CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2572|Reply: 7

Berlatih 8 jam sehari

 Close [Copy link]
Post time 28-3-2013 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Filem G.I. Joe: The Rise of Cob-ra pada 2009 mencatat kutipan kasar lebih RM900 juta (AS$300 juta) di seluruh dunia. Dengan jumlah itu, pastinya sekuel filem ini dinanti-nantikan peminatnya.
Hasilnya, selepas tiga tahun, sekuelnya iaitu G.I. Joe: Retaliation yang diterbitkan Paramount Pictures, Metro Goldwyn Mayer dan Skydance Productions dengan kerjasama Hasbro mula menemui penonton di Malaysia, hari ini.

Filem yang turut diterbitkan dalam bentuk Digital dan Imax 3D ini menampilkan pelakon hebat seperti Dwayne ‘The Rock’ Johnson, Bruce Willis dan dibantu Adrianne Palicki, DJ Cotrona, Byung-hun Lee dan ramai lagi.

Filem arahan Jon M Chu dengan skrip tulisan Rhett Reese dan Paul Wernick kali ini lebih dramatik kerana selain terpaksa berdepan musuh utama iaitu Cobra, mereka juga menerima ancaman daripada pihak kerajaan terhadap kewujudan mereka.

Harian Metro bertuah kerana menjadi antara wakil media Asia pertama diberi peluang menonton G.I. Joe: Retaliation di Seoul, Korea Selatan, 11 Mac lalu.

Hadir sama dalam sesi taya-ngan itu, pengarahnya, Jon M Chu serta empat pelakon utama iaitu Dwayne Johnson, Adrianne Palicki, D J Cotrona dan Byung-hun Lee.

Pengalaman menonton filem aksi ini dalam bentuk Digital dan Imax 3D ternyata amat menyeronokkan. Paparan aksi hebat, konflik, penampilan personaliti dan latar belakang serta gabungan cerita daripada siri pertama menjadikan sekuelnya kali ini lebih menarik dan dramatik.

Dwayne yang melakonkan watak Roadblock berkata, dia sudah melakukan yang terbaik untuk filem itu.

“Saya berdepan cabaran untuk mengekalkan momentum filem ini di mata peminat. Semua tahu siri pertama filem ini baik dan mencatat kutipan pecah panggung.

“Untuk itu, kami mahu menjadikannya lebih baik serta mampu menghiburkan penonton kali ini. Menerusi kerjasama yang ditunjukkan semua, saya yakin impian ini akan tercapai,” katanya.

Mengakui meminati dan membesar bersama komik dan siri animasi G.I. Joe, Dwayne gembira apabila terpilih membintangi sekuel filem ini dan mula memahami karakter di dalamnya.

“Wataknya sangat mencabar dan memerlukan tenaga yang kuat. Kami menjalani latihan lebih lapan jam setiap hari. Namun, sama ada berlakon filem ini atau tidak, saya tetap menjalani latihan fizikal sebagai rutin harian.

“Saya banyak melakukan senaman kardio. Apa saja aktiviti fizikal sangat penting bagi saya. Selain itu, saya juga mempunyai diet dan elakkan makanan bergoreng,” katanya.

Menurutnya, setiap pelakon dan tenaga produksi juga sentiasa belajar bagaimana untuk memaparkan gambaran pertempuran yang berbeza daripada filem lain.

“Berlakon filem ini sememangnya memberi pengalaman baru. Kami memasuki kelas menembak lebih sebulan dan menjalani latihan setiap hari. Latihan seni mempertahankan diri pula dijalankan hampir setiap hari selama lapan jam. Ia sangat memenatkan tetapi apabila melihat hasilnya, saya dapati ia sangat menakjubkan dan hebat,” katanya.

Dwayne berkata, dia gembira dapat berlakon bersama semua pelakon filem ini terutamanya Bruce Willis.

“Saya sukakannya dan kami sudah lama berkawan. Dia adalah penyokong terbaik saya dan sering memberikan kata-kata semangat untuk melangkah daripada ahli gusti kepada bidang lakonan.

“Filem ini juga menemukan saya dengan orang Asia iaitu Jon dan Byung-hun. Saya tiada masalah bekerja dengan mereka. Saya suka bekerja dengan pelakon lain di Asia,” katanya.

Mengulas mengenai perbezaan antara gusti dan lakonan, Dwayne berkata, gusti menyediakannya platform untuk dia dikenali ramai dan tumpuannya kini terarah kepada lakonan.

Sementara itu, Jon menyifatkan filem ini adalah projek yang mencabar tetapi menyeronokkan kerana sebagai peminat siri animasi GI Joe, dia mempunyai lebih kreativiti untuk merencana jalan cerita yang lebih menarik berbanding filem sebelumnya.

Katanya, penambahan elemen 3D dalam filem ini mampu memberikan lebih impak kepada jalan cerita dan watak.

“Saya melihat watak Roadblock sesuai dengan Dwayne kerana hanya dia yang sesuai membawanya. Selepas bertemu dengannya, saya mendapati dia seorang yang berdisiplin dan rajin. Dia faham apa yang perlu untuk menjadi seorang askar dan pemimpin. Namun dalam masa sama membawa sentuhan kemanusiaan dalam wataknya,” katanya.

