CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2593|Reply: 1

Sanjay Dutt sedia masuk penjara

[Copy link]
Post time 29-3-2013 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Mumbai: Pelakon popular Bollywood Sanjay Dutt berkata semalam, dia akan menjalani hukuman penjara atas kesalahan senjata pada 1993 dan tidak berhasrat untuk meminta pengampunan.
Dutt yang menyepikan diri sejak minggu lalu selepas Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya kerana memiliki senjata secara haram. Senjata itu dibekalkan oleh ketua penjenayah Mumbai yang terbabit dalam serangan ganas pada 1993 hingga mengorbankan 257 orang.

“Saya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi. Saya tidak mengemukakan sebarang rayuan. Ramai lagi yang layak untuk diampun,” kata Dutt pada sidang akhbar di kediamannya di Mumbai.


Dia teresak-esak membaca kenyataannya itu dan memeluk kakaknya, Priya Dutt, anggota Parlimen dari Parti Kongress.

Menurutnya, dia dan keluarganya kecewa dengan keputusan mahkamah.

“Buat masa ini, saya lelaki yang kecewa. Keluarga saya juga kecewa,” katanya.

Dutt, 53, mulanya dijatuhi hukuman penjara enam tahun atas tuduhan memiliki sepucuk raifal automatik dan pistol yang diberikan kepadanya oleh sekumpulan lelaki yang kemudiannya didapati bersalah kerana terbabit dalam beberapa siri serangan bom di Mumbai.

Pelakon itu bertegas menyatakan dia tidak tahu menahu mengenai rancangan pengeboman itu dan meminta senjata itu untuk melindungi keluarga selepas menerima ancaman ketika rusuhan kaum di Mumbai. Ibu Dutt beragama Islam sementara bapanya, Hindu.

Dia menjalani hukuman penjara 18 bulan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin pada 2007 sementara menanti keputusan rayuan. Ini bermakna dia masih mempunyai baki tiga setengah tahun untuk menjalani hukuman itu.

Pelakon itu yang semakin meningkat usia berharap dapat menghabiskan seberapa banyak projek filemnya dalam masa empat minggu yang diberikan mahkamah sebelum dia melaporkan diri ke penjara.

Penganalisis industri berkata, hukuman penjara Dutt itu akan memberi kesan besar kepada Bollywood.

Dua filem Dutt sudah siap untuk tayangan sementara beberapa yang lain belum lengkap dan mungkin tertangguh. - AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2013 09:29 AM | Show all posts
pakcik dah tuooooooooo


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.046574 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list