CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6485|Reply: 8

HUKUM JUAL BELI DALAM MASJID..

[Copy link]
Post time 1-4-2013 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Sy ada baca, Rasulullah melarang jual- beli dalam masjid.
"Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang daripada aktiviti jual-beli di dalam masjid"

Soalan saya

1) Dilarang berjual-beli dalam masjid, tetapi bagaimana dgn surau.
Contoh surau di office, surau dekat rumah..

2) Dilarang jual beli ketika solat jumaat, bagaimana hari2 lain?

3) Masa maulidurrasul, sy tgk okay je org2 dlm masjid berjual beli. (maksud sy, luar masjid tapi still dalam pagar masjid)

4) Hadis tu sahih ke?

Thanks dan Assalamualaikum .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2013 12:07 PM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullah Mix_Chinese

Alhamdullillah..

(wah...org mix ni sure lawa lawa ni..   

Saya sembang sembang sikit..sebelum dapat jawaban yg jitu bermutu..hehe..


1. MASJID/SURAU   ....secara umumnya.....Sama.....Surau bukan nya bahasa arab....so...surau pun kalau ikutkan...masjid juga..
Cumanya...munkin org kita kata 'surau" tu lebih kecik (dari segi saiz)..Tak dibuat solat Jumaat ...Imam tak dibayar gaji...

(kalau masjid Rasullullah ....berlantai tanah je...& betiang batang Kurma...)

Kalau ikut yg saya faham......tak kiralah kita namakan 'masjid" atau "Surau"...asal sja...tempat tu 'DIWAKAFKAN"...maksudnya..bukanlah mcm 'Ruang surau dalam pejabat"...yg bila bila masa boleh diambil balik..tukar jadi toilet pun munkin....jadi...bagi yg diwakafkan untuk solat....semua dikira 'Masjid" (walau namanya surau)....
& sebagai Masjid...kita disunatkan malah dituntut utk melakukan "Solat tahiyatul masjid" & "Beriktikaf "di dalamnya...


Insyaallah bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 03:25 PM | Show all posts
1. Selagi ada azan dan jemaah melakukan 5 waktu wajib solat, maka taraf surau itu adalah masjid. Surau office tak masuk definisi masjid kerana hari cuti kemungkinan besar surau ofic dikunci, solat subuh tiada.

2. Lelaki muslim dilarang berjual beli selepas azan ke2. Hari2 lain tiada masalah berjual beli time masuk solat.

3. Larangan khusus melibatkan kawasan masjid selalunya refer kepada kawasan utama solat, dimana orang boleh beriktikaf. Kaki lima masjid, corridor tak digunakan untuk beriktikaf. Hanya time jumaat atau solat hari raya apabila jemaah melimpah ruah.

4. Kesahihan hadith. Merujuk pada hadith yang dinyatakan, saya tak pasti tahap kesahihan secara off-hand ni. Tapi wujud hadith seumpamanya yang memang bertaraf sahih, setakat yang saya belajar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2013 11:56 AM | Show all posts
ok thanks .. sy bukan apa. cuma bengang org bising2 berjual beli dlm surau. sedangkan diorang ada nampak kita tgh solat.

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 12:02 PM | Show all posts
mix_chinese posted on 3-4-2013 11:56 AM
ok thanks .. sy bukan apa. cuma bengang org bising2 berjual beli dlm surau. sedangkan diorang ada na ...

Itulah antara hikmah jual beli dilarang dalam Masjid/Surau

Istilah 'Masjid' berkaitan larangan jual beli ni, merupakan tempat solat yang dijadikan khusus sebagai ruang solat yang tetap. Ruang sekitar masjid yang bukan ruang solat yang tetap, bukan dikira sebagai Masjid, tapi ia dikira sebahagian dari kawasan Masjid, ada kelonggaran di tempat sekitar Masjid. Surau, yang dijadikan tempat ruang solat (musalla) yang tetap, termasuk juga sebagai tempat yang dilarang jual beli.

Hadith pasal larangan tu dipetik dari hadith-hadith yang sahih dan hasan (baik sanadnya). Di bawah ni maklumat yang saya dapat, kalau sesiapa nak kepastian, boleh semak semula rujukan tu dan boleh bincang dan bentang di sini...



