CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2552|Reply: 10

25 sebab suami ‘mental’!

[Copy link]
Post time 29-3-2013 09:32 AM | Show all posts |Read mode

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. “Hubby I tu kan kan ..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla”

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “Hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer..ok tak”

3. Terlalu suka mengemas rumah/mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “Kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak “Bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya…dah mengkal merah dah”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok. ie “Eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan…”

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “Bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam, gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list….boleh singgah tak mana mana ..pleaze “

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. “Saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah… kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “I dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ??”

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “Screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad…”

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber… .ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “Malam nih I jemput Lina dan Anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan”

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang ..”

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie.” sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul ..”

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “…nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih..”

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih..”

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. “i dah kata jangan kasi
budak budak tu prepaid, kan sekarang dah …bill bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. “eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…GRO universiti mana pulak awak nak nih…”

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!”

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak pai daging dan spaghetti kambing ..”

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie.”..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak..”

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah
di malam Jumaat. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama Susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak kacau dodol…..”


Kalau ada yang boleh bg elaboration, mintak momod kasi tacang voley? tentiuuu..

Last edited by babyridz on 29-3-2013 11:27 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2013 09:44 AM | Show all posts
Hahahahha....

Aku suka buat no. 6 tu je.. otw dia balik keje mesti ada je benda yang aku suruh dia beli...

hat yg lain2 tu den tak buat... isteri mithali den neh...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 10:10 AM | Show all posts
haahahahahahahahahah,,kelakar gila....

tapi kan napa aku rasa mcm semua list kt atas tu mcm terjadi je dlm hidup aku...hahah..

patutla hubby aku mental je ngan aku ni...;p
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 10:42 AM | Show all posts
ada juga yg aku buat dlm list..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 11:08 AM | Show all posts
      
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 11:17 AM | Show all posts
1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie.
aku sokmo membesar2kan suami didepan orang lain..sampai muka hubby merah dan tersipu2 malu.


2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie.
hubby yang sokmo call..pagi - tanya dan bekpes lum..tghari - tanya dah lunch belum...petang- tanya mlm ni nak makan luar @ masak

3. Terlalu suka mengemas rumah/mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie.
kisah silam ni..lepas hubby tegur..aku terus tak kemas barang2 kerja  dia...pandai2la hubby kemas sendiri.

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis .
masih ok jika pesan masa hubby dlm perjalanan balik ke umah...buatnya si isteri pesan masa laki baru nak masuk umah..lagilah haru

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie.
tak pernah...suami didahulukan, suami diutamakan..aku isteri mithali.. nak kuar dengan opismate lelaki pun aku inform kat hubby.

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie.
sokmo ubah wallpaper laptop hubby...tak boleh marah sebab hartamu hartaku jua


10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm .
Gila ker aper nak bergayut dgn kawan2 dimalam hari...baik peluk bantal golek hidup


11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie.
Tak pernah..lagipun aku tak suka orang dg umah ( kecuali ahli kuarga)..jiran sebelah umah pun tak penah jejak umah aku..sbb akupun tak penah jejak umah dia..

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh . kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .
Tak pakai coli terus lagi seksi

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap.
Hubby aku akan mandi dan setrusnya bersiap bila aku dah siap bertudung..jadi dia tak perlu tunggu lama2.


25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah
di malam Jumaat. ie.
SEtiap malam adalah malam Jumaat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2013 11:19 AM | Show all posts
brown_pupil posted on 29-3-2013 09:44 AM
Hahahahha....

Aku suka buat no. 6 tu je.. otw dia balik keje mesti ada je benda yang aku suruh di ...

Tahniah sebab jadi isteri mithali..



Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 11:26 AM | Show all posts
           
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2013 11:29 AM | Show all posts
alisya05 posted on 29-3-2013 11:19 AM
Tahniah sebab jadi isteri mithali..

hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 04:38 PM | Show all posts
kelako lak aku baca di petang jumaat yg molia nih...

sekurg2nye ada benarnye kata2 TT tu..buat pedoman hidup berumahtangga...

para suami diluar sana...cuba sesekali, bini yg diatas tu, pergi outstation selama sebulan..agak2 terusik tak hati seorg suami bila isteri tiada di sisi? kau lah madu, kaulah racun..bila kita dh biasa bersama, tp sesekali tk dgr bebelan si isteri, pasti kucar kacir hidup sang suami kn?

tepuk dada tya selera.. kalo kita terima baik buruk dia seadanya, in shaa allah, tuhan pasti perkenankan...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 06:43 PM | Show all posts
kahkahkahhhh...kelakar gilaaaa...
siyes bijak sungguh org yang observe memende camni..
macam scene2 dalam drama melayu je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.070645 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list