkat usaha emak mengubatku secara tradisional iaitu dengan sedikit teknik urutan, setelah beberapa bulan fizikal aku kembali seperti biasa. Akhirnya aku terlena di sisi emak.  

                Fajar telah lama menyinsing. Selesai mengemas rumah atuk, aku duduk di beranda. Melihat ke jalan raya di hadapan dengan pandangan yang kosong. Kesihatan emak benar-benarmenganggu fikiran. Emak tidak larat untuk bangun. Seolah-olah badannya tersangatlah berat apabila dia hendak bangun. Tadi dia kata teringin makan buah lai. Terus kembarku dan sepupuku siapa lagi kalau bukan anak saudara kesayangan emak si Iman, ke pekan membelinya. Mula-mula dia mengajak aku, nasib baik aku pandai mengelak.  Kelihatan di laman, kereta milik sepupuku itu memasuki halaman atuk lalu memarkir keretanya di bangsal milik atuk. Bangsal peninggalan tok aki ku. Dia menghulurkan seplastik besar buah lai ke arahku. Aku menyambutnya, lalu bingkas bangun menuju ke dapur.

              “ Mak, nah buah lai.  Adik dah potong nipis-nipis, senang nanti mak nak kunyah.” Aku membantu emak bangun dengan sedaya upayaku. Alhamdulillah, emak berjaya duduk juga. Ku lihat dia mengambil sepotong buah. Perlahan dia mengunyah. Digagahi juga untuk menghabiskan sepotong buah lai itu.

              “ Dahlah, mak tak selera nak makan. Cukuplah sepotong. Mak teringin nak makan nestumlah dik. Ko pegi beli kat mak ye.” Buah lai yang dibeli sepupuku hampir seplastik besar pun hanya dijamah sepotong, sekarang mak minta nestum pula.

Last edited by wipers81 on 29-4-2013 04:52 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 04:54 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...



              “ Yelah. Mak tunggu kejap, adik pegi beli.” Biarlah, mak punya pasal aku sanggup penuhi permintaannya. Sempat lagi rasanya. Jam menunjukkan pukul enam setengah, minta-minta kedai Ah Chew tak tutup lagi.

                Segelas nestum yang ku bancuh agak cair disuakan pada emak. Perlahan emak mengiringkan tubuhnya ke kanan. Nasib baik sempat, tu pun Ah Chew dah mula susun papan menutup pintu depan kedainya.  Ku letakkan sebatang penyedut minuman di dalam gelas tersebut bagi memudahkan emak untuk minum. Hanya dua sedutan mampu ditelan oleh mak. Dia kemudiannya menolak gelas berisi nestum itu ke tepi.  

              “ Mak dah kenyang dik.”  Terus dia merebahkan kembali badannya ke tilam. Aku hanya membiarkan emak berbaring. Beberapa hari ni, selera makan mak seolah dah mati.  Aku juga hairan, beberapa hari ini mata kiriku asyik sahaja berkelip. Petanda apakah ini?

                Malam tu, rumah atuk agak riuh. Maklong dan Paklong serta mak abang Iman iaitu PakUda dan Mak Uda datang menjenguk emak. Pak Udaku menetap di Batu Pahat. Hanya sejam lebih perjalanan dari rumahnya ke rumah atuk. Emak agak rapat dengan Pak Uda tetapi dengan kakaknya iaitu Maklongku, hubungan mereka agak dingin. Aku tak pernah tahu mengapa mereka begitu. Mahu ditanya pada emak, bimbang dimarahinya.  Lalu aku hanya membiarkan persoalan itu tergantung hingga kini.

              “ Hah, ko Yah! Sampai bila ko nak macam ni? Ni, aku tengok teruk sangat dah sakit ko. Kalau jadi apa-apa kat ko, sape nak jaga anak-anak ko ni nanti. Jangan kata nak suruh aku pulak.  Janganlah kedekut sangat duit ko tuh. Pergilah klinik. Kalau dah takde duit sangat, cakap je, aku boleh dulukan duit aku tapij angan lupa bayar balik pula.” Berbisanya kata-kata Maklong aku ni sudahlah tu mimik muka yang ditunjukkan sangatlah…hesy tak tahulah nak gambarkan bagaimana.

                 Apalah Maklong ni! Patut ke dia cakap macam tu pada mak? Kelihatan Paklongku menjegil sedikit matanya pada Maklong.  Maklong hanya mencebik mulutnya, lalu dia bangun menuju ke dapur. Aku yang kebetulan berada di hadapannya hanya dijeling. Tajam sungguh jelingannya itu. Entah apalah yang terkandung dalam jelingan maut Maklong ku itu?