Ditanya mengenai sasaran kutipan filem ini di seluruh dunia, Jon enggan meramalkannya dan menyerahkan kepada peminat untuk membuat keputusan ini.

“Saya sudah melakukan yang terbaik. Paparan cerita kali ini lebih dramatik dan mampu menghiburkan semua. Diharap peminat memberikan sokongan padu kepada kami,” katanya.


Seronok berlakon walaupun sukar

Tiga lagi pelakon iaitu Adrianne, DJ Cotrona dan Byung-hun turut mengulas pengalaman masing-masing membintangi filem ini, lebih-lebih lagi apabila berpeluang berlakon dengan Dwayne dan Bruce Willis yang disifatkan peluang yang sukar dilepaskan.

Adrianne berkata, biarpun terpaksa menjalani latihan ketat, dia tidak akan menolak sekiranya ditawarkan membintangi filem G.I. Joe seterusnya.

“Adegan yang susah semestinya apabila kami (bersama Dwayne dan DJ Cotrona) merangkak keluar dari perigi. Banyak tenaga dan masa diperlukan untuk babak ini.

“Saya akan melompat sekiranya ditawarkan peluang ini. Apa yang penting peminat menyukai lakonan saya sebagai Lady Jaye. Saya juga tidak banyak menggunakan kesan khas bagi menampakkan lakonan lebih menarik.

“Yang pasti saya sentiasa memastikan keadaan kesihatan baik setiap masa. Kami semua bekerja keras untuk memastikan bersedia untuk apa saja babak dalam filem ini,” katanya yang menghabiskan banyak masa di gimnasium, latihan tinju dan seni mempertahankan diri untuk menjaga kesihatan.

DJ Cotrona yang melakonkan watak Flint pula kagum dengan Jon yang berjaya menghasilkan filem ini dengan baik.

“Siri pertama G.I. Joe berjaya mencatat kutipan pecah panggung dan semestinya setiap orang berbangga apabila dipilih membintangi sekuelnya. Saya dan Adrianne digambarkan sebagai ahli baru dalam skuad ini.

“Kami saling menyukai sejak zaman sekolah, tertarik antara satu sama lain tapi tidak meluahkan perasaan. Personaliti kami juga berbeza namun mempunyai matlamat sama iaitu ingin berjuang,” katanya.

Dalam pada itu, berbanding empat pelakon ini, hanya Byung-hun kekal sebagai pelakon siri pertama G.I. Joe melakonkan watak ninja Storm Shadow. Berbanding sebelum ini, wataknya kali ini lebih bermain dengan emosi dan lebih banyak dialog.

“Berbanding siri pertama, saya banyak terbabit dalam sekuel ini. Ia sesuatu yang hebat dan saya juga tidak terlalu memikirkan aspek populariti kerana yang paling penting, lakonan saya diterima peminat,” katanya.

G.I. Joe: Retaliation menceritakan mengenai kuasa jahat yang mengambil alih jawatan Presiden di White House dan cuba menggunakan kuasanya untuk menghapuskan GI Joe dan mahu menguasai dunia.

Ia bakal mencetuskan perang yang merebak ke banyak negara termasuk Korea Utara, Pakistan, Himalaya dan London dengan tentera elit membabitkan perang dunia menggunakan nuklear.

Filem ini memaparkan teknik penceritaan menarik serta teknik Imej Janaan Komputer (CGI) yang hebat menjadikan penonton teruja untuk mengetahui kesudahannya.

G.I. Joe: Retaliation sekali lagi menyaksikan kemunculan semula pelakon utamanya, Channing Tatum sebagai Duke. Selaku ketua pasukan G.I. Joe, Duke bersama rakan-rakannya terpaksa menghadapi ancaman daripada Cobra serta kerajaan mereka seperti yang dilihat dalam babak akhir filem pertama sebelum ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2013 09:39 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 12:36 PM | Show all posts
tak sabar nak donlod movie ni,...huahua
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 08:35 PM | Show all posts
harus pi tgk citer ni this wikend...
marathon mobie... sekali ngan olympus
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 09:31 AM | Show all posts
fuzzyfuzzy posted on 28-3-2013 12:36 PM
tak sabar nak donlod movie ni,...huahua

samer lah dengann
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 10:01 AM | Show all posts
mrsT posted on 29-3-2013 09:31 AM
samer lah dengann

dah tertengok citer ni kt TGV semalam...tu pun sbb officemate blanje...

tak best lgsung...huhuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2013 10:11 AM | Show all posts
fuzzyfuzzy posted on 29-3-2013 10:01 AM
dah tertengok citer ni kt TGV semalam...tu pun sbb officemate blanje...

tak best lgsung...huhuh ...

yer ker... errmm d/load jerk lahh

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 10:12 AM | Show all posts
mrsT posted on 29-3-2013 10:11 AM
yer ker... errmm d/load jerk lahh

a'ah baik donlod je...serius tak membazir...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.055162 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list