|
Michael Buble memerlukan terapi bagi me­ngatasi kesedihan selepas berpisah dengan Emily Blunt. Penyanyi kelahiran Kanada itu mengaku kecewa apabila ikatan pertunangannya dengan Emily berakhir pada 2008.
“Apabila kami putus tunang, saya sangat kecewa dan tertekan. Saya terpaksa menjalani terapi kerana itulah yang terbaik ketika itu.
“Jika tidak menghadiri terapi, pasti sehingga kini saya menyalahkan kekurangan diri yang menjadi punca perpisahan kami. Perpisahan itu paling perit pernah terjadi dalam hidup saya.
“Namun, apabila difikirkan semula, ada kebaikan di sebalik kejadian itu, di mana saya sedar kami sangat naif dan ba­nyak melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Buble yang menantikan anak sulung hasil perkahwinan dengan Luisana Lopilato tidak pernah menghubungi Emily selepas kejadian itu.
“Pasti rasa janggal jika saya masih berhubungan dengannya, apatah lagi masing-masing sudah berkeluarga,” katanya.
|
|