Last edited by wipers81 on 29-4-2013 04:57 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 04:59 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


         “ Menyampah aku! Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis menyusahkan.  Anak-beranak sama je. Ei…meluat betullah.” Bentak Maklong. Aku memandangnya dengan dahi yang berlipat-lipat akibat kerutan. Dalamsungguh kebencian Maklong pada aku sekeluarga. Satu hari pasti akan terungkai rahsia yang selama ni terpendam antara mak dan Maklong. Aku kena bersabar.  Hendak dikongsi dengan Liana rasanya aku sedia maklum dengan perangai kembarku. Dia tak pernah ambil kisah hal lain. Dia hanya buat hal dia. Tak pernah ambil serius akan apa pun. Agaknya sebab itu rakan-rakan rapatku mengatakan perwatakanku lebih matang darinya. Pernah terlintas di fikiranku, kalaulah mak aku dah takde nanti, macam manalah dengan nasib kami?

                 “ Aku risaulah dengan keadaan ko ni Yah. Pagi esok, jomlah kita ke klinik. Lusako dah nak balik ke JB. Aku takut nanti lagi melarat sakit ko tuh, susah pulakjadinya nanti.  Bukan ada sape kat sana nak jaga ko. Anak-anak ko pun dah nak masuk sekolah semula.” Tergambar jelas riak resah di wajah Pak Uda ku.

                  “ Takpelah Ya macam nilah,  ko tolong telefonkan apek ni, bagitahu dia suruh datang pagi esok. Aku pergi klinik dengan dia sajalah. Lagipun memang aku dah sewa teksi dia untuk balik lusa ni. Biarlah aku pergi dengan anak aku je esok. Ko tu kan keje, aku tak nak lah menyusahkan ko pulak.” Kata mak lalu dihulurkan sekeping name card  pada Pak Uda ku.  Tanpa banyak soal Pak Uda mengambilnya. Dia tahu kalau hitam, maka hitamlah kata kakaknya, Zakiah. Dia akur, kakaknya memang tidak akan dan tidak pernah menyusahkan diri dia dan yang lain. Susah senang, semua kakaknya hadapi sendiri.  Sebelum berkahwin dengan abang Hamid, kakaknya merupakan seorang janda. Mereka tidakdikurniakan cahaya mata hasil perkahwinan dengan bekas suaminya itu. Herman nama bekas suaminya.



Last edited by wipers81 on 29-4-2013 05:02 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 05:03 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


                  Zakaria masih ingat lagi, bagaimana layanan keluarga bekas mertua terhadap Zakiah.  Zakiah dicaci, dihina oleh mertuanya dengan mengatakan dia mandul. Malah bekas abang iparnya juga sering mengasari kakaknya sepanjang kehidupan mereka sebagai suami isteri dulu. Zakaria bersyukur kerana perkahwinan mereka hanya bertahan selama tigatahun. Lega rasa hatinya bila mendapat tahu akan berita itu. Itu pun kerana suami kakaknya telah menghilangkan diri tanpa memberi sebarang nafkah selama hampir dua tahun. Setelah puas dipujuk, baharulah kakaknya bersetuju untuk menuntut cerai secara ‘fasakh’ dan talak telah dijatuhkan oleh hakim.  Memang terang dan nyata bekas abang iparnya bersalah dalam hal ini.  

                 Keluarga mertua Zakiah masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.  Pernah satu hari, ketika kakaknya sedang mengayuh basikal untuk menoreh getah, bapa saudara sebelah suaminya cuba melanggarnya. Namun umur Zakiah masih panjang, bak kata orang pantang maut sebelum ajal. Zakiah hanya mengalami kecederaan ringan.  Namun, Zakiah tak pernah berdendam dengan mereka.  Hanya doa yang dikirim, moga mereka berubah. Apa yang Zakaria tahu, beberapa bulan selepas kejadian itu, dikhabarkan bahawa bapa saudara bekas suami kakaknya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.  Mungkin itulah balasan terhadap perbuatannya kepada kakaknya.  Manakala bekas suami kakaknya pula dikatakan berada di dalam penjara kerana kes peras ugut dan mencuri.  Moga dosa mereka diampunkan oleh Allah S.W.T dan siapalah kita untuk menghukum mereka. Hanya Dia yang layak untuk itu.

                  Keesokkan paginya, pemandu teksi yang dihubungi Pak Uda sedia menanti di laman rumah atuk. Pak Uda, Mak Uda dan sepupu bertuah aku telah pulang sejak semalam lagi. Aku memapah emak, agak longlai langkahnya semasa menuruni tangga.  Dengan sekuat tenaga, aku dan kembarku memaut bahu emak hinggalah tubuhnya telah berjaya ku dudukkan di kusyen bahagian belakang teksi tersebut.  Kembarku duduk di hadapan manakala aku setia duduk di sisi emak. Teksi itu meluncur perlahan meninggalkan perkarangan halaman rumah atuk menuju ke klinik di pekan.

                “ Maaf puan, saya rasa puan terpaksa ditahan di wad. Keadaan puan tidak stabil sekarang. Tekanan darah puan sangatlah rendah, saya khuatir sesuatu yang lebih buruk akan terjadi jika berterusan macam ni.” Kata doktor Fuad yang nampak sangat bimbang dengan keadaan emakku. Kerisauan jelas kelihatan di wajahnya sebaik selesai memeriksa emak.


Last edited by wipers81 on 29-4-2013 05:07 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.073624 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list