View: 1775|Reply: 4
|
[Dunia]
2013: Tahun Linux, Mozilla Firefox vs Google Android, Apple iOS.
[Copy link]
|
|
Washington: Platform baru telefon pintar dijangka dilancarkan tahun ini sekali gus memberi saingan kepada dua peneraju pasaran iaitu Google Android dan Apple iOS.
Android dan Apple merekodkan lebih daripada 90 peratus daripada lonjakan pasaran telefon pintar, manakala BlackBerry dan Microsoft Window Phone bersaing merebut kedudukan ketiga.
Bagaimanapun, telefon menggunakan sistem berasaskan platform sumber terbuka Linux dan Mozilla Firefox akan diperkenalkan di pasaran tahun ini, kemungkinan besar di pasaran baru muncul.
“Di antara pengeluar telefon pintar terdapat persetujuan bagi ruang untuk beberapa sistem operasi,” kata Ramon Llamas, penganalisis di firma penyelidikan, IDC.
“Mungkin bukan secara global, tetapi beberapa pasaran boleh digunakan untuk membuktikannya,” katanya.
Kaji selidik IDC menunjukkan Apple dan Android mewakili 91.1 peratus daripada jualan telefon pintar pada 2012, namun platform baru meraih pertumbuhan 46 peratus pasaran tahun lalu. - AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
Google Android pun base on Linux jugak |
|
|
|
|
|
|
|
apa benda tah linux..firefox tu smua..aku tau dail je..sms pon tekuat2..failed!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ai suka linux os punya ui.....
firefox tengok cam bosan jah..... tp dia dah dpt agreement untuk market2 tertentu dah... termasuk kerjasama ngan sony |
|
|
|
|
|
|
|
ai tau android je.. yg lelain xnak amik tau
|
|
|
|
|
|
|
| |
|