Last edited by mnm77 on 3-4-2013 12:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 12:02 PM | Show all posts
‘Amru B. Syu’aib daripada ayahnya, daripada datuknya, beliau berkata:

أَنَّهُ نَهَى عَنْ تَنَاشُدِ الأَشْعَارِ فِي الْمَسْجِدِ، وَعَنِ البَيْعِ وَالاِشْتِرَاءِ فِيهِ، وَأَنْ يَتَحَلَّقَ النَّاسُ فِيهِ يَوْمَ الجُمُعَةِ قَبْلَ الصَّلاَةِ

“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang dari melagukan sya’ir di masjid, berjual-beli, dan membuat halaqah pada hari Juma’at sebelum solat.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, no. 6676. Abu Daud, bab: Larangan membuat halaqah di hari Juma’at sebelum solat, no. 1079. at-Tirmidzi, bab: Dibencinya jual-beli dan melagukan sya’ir di masjid, no. 322. Shahih Ibnu Khuzaimah, bab: Larangan jual-beli di masjid, no. 1304.

Kata at-Tirmidzi, hadis ‘Abdullah B. ‘Amru adalah hadis hasan, dan ‘Amru B. Syu’aib adalah Ibn Muhammad B. ‘Abdullah B. ‘Amru B. al-‘Ash. Hadis ini juga dihasankan oleh al-Albani, Syu’aib al-Arnauth, dan Salim al-Hilali.

Setelah membawakan hadis ini, Imam at-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279) menyatakan:

وَقَدْ كَرِهَ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ العِلْمِ البَيْعَ وَالشِّرَاءَ فِي المَسْجِدِ، وَبِهِ يَقُولُ أَحْمَدُ، وَإِسْحَاقُ

“Sebahagian ahli ilmu memakruhkan (membenci) urusan jual beli di masjid, dan ini adalah pendapat Imam Ahmad dan Ishaq (Ibn Rohuyah).” (Sunan at-Tirmidzi, 2/139)

Manakala Syaikh Salim al-Hilali hafizhahullah menyatakan:

“Haram hukumnya berjual-beli di dalam masjid, kerana masjid adalah pasar akhirat. Termasuk adabnya adalah dengan menjauhkan masjid dari urusan dunia dan urusan-urusan lain yang tidak ada hubung-kaitnya dengan akhirat.” (Mausu’ah al-Manahi asy-Syar’iyyah fiish Shahih as-Sunnah an-Nabawiyah, 1/371 – Daar Ibn ‘Affan)

Adapun tentang sya’ir, yang diharamkan adalah sya’ir-sya’ir jahiliyyah dan sya’ir-sya’ir ahli bathil. Atau apabila kebanyakan waktu dihabiskan untuk bersya’ir sehingga melalaikan dari menuntut ilmu, mempelajari al-Qur’an, berdzikir, dan bertasbih. (Mausu’ah al-Manahi asy-Syar’iyyah fiish Shahih as-Sunnah an-Nabawiyah, 1/365 – Daar Ibn ‘Affan)

Manakala tentang membuat halaqah-halaqah (kumpulan-kumpulan atau bulatan-bulatan majlis bicara) sebelum solat Juma’at, hukumnya adalah haram. Kata Syaikh Salim al-Hilali, “Haram hukumnya membuat halaqah sebelum solat di hari Juma’at. Khususnya bid’ah yang begitu menyebar di sejumlah besar negara Islam (pada hari ini), iaitu sebagaimana disebut dengan nama “kuliah agama khas hari Juma’at”. Ini termasuk dalam maksud larangan hadis tersebut. Di samping itu, perkara ini juga tidak pernah diamalkan oleh para salaf serta akan mengganggu orang-orang yang sedang solat (solat sunnah) dan berdzikir di hari Juma’at.” (Mausu’ah al-Manahi asy-Syar’iyyah fiish Shahih as-Sunnah an-Nabawiyah, 1/376 – Daar Ibn ‘Affan)

Termasuk halaqah-halaqah yang dimaksudkan adalah bersembang-sembang, dan berkumpul-kumpul di masjid untuk membicarakan sesuatu.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي المَسْجِدِ، فَقُولُوا: لَا أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ، وَإِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَنْشُدُ فِيهِ ضَالَّةً، فَقُولُوا: لَا رَدَّ اللَّهُ عَلَيْكَ

“Jika kamu melihat orang berjual-beli di masjid, maka katakanlah (kepada mereka), “Semoga Allah tidak memberi keuntungan di atas perniagaan kamu.” Dan apabila kamu melihat orang membuat pengumuman barang hilang di dalam masjid, maka katakanlah, “Semoga Allah tidak mengembalikannya kepada kamu.”.”

Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, bab: Larangan berniaga di masjid, no. 1321.Kata beliau, hadis ini hasan gharib. Demikian juga Syaikh Muqbil, beliau menghasankannya dalam al-Jaami’ ash-Shahih mimma laisa fish-Shahihain, no. 1438.

Diriwayatkan juga oleh an-Nasaa’i, bab: Apa yang diucapkan kepada sesiapa yang berjual-beli di masjid, no. 9933. Dan Ibnu Hibban, no. 1650. Dinilai sahih oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, al-Albani, dan Syu’aib al-Arnauth.

Diriwayatkan juga oleh Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya, no. 1305 dan beliau menyatakan pada babnya:

الأمر بالدعاء على المتبايعين في المسجد أن لا تربح تجارتهما وفيه ما دل على البيع ينعقد وإن كانا عاصيين بفعلهما

“Perintah mendoakan orang yang berjual-beli di masjid agar tidak mendapat keuntungan dan dalil menyatakan bahawa jual-beli tersebut sah walaupun keduanya telah melakukan dosa disebabkan perbuatan tersebut.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/274)

Imam ash-Shan’ani rahimahullah menjelaskan maksud hadis ini dengan katanya:

فيه دلالة على تحريم البيع والشراء في المساجد وأنه يجب على من رأى ذلك فيه أن يقول لكل من البائع والمشتري لا أربح الله تجارتك جهرا زجزا للفاعل لذلك يقول والعلة هي قوله فيما سلف فإن المساجد لم تبن لذلك وهل ينعقد البيع قال الماوردي: إنه ينعقد اتفاقا

“Hadis ini menunjukkan pengharaman jual beli di dalam masjid, dan orang yang menyaksikan transaksi tersebut hendaklah mengatakan dengan jelas, “Semoga Allah tidak memberi keuntungan di atas perniagaan kamu”, sama ada kepada pembeli atau penjual, sebagai peringatan untuk mereka yang melakukannya. Dan alasannya adalah hadis Nabi yang telah disebutkan, “Bahawa masjid bukan dibina untuk perkara tersebut (urusan jual-beli).” Tetapi adakah jual-belinya sah? Kata al-Mawardi: jual-belinya tetap sah dengan ittifaq ulama.” (Subulus Salam, 1/297 – al-Maktabah at-Taufiqiyyah)

Demikian juga Imam asy-Syaukani rahimahullah, beliau menegaskan:

يدلان على تحريم البيع والشراء وإنشاد الضالة وإنشاد الأشعار والتحلق يوم الجمعة قبل الصلاة

“Kedua-dua hadis tersebut menunjukkan bahawa diharamkan jual-beli, membuat pengumuman berkenaan kehilangan, pembacaan sya’ir (di masjid), dan membuat halaqah-halaqah pada hari Juma’at sebelum solat.” (Nail al-Authar, 2/166)

Wallahu a’lam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2013 12:57 PM | Show all posts
mnm77 posted on 3-4-2013 12:02 PM
‘Amru B. Syu’aib daripada ayahnya, daripada datuknya, beliau berkata:

أَن&#16 ...

Alhamdullillah...

Keterngan yg sgt baik drp tuan mnm77...



Sedikit komen....


Apa yg saya faham....dalam Mazhab kita Syafii...juga jumhur ..kecuali Hambali...."LARANGAN " tersebut ( berjualan dlm masjid ...bukan waktu solat Jumaat)...Larangan tersebut bermasud 'MAKRUH" ...(tidak sampai diharamkan)

Tapi..saya tak jumpa cari kat internet supportif Info on this (yg kata makruh)...tu yg diam je..hehhe...nak kena cari dlm kitab pulak...

Insyaallah..

p/s : waktu solat jumaat (yg pastinya selepas Azan kedua..bagi yg Wajib jumaat... HARAM...)
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 02:17 PM | Show all posts
Salam,

rasanya bila orang kita sebut 'dalam masjid', ia merujuk kepada ruang/dewan solat. kalo kat negara2 luar, ada masjid yg kedai makan, barber shop, even meja pool  dlm satu bangunan yg sama, tapi lain2 bilik.
jemaah pulak kalo nak lepak minum2 or other bisnes derang pi masuk kedai makan tu or ruang lain. once derang masuk ruang/dewan solat derang diam  n tak sembang sgt.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2013 05:22 PM | Show all posts
oh? baru tau hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.059117 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list