View: 1845|Reply: 0
|
Tips Mengurangkan Mual Dan Muntah
[Copy link]
|
|
MUAL DAN MUNTAH AWAL KEHAMILAN
Biasalah ibu-ibu di awal kehamilan akan mengalami loya-loya atau muntah kan. Morning sickness namanya, Walau namanya morning tapi ada ibu yang sepanjang hari berada dalam keadaan yang tidak selesa itu. Pengalaman sendiri, saya juga mengalami morning sickness yang sangat teruk. Terutamanya di waktu petang. Ada juga ibu yag tidak mengalami langsung alahan semasa mengandung. Ikut badan masing-masing, walau apa pun pengalaman kita, semua tu pasti adalah pengalaman yang sukar untuk dilupakan bukan?
Ok hari ni saya nak kongsi tips untuk mengurangkan rasa mual dan muntah ni. Boleh cuba semoga serasi dengan badan anda ye.
Tips Kurangkan Mual dan Muntah
Bila muntah pada waktu pagi, makan makanan kering seperti sereal, roti atau biskut sebelum bangun dari tidur, atau cuba makan makanan ringan tinggi protein seperti keju sebelum masuk tidur (protein perlu masa lama untuk dicerna).
Makan makanan ringan setiap 2-3 jam lebih baik dari tiga kali makan utama. Makan secara perlahan dan kunyah makanan.
Sentiasa duduk tegak selama 10-12 minit selepas makan untuk mengelakkan dari pedih ulu hati (heartburn).
Makan makanan mengandungi cairan. Elakkan mengambil cairan dalam jumlah yang banyak pada satu-satu masa. Amalkan minuman seperti jus epal atau anggur.
Elakkan makanan pedas, bergoreng atau berminyak. Juga kopi kerana ia boleh merangsang asid dalam perut.
Elakkan bau yang menyengat dan menimbulkan rasa mual.
Halia berkesan mengurangkan rasa mual. Ambil jus campur halia atau kapsul halia.
Bertanya pada doktor untuk mengambil vitamin B6 atau mengambil ubat yang lain.
Segera berjumpa doktor bila mengalami muntah terus menerus. Ia boleh menyebabkan dehidrasi (kurang cairan dalam badan) dan perlu mendapat bantuan segera.
jangan risau, perasaan muntah ini hanyalah sementara, bersabar dan sedia menunggu pengalaman manis seterusnya. Tidak lupa untuk ucapkan tahniah pada ibu-ibu yang hamil
dapatkan tips2 lain lagi di:
http://permatacintaku.blogspot.c ... ual-dan-muntah.html |
|
|
|
|
|
|
| |